Chereads / Menara D'Estelle / Chapter 67 - BAB 50

Chapter 67 - BAB 50

Si mage melangkah ke pejabat Azrien bersama fail di tangan. Dia menarik nafas sebelum mengetuk pintu. Dia masuk setelah mendengar suara Azrien.

"Selamat pagi Kapten. Ini hasil siasatan kami", fail dihulur.

"Duduklah dulu", dia menuju ke sofa. Matanya melihat ke sekeliling bilik. Jarang dia datang ke pejabat Kapten. Dia melihat Dante yang berbaring di tepi meja Azrien. Azrien duduk menghadap dia.

"Kamu cuma jumpa kesan genshi di situ saja?", mereka hanya jumpa kesan genshi yang samar-samar di tempat mereka jumpa mekanisme. Walaupun sudah beberapa minggu berlalu ia masih meninggalkan kesan genshi. Kalau diikutkan ia tak akan tinggalkan kesan dalam jangka masa yang lama. Adakah ini kesan penggunaan teleportasi?

"Ya. Tak banyak yang kami dapat", katanya dengan jujur. Sejak dapat tahu mengenai formasi itu dia rasa teruja untuk mengkaji dengan lebih lanjut. Mekanisme purba itu ada menggunakan formasi teleportasi tapi ia terlalu kompleks. Tambahan pula mereka tak dapat nak rungkaikan rantaian formasi untuk mengkaji dengan lebih mendalam sebab tiada maklumat mengenai teleportasi.

"Baiklah. Kerja yang bagus. Kamu boleh pergi", dia menunduk hormat lalu berlalu pergi.

Bzzzz. Bzzzz

Azrien mengambil telefon dalam poket. Ia panggilan dari Ervalen.

"Hello. Azrien?"

"Kenapa?"

"Hmm. Abang ada dapat bil dari BKPT. Apa yang kamu beli ni?", dia melihat bil di tangan. Blue Sphere Rose? Dia beli untuk apa ni?

"Ahh. Letak saja nama aku. Nanti aku bayar"

"Okay. Untuk apa ni?", tiada sahutan. Kenapa dia diam saja?

Azrien menghela nafas lalu menjelaskan serangan di markas Komander Nolan dan bagaimana dia kena racun.

"Ahh... Kamu perlukan ini untuk itu", dia tak sangka pula sesuatu terjadi kepada bapa saudara mereka.

"Ya. Aku nak pergi serahkan sendiri penawar tu nanti. Kalau ada apa-apa nanti aku call. Aku pergi dulu"

"Okay", Ervalen panggil butler untuk maklumkan kepada pihak kewangan untuk uruskan bil ini di bawah nama Kerabat Goldstein. Dia tak mahu Azrien bayar sendiri. Walaupun Azrien tak tunjuk dia tahu mesti dia rasa susah hati. Ervalen tahu sangat betapa rapat hubungan mereka berdua.

Setelah menyelesaikan semua kertas kerja, Azrien menghubungi Unit Elit Mage, Strata. Si mage terkejut bila mendengar deringan di interkom. Dia menekan butang.

"Selamat petang. Ini Unit Strata. Ada apa-apa saya boleh bantu?", katanya dengan ayat yang entah berapa kali diulang sambil melihat fail.

"Saya Kapten Azrien dari Unit Helios", dia terus duduk tegak bila mendengar nama itu. Apa yang Kapten Azrien perlukan kali ni?

"Saya nak bercakap dengan Kapten kamu. Dia ada masa sekarang?"

"Ya. Saya sambungkan talian kepada Kapten. Sila tunggu sebentar", ohh dia nak cakap dengan Kapten rupanya. Dia melepaskan nafas yang ditahan tanpa disedari.

Azrien mendengar talian terputus dan kemudian ia berbunyi sekejap menandakan ia sedang bersambung.

"Selamat petang Kapten Azrien. Ada apa?"

"Saya perlukan bantuan kamu. Kami sedang menjejak organisasi teroris. Sekejap. Saya hantar fail kes", kata Azrien. Dia mengambil tablet dan membuka email lalu membaca fail kes yang dihantar Azrien.

"Kapten nak saya periksa ini?", dia perlu pergi ke beberapa tempat berdasarkan pada senarai tempat.

"Ya. Secepat yang boleh", masih lagi dengan nada mengarah tu. Dia tersenyum mendengar suara Azrien.

"Baiklah. Saya akan hantar beberapa orang mage. Kami akan tiba di markas Helios dalam esok pagi", dia tamatkan panggilan.

"Sediakan beberapa orang untuk ikut aku", katanya kepada mage yang sedang menghirup kopi.

"Sekarang ke?", dia menoleh.

"Ya. Kapten Azrien nak kita selesaikan ini secepat mungkin", dia tersenyum. Dia ada alasan untuk pergi jumpa Azrien.

⚜️⚜️⚜️

Beberapa orang mage menunggu di hadapan sebuah kereta. Mereka masih menunggu Kapten. Seorang jejaka melangkah ke kereta dengan senyuman.

'Kenapa Kapten happy sangat ni?', fikir seorang mage yang merupakan anggota baru.

Mereka bergerak ke stesen kereta api untuk menggunakan kereta api milik ketenteraan yang terletak di bawah tanah. Kapten scan kad pengenalan diri pada pengimbas lalu mereka semua masuk ke dalam kereta api. Ia bergerak pada kelajuan 300 kilometer per jam dan akan sampai dalam masa satu jam. Kapten melihat ke luar tingkap yang hanya diselubungi kegelapan. Kemudian mereka menaiki kereta untuk ke markas Helios. Dia melangkah keluar dari perut kereta lalu melihat bangunan utama.

"Kira. Uhh... Mereka dah sampai", Max dah agak dia mesti datang. Azrien mengangkat muka dari membaca fail.

"Siapa?"

"Kapten Ver dengan beberapa orang mage"

Seorang kesatria membawa Kapten Ver ke pejabat Azrien sementara mage yang lain menunggu di lobi. Dia nak bukakan pintu tapi Ver angkat sebelah tangan.

"Tak apa. Saya buka sendiri", senyum Ver sambil mencapai tombol pintu. Dia nak kejutkan Azrien.

"Selamat pagi Kapten A-", kata Ver dengan teruja sambil membuka pintu tapi terhenti kata-katanya bila melihat pandangan mata Azrien yang tajam. Ahh...

"Kenapa kau datang sini?"

Max yang sedang membawa dulang dengan air teh melihat mereka berdua di laluan koridor. Si kesatria di sebelah Ver menoleh ke Max. Tak tahu nak buat apa dengan situasi ini. Max memberi isyarat mata untuk menyuruh dia pergi saja, biar dia uruskan. Si kesatria terus pergi.

"Selamat datang Kapten Ver. Apa kata kita duduk dulu?", sapa Max. Barulah dia lihat Azrien pergi ke sofa. Kalau tak tak tahulah berapa lama lagi mereka nak berdiri depan pintu.

"Aku nak tanya sesuatu. Ia berkaitan dengan perkara yang Kapten minta", Ver mencapai air teh lalu dihirup. Dia tahu Unit Helios menerima misi dari pihak atasan tapi dia tak tahu butirannya.

"Kenapa Kapten nak aku pergi periksa kesan genshi di semua lokasi tu?", cawan teh diletak di meja. Semua lokasi tu mesti saling berkait. Cuma dia rasa pelik sebab takkanlah sesiapa yang tinggalkan kesan genshi itu boleh lakukan serangan teroris di semua tempat pada masa yang sama. Melainkan ia dilakukan pada waktu berbeza.

"Aku cuma nak pastikan sesuatu"

"Apa tu?"

"Aku syak mereka gunakan teleportasi. Cuma belum pasti lagi"

"Teleportasi?", terus membesar mata Ver. Kes apa yang Azrien sedang siasat? Heh~ Ini buat dia rasa nak tahu.

"Boleh Kapten jelaskan macam mana Kapten boleh terfikir mereka guna teleportasi?"

"Kenapa aku nak beritahu kau pula", berkerut kening Azrien. Dia ni banyak tanya.

Ver tersenyum. Saja dia tanya sebab nak tengok Azrien buat muka. Kalau orang lain mesti dah kecut perut.

"Tak payah sibuk nak tahu. Kalau tak ada apa-apa pergi buat apa yang aku suruh", Max yang duduk di sofa antara mereka berdua sekadar melihat. Kapten Ver ni memang suka kacau Azrien.

"Okay. Sebelum tu...", dia ambil kotak dari dalam formasi simpanan dan letak atas meja.

"Aku pergi dulu. Max. Terima kasih untuk teh tu", Ver menuju ke pintu. Max mengambil kotak dan melihat isinya. Ini kek kegemaran Azrien.

"Kalau kau nak ambillah. Kalau tak bagi sesiapa", Azrien pergi ke meja untuk sambung tugasnya.

'Mereka tu suka saja kalau dapat kek' fikir Max. Azrien selalu belikan manisan untuk semua kesatria dan mage mereka setiap kali habis misi.

Azrien melihat notifikasi yang menandakan ada email baru pada tablet. Ini dari markas Komander Nolan. Ia adalah laporan sesi soal siasat. Nampaknya tak banyak mereka dapat sebab suspek bunuh diri tapi mereka dapat tahu mengenai kumpulan assassin yang membantu mereka adalah dari Puak Kucing Kelabu. Hmm...

⚜️⚜️⚜️

Dia melihat teras dan bahan lain yang diberi Adam. Kondisi teras nampak baik. Dia tersenyum nipis.

"Okay. Kamu lulus", Adam tersenyum. Lega dia dapat buat dengan baik.

"Kamu boleh simpan bahan yang lain ni kalau kamu perlukan untuk apa-apa. Saya akan teruskan kelas sebulan lagi. Lepas itu kamu perlu ambil ujian kemasukan kan?"

"Cikgu ajar saya sebulan lagi?", dia tak tahu pun.

"Ya. Saya cuma diberitahu untuk ajar Tuan muda sehingga hujung bulan depan", mereka tak beritahu Adam ke?

"Ohh", nanti dia tanyalah.

"Hari ni tak ada kelas. Kamu pergi ke pangkalan tak lama lagi kan?"

"Ya"

"Saya pergi dulu. Jaga diri sana", Adam melihat dia pergi. Dia pergi ke bilik Vyrut dan tanya mengenai tempoh mengajar gurunya.

"Dia cuma ajar kamu sampai bulan depan saja"

"Kenapa tak beritahu saya", kata Adam dengan sedih.

"Saya ingat abang Noah ada beritahu kamu"

"Hmph. Abang pun sama juga", kata Adam dengan nada merajuk.

"Sorry. Dia cuma ajar kamu sekejap saja supaya kamu tahu asas teknik pedang. Kamu perlu belajar teknik pedang Kerabat kita. Tapi saya tak tahu bila"

'Ada lagi nak belajar rupanya', fikir Adam. Mereka ada teknik pedang tersendiri huh.

"Kamu dah kemas barang?", dia menukar topik perbualan. Minggu depan Adam akan pergi ke pangkalan.

"Saya dah kemas awal", Adam mengambil biskut dalam balang lalu digigit.

Vyrka membaca mesej balasan dari pangkalan. Dia sudah minta seseorang jaga Adam sepanjang dia di sana. Dia menoleh ke Aireen yang sedang makan kek. Esok hari jadi dia.

"Aireen. Esok kita pergi akuarium", Aireen terus menoleh bila mendengar perkataan akuarium.

"Kita dua saja pergi?", tanya Aireen dengan perasaan teruja.

"Ya", Vyrka tersenyum nipis.

Keesokan pagi, mereka di dalam kereta yang menuju ke Akuarium Hamparan Angkasa. Aireen dapat lihat kubah bangunan dari jauh. Pemandu hentikan kereta di hadapan pintu masuk. Seorang guide sudah menunggu kedatangan mereka. Dia membawa mereka ke sekitar akuarium. Aireen melihat ruangan lobi yang penuh dengan pengunjung. Kedai cenderamata dipenuhi orang.

Mereka pergi ke ruang akuarium yang berada dekat dengan laut. Aireen terpegun melihat saiz akuarium yang besar. Pelbagai jenis hidupan akuatik berenang bebas. Ia kelihatan indah dengan pelbagai warna dan bentuk ikan. Aireen melihat jerung harimau yang berenang dengan perlahan di hadapannya. Vyrka menyuruh guide mengambil gambar.

Kemudian mereka pergi ke bahagian . Aireen melihat ke dalam sebuah ruang di atas meja yang menempatkan timun laut. Peliknya rupa benda ni. Macam ni ke rupa timun laut? Dia cuba sentuh. Rasa basah.

"Siapa tahu ini ikan apa?", kata wanita itu kepada kanak-kanak yang ralit melihat pancaran hologram. Seseorang mengangkat tangan.

"Saya tahu. Itu ikan Nemo",balasnya dengan teruja.

"Betul. Nampaknya kamu tumpukan perhatian", Aireen turut melihat mereka.

"Jom. Kita pergi terowong cincin", kata Vyrka.

Mereka melangkah dengan perlahan di sepanjang terowong. Vyrka sudah minta guide mereka beredar saja supaya dia dapat meluangkan masa dengan Aireen. Mereka berhenti di tempat yang dekat dengan terumbu karang. Aireen mengambil gambar. Vyrka mengambil kotak hadiah dari dalam formasi.

"Aireen", dia menoleh dan melihat kotak kelabu di tangan Vyrka.

"Happy Birthday"

"Thanks", Aireen menyambut kotak. Dia tak pernah lupa sambut hari jadinya.

"Aku tak tahu apa kau nak jadi aku beli saja"

"Tak apa. Saya tak kisah pun", senyum Aireen.

Bila mereka pulang, Adam dan yang lain menyambut dia dengan kek. Semua orang ucapkan selamat hari jadi. Mereka makan hidangan istimewa yang disediakan chef di taman. Semua pekerja dan kesatria turut datang walaupun sekejap. Aireen rasa gembira dapat bertemu dengan mereka semua dan meraikan hari ini bersama.

⚜️⚜️⚜️

Dia menyimpan sfera kaca di dalam kotak yang dilapisi dengan formasi anti pecah dan tahan lasak. Bunga ros biru yang bersaiz tiga kali lebih besar berbanding ros biasa kelihatan indah. Penutup diletak. Formasi genshi menyala sekejap.

Pekerja itu selalu tertanya-tanya siapakah pembekal bunga purba ini. Identiti mereka dirahsiakan dan hanya orang atasan yang tahu. Tak ada guna juga dia fikir lama-lama. Jawapan tak akan datang bergolek. Kotak dihantar ke bahagian penghantaran pos.

⚜️⚜️⚜️

Bangunan di hadapannya kelihatan terbiar walaupun kondisinya masih baru. Ver pergi ke belakang bangunan di mana mereka menemui mekanisme. Genshi disebarkan. Dia dapat kesan genshi tapi ia samar-samar. Adakah ini kesan genshi dari penggunaan teleportasi? Azrien turut minta dia periksa di ruang bawah tanah. Mereka berjalan melalui hutan dan sampai ke pintu keluar yang ditanda pada peta hologram.

Ver mengarahkan empat orang mage yang lain untuk berpecah dan periksa setiap tingkat dan pelusuk yang ada. Joshua, anggota baru Strata ditugaskan untuk periksa di tingkat satu bawah tanah bersama seorang senior. Dia berada di penghujung koridor yang berdekatan dengan asrama yang dikategori mengikut gred.

Senior sedang periksa di dalam asrama sementara dia periksa di sekitar sini tapi bila genshinya mengesan di ruang ini, dia dapat rasa ada sesuatu menyekat genshinya. Dia menyentuh dinding. Ada sesuatu ke di sebalik dinding ni? Joshua letak kedua-dua belah tangan ke dinding dan mengalirkan genshi ke dalam tanah di sebalik dinding.

Ia melimpasi dinding dan dia dapat rasa ada dinding lain. Joshua menutup mata dan sebarkan genshi ke seluruh permukaan dinding itu. Bentuk dinding ini macam pintu. Dia membuka mata.

"Kamu buat apa tu Joshua?", tanya senior mage. Dia sudah habis periksa dalam asrama. Hairan dia melihat Joshua berdiri di situ.

"Senior. Saya ada kesan sesuatu di sebalik dinding ni. Ada pintu", Joshua berdiri menghadap dia.

"Pintu?", dia melihat dinding. Ruang tersembunyi ke?

"Aku pergi panggil Kapten. Tunggu sini", Joshua mengangguk. Senior mage pergi ke tingkat bawah dan membawa Ver ke sini.

"Kamu kesan ada pintu di sebalik dinding ni Joshua?", tanya Ver sambil melihat dinding. Semua mage berada di sini.

"Ya Kapten"

Ver meletak kedua-dua belah tangan ke dinding dan lakukan perkara yang sama Joshua lakukan tadi. Memang benar. Dia turut dapat rasa pintu yang Joshua katakan. Sekarang macam mana dia nak pecahkan dinding ini? Ataupun... ada sesuatu yang boleh buka ruang itu. Ver melangkah ke belakang dan meneliti segenap inci ruang di situ. Hmm...

Dia melihat dinding lalu mengalirkan genshi ke seluruh permukaan. Mengesan kalau ada alat untuk membuka pintu yang tersembunyi. Ver dapat rasa sesuatu lantas dia menyentuh bahagian dinding di sebelah kanan. Dia alirkan genshi di permukaan lalu sebuah corak segi empat panjang muncul. Ada corak formasi bulatan di tengah. Ini mesti kunci untuk buka pintu itu.

"Apa yang Kapten jumpa itu?", tanya senior mage. Dia mendekati Ver dan turut melihat.

"Ini kunci untuk buka pintu itu ke?", dia menoleh ke Ver.

"Ya. Tapi aku tak rasa kita dapat buka pintu ni", kuncinya cuma ada pada anggota organisasi yang disiasat Azrien.

"Aku ada idea. Tapi cuma Joshua saja boleh buat", mereka semua menoleh ke Joshua.

"Saya?", berkerut keningnya.

"Ya. Kamu elemen tanah tahap dua kan? Aku nak kamu pecahkan lapisan dinding ini saja"

"Maksudnya Kapten nak saya pecahkan dinding ni tanpa rosakkan pintu?", macam mana dia nak buat tu?

"Jangan risau. Saya ajar kamu. Mari sini", Joshua mendekati Ver.

"Pada tahap kedua elemen tanah kamu mampu kawal batu. Jadi tak mustahil kamu boleh pecahkan dinding ini sebab ia tetap berasal dari tanah. Pintu itu adalah dari elemen lain. Kamu cuma fokus pada dinding ini sahaja", Joshua faham apa yang Ver jelaskan tapi mampukah dia buat. Tak. Dia mesti boleh. Ini misi pertama yang dia sertai selain dari misi Unit Strata sahaja.

"Baiklah. Saya cuba buat dulu", kata Joshua. Ver memberi ruang supaya dia dapat fokus.

Joshua mulakan dengan meratakan genshi ke seluruh permukaan dinding dan gunakan formasi pengesanan untuk tahu ketebalan. Ia setebal satu kaki. Dia menarik nafas lalu dihembus perlahan sebelum membuat gambaran minda bentuk dinding dalam tiga dimensi. Kalau aku nak pecahkan dinding ini dan alih ke tepi, aku perlu pecahkan dalam bentuk blok. Lebih mudah untuk aku susun nanti.

Genshi disalurkan ke dalam dinding lalu dibahagi kepada tiga kali tiga iaitu panjang dan lebar yang bersamaan dengan 9 blok. Garisan genshi menyala pada permukaan blok. Dia pastikan genshi turut meliputi permukaan dinding menghadap pintu lalu garisan genshi itu mula memotong setiap blok satu persatu. Joshua mengalih bongkah pertama paling atas sebelah kirinya.

Ver yang memerhati dari belakang tersenyum dengan rasa kagum. Memang tepat pilihannya untuk menerima Joshua ke dalam Unit Strata. Dia mendekati sambil berkata...

"Tak apa. Kami tolong angkat bongkah ni", dua orang senior mage turut mendekati Ver.

Ver salurkan genshi ke bongkah tersebut lalu diletak ke lantai. Joshua teruskan sehingga akhirnya mereka nampak pintu besi. Senior mage gunakan genshi angin untuk membuang serpihan batu dan pasir yang melekat di pintu. Ver salurkan genshi yang melitupi seluruh pintu dan perlahan-lahan menolak kedua-dua belah pintu besi ke tepi. Ruang yang gelap gelita kelihatan.

Senior mage yang seorang lagi menggunakan bebola api untuk menerangi bilik. Dia letak bebola api ke setiap penjuru yang ada. Ver melangkah masuk ke dalam diikuti yang lain. Perkara pertama yang dia perasan adalah formasi bulatan di lantai dalam warna putih. Dia meneliti formasi itu.

'Formasi apa ni?', dia tak pernah lihat formasi sebegini.

Mage yang lain memeriksa setiap ruang tapi tak menjumpai apa-apa. Bilik ini cuma ada formasi ini sahaja. Mereka bertiga rasa hairan dan bingung. Apa fungsi bilik ini sebenarnya sampai perlu disembunyikan?

"Kamu ambil gambar formasi ni", kata Ver kepada salah seorang senior mage.

"Baik Kapten", si mage tambah lagi bebola api sementara Joshua menyediakan dron untuk ambil gambar. Siling bilik ini tinggi jadi mudah dia nak ambil gambar guna dron. Ver sekadar berdiri sambil melihat mereka.

'Adakah ini formasi teleportasi yang Azrien katakan?', fikirnya sambil melihat formasi dari tepi.

Ver menggunakan formasi pengesanan untuk kesan peninggalan genshi di formasi itu. Memang tepat telahannya. Ada kesan genshi yang lebih jelas di situ berbanding di tempat mekanisme. Agak-agaknya ada ke kesan genshi ini di udara?

"Aku pergi periksa di luar. Kalau dah selesai tunggu di bangunan luar", kata Ver kepada mereka lalu dia keluar dari tempat mereka masuk tadi.

Ver melihat kawasan hutan yang terpampang di hadapan. Dia menyebarkan genshi ke seluruh kawasan markas ini termasuk bangunan dua tingkat itu. Tiada kesan genshi di bangunan, Ver kecilkan skop carian ke atas ruang bawah tanah. Dia dapat kesan peninggalan genshi di kawasan atas bilik formasi.

Genshi diluaskan ke bahagian udara, dia mengikut kesan genshi itu yang membawanya ke belasan kilometer. Batuan genshi di cincin menyala. Dia berhenti mengesan setelah kesan genshi itu hilang. Ver tahu ia akan menghilang sebab kesan genshi tak bertahan lama. Tapi dia hairan kenapa ia masih tinggalkan kesan genshi sejelas ini. Dari keadaan tempat ini dia tahu sudah lama tempat ini ditinggalkan.

Ini mesti sebab teleportasi. Biasanya penggunaan genshi pada skala besar lebih mudah tinggalkan kesan genshi. Ver pergi ke dalam bangunan dan duduk di tangga. Dia keluarkan sebatang rod besi dan menekan butang pada tepi rod. Pancaran hologram keluar lalu dia menulis laporan.

Mereka bertiga masuk dari pintu hadapan dan melihat Kapten yang sedang menaip. Joshua menggunakan genshinya untuk membuat tempat duduk dan menjemput dua orang seniornya duduk.

"Kapten kami dah selesai ambil gambar", Ver mengangguk sambil matanya melihat skrin hologram. Dia menyimpan rod ke dalam formasi penyimpanan dalam gelang.

"Kita pergi makan dulu. Lepas tu kita terus bergerak ke Seksyen Sempadan dan bermalam di Bandar Hervisa", mereka semua mengangguk.

Joshua yang baru kali pertama menyertai misi sebegini rasa nak mengeluh tapi dia tahan. Kapten ada cakap yang mereka perlu selesai periksa kesan genshi di semua lokasi secepat mungkin. Sekurang-kurangnya mereka tak terus pergi ke sempadan.