87.
Tapak tangan Mandy hinggap kuat ke atas meja, menyebabkan minuman milik Rina tertumpah sedikit kerana goncangan kuat pada meja tadi.
"Kau blacklist kita orang dari mana-mana syarikat??"Mandy membulat mata keberangan.
"Ya."angguk Lucas bersahaja.
"Tapi kenapa kau lakukan semua tu pada kita orang?Apa yang kita orang dah lakukan pada kau Lucas?"marah Mandy lagi dengan hidung kembang kempis tidak terkata kerana begitu marah.
Lucas menjadi Lucas, lelaki itu sama sekali tidak kisah dengan reaksi Mandy itu. Dia malah tersenyum handsome.
"Hebat sangat la kau ni sampai boleh control semuanya?"ujar Rina dengan sinis pula.
"Kenapa kau buat semua tu hah?"marah Mandy lagi dengan mata menjegil bulat pada Lucas.
Kelakar betul mereka ni la. Lucas pandang funny akan Mandy bila Mandy tanya begitu. Rasanya dekat sini Mandy lebih faham apa sebab dan alasan Utama kenapa dia menyusahkan hidup dua sepupu hadapannya.
"Serius kau tak tahu kenapa aku buat semua ni?"
Riak wajah tegang di wajah Mandy perlahan-lahan mengendur taktala dia bertentang mata dengan renungan penuh maksud Lucas itu.
"Okay...dengar elok-elok. Aku akan ceritakan kepada kau orang apa yang berlaku sebenarnya."
Kening Rina mencerlung tajam.
"Kau orang pilih untuk menyusahkan hidup Airis dengan menjadi ahli keluarga dia musuh dia, buatkan orang reject dia dan tidak disukai malah dibenci kan.Jadi why not aku buat perkara yang sama..."
"Apa kau merepekkan ni?"soal Mandy tidak percaya.
Lucas menjungkit kening tidak kisah dengan bangga. "So back to the story....kau orang ingat kejadian video yang tersebar pada hari konvokesyen hari tu?Well..ianya angkara aku. Aku nak buat semua orang benci selepas tahu perangai terkutuk kau orang selama ni..."senyum dia tanpa rasa serba salah.
Rina berdengus tak percaya. "Sebab apa kau buat semua ni sedangkan Airis tak peduli untuk lakukan apa-apa?"
"Sebab apa?Sebab kau dah sakiti kekasih aku, Airis Airiana. Hanya kerana dendam kau tu...aku balaskan untuk Airis sebab Airis terlalu baik untuk bab balas membalas dendam ni. Memandangkan kau buatkan Airis seorang villain dalam hidup dia, maka aku akan jadikan diri aku sebagai hero untuk hidup dia...macam mana?Seronok tak hidup kena reject dan tak diterima?"hujung bibirnya terjungkit mengejek.
"Kau memang kan-"Mandy hendak bersuara.
"Ah-ah...careful there. Jangan salahkan aku. Dari awal lagi aku dah beri amaran pada kau Rina supaya sampaikannya kepada Mandy. Tapi sepertinya Rina tak nak beri Kerjasama. Sebab tu aku buat semua ni..."
"Apa maksud kau?Warning apa?"kerut Mandy tidak mengerti.
"How about you ask your cousin about that?"
Rina mengetap bibir saat menundukkan pandangnya ke Bawah dengan kening berkerut.
Mandy memandang bengang ke arah RIna kerana sepupunya itu sejak tadi tidak berkata sepatah pun.
"Rina...apa sebenarnya dah berlaku?Apa yang Lucas katakan ni?"
Rina mengerling ke arah Mandy sebelum dia lepaskan keluhan mengalah.
"Lucas pernah warning aku masa aku cuba buat video Airis, tapi aku tak dengar. Aku still jugak ganggu Aron dan sakitkan hati Aron dengan menuduh Airis punya kita orang break up. End up Aron dah cederakan Airis..."jawab Rina bernada mengalah.
"Hah?Apa kau dah buat?"soal Mandy semula.
Rina kemudiannya menjeling marah pada Lucas.
"Dia beritahu aku kalau aku cuba susahkan Airis lagi dia akan susahkan aku...dan kau tahu aku tak dengar. Jadi sebab tu dia buat semua ni..."jawab Rina tidak berminat.
Lucas mengangguk kepala.
"Betul...jadi dalam hal ni bukan salah aku. Tapi semua salah kau orang berdua. Jadi kalau kau orang nak hidup, make sure selepas ni jangan sesekali buat perangai lama kau orang ni. Memalukan tau tak..."pesannya dengan mesra namun penuh dengan amaran.
Kening Mandy berkerut tidak puas hati. Dia memandang bengang pada Lucas. Hendak membalas tapi dia sedar kalau dia balas ianya tidak akan memberi sebarang keuntungan buat dirinya. Lagi-lagi dalam keadaan terdesak begini.
"Dah tu...di mana Airis sekarang?Dia tak apa-apa kan?"tanya Mandy kerana dia tahu Airis tiada lagi di kolej semasa hari konvokesyen hari tu.
Lucas kemudiannya bangun dari situ. Dia membetulkan pakaiannya sebelum tersenyum.
"Okay lady. Nice to meet you. I do really have a great time with you. But I have meeting right now. Good luck for your life and hope not to see you again."ucap Lucas sebelum berpaling pergi dari situ tanpa menjawab soalan Mandy tadi.
Rina dan Mandy yang di tinggalkan di situ hanya terkedu. Tiada kata yang dapat keluar dari mulut mereka. sungguh tertamparnya mereka saat itu. Masing-masing terkedu kerana mengetahui segala nasib buruk yang menimpa diri mereka sekarang adalah atas kesalahan mereka sendiri!