Chereads / Hello Miss Devil / Chapter 70 - Dituduh

Chapter 70 - Dituduh

70.

Suara tanggisan dari bilik kembar mengejutkan Airis yang sedang baring meniarap di atas katil dengan timbunan buku. Dia ketika itu sedang sibuk mengulang kaji memandangkan peperiksaan hanya tinggal dua hari sahaja lagi.

Dalam keadaan tergesa-gesa Airis bergegas keluar dan berjalan ke arah bilik kembar yang berada di seberang biliknya. Bila dia jejak kaki ke dalam bilik itu, mata AIris terarah pada Rina.

Ya gadis itu masih belum serik lagi!

Let's just say this b**ch stubborn like dirt on the floor!

           "Rina! Apa kau buat hah!"marah Airis yang mendapatkan Lissa yang sudah meraung di atas lantai dengan muka basah dengan air mata.

Rina yang lihat hanya tersenyum sinis, terus dia berjalan keluar dari bilik dan melaung.

           "Aron!!! Airis buat Lissa...dia tolak LIssa sampai jatuh dari katil..."jerit RIna.

Airis terpempan, dia memandang terkejut ke arah Rina sebelum mendukung Lissa dan memujuk adiknya itu supaya berhenti menangis. Belakang kepala itu diusap sambal menghenjut badan itu mahu menenangkan Lissa. Apa perempuan hilang akal ni fikir sedang cuba lakukan pada anak kecil seperti Lissa ni!?

Dan waktu itu la Aron muncul bersama Jennie dalam pelukan, wajah lelaki itu sangat berang dan marah.

           "Apa yang kau cuba buat ni Airis!"jerkah Aron sewaktu memberi Jennie kepada Rina untuk di dukung. Aron baru aje selesai uruskan Jennie makan ubat tadi. Tiba-tiba dia dengar jeritan Rina!

Rina mencapai Jennie dengan muka tidak suka. Nak tak nak kena la dukung jugak. Nanti Aron kata apa pulak kan!

         "Aku tak buat apa-apa lah..Rina saja buat cerita...aku sendiri baru sampai sini kut..."luah Airis sewaktu Aron menghampirinya lalu menarik kasar Lissa dari pelukannya.

         "Berapa kali aku beritahu kau. Jangan sentuh budak-budak ni. Uruskan jer hal kau!"bentak Aron di depan muka Airis.

Airis terpempan, dia memandang ke arah RIna di belakang Aron saat ini yang sedang tersenyum sinis kepadanya.

         "Aron...kau tak nampak ke...Rina tu. Dia sengaja nak kenakan aku. Kau sendiri tahu aku layan kembar ni macam mana?"tanya Airis bernada tak percaya. Keningnya berkerut seribu.

         "Sudahlah kau...kalau kau kisah...kau takkan lari masa kita orang minta tolong untuk jalankan ujian DNA untuk derma hati buat Jennie..."Aron kemudiannya berpaling keluar dari situ dengan wajah bercemberut.

Airis cuba mengejar langkah Aron untuk pastikan Lissa tak apa-apa tetapi dihadang oleh Rina. Rina berdiri di depan pintu bilik kembar hampir-hampir hendak berlanggar dengannya. Dia pun pandang dengan kening mencerlun tajam. Nak apa lagi perempuan ni!Nak makan penampar sangat agaknya kan!?

        "See...kau ingat aku hairan dengan ugutan kau tu?Kalau kau boleh ugut aku...aku boleh ugut kau..."Rina mengusap kepala Jennie dengan senyuman jahat. "Kalau kau cuba bongkarkan siapa aku dan semua kesalahan aku...nyawa dua orang ini akan jadi taruhannya. Jadi seeloknya kau jangan cuba-cuba berani lawan aku.." ujar RIna. "Okay?"

         "Kau-"

         "Ah-ah...dengar cakap aku.."sengih Rina memintas kata Airis. Dia dah agak punya Airis takkan dapat melawan kata-kata dia kalau dia libatkan satu-satunya kelemahan Airis di sini.

Airis mengepal penumbuk dalam genggaman dengan erat. Sambil tu matanya mengerling ke arah Jennie, rindu dengan gelak tawa dan perbualan kartunnya dengan Jennie. Dia tak boleh ambil risiko dengan membuatkan dua kembar ini susah kerana dirinya.

          "Kau bukan manusia kau tahu tu?"desis Airis dengan renungan marahnya.

          "Kalau macam tu diam. Jangan banyak cakap atau cuba melawan. Sebab semua tu hanya akan buat kau dan kembar dua orang ni dalam kesusahan.."pesan Rina lagi.

Airis mengepal penumbuk menahan sabar.

         "Jom Jennie...kita main solek-solek nak tak?" ajak Rina saat berjalan keluar dari situ meninggalkan Airis sendiri hadapan pintu masuk bilik tidur tersebut.

Jennie sempat melihat ke Airis tetapi kepalanya dipaksa toleh ke depan dengan Rina sesaat kemudian.

Sebenarnya kan, dia tak berminat tau nak cari pasal atau balas membalas kepada orang yang buat jahat dekat dia tau. Tapi kalau dah macam ni gayanya. ianya benar-benar buatkan dia hilang kesabaran.

Airis menguak rambutnya ke belakang dengan frust saat melihat Encik David berjalan keluar dari tingkat tiga dengan telefon di tangan melewati anak tangga depan bilik kembar itu. Kening lelaki itu berkerut seperti risau memikirkan sesuatu.

Dah kenapa pulak tu?