Download Chereads APP
Chereads App StoreGoogle Play
Chereads

ISTERI TERAGUNG

🇲🇾_LEYKHA_RIZAL_
--
chs / week
--
NOT RATINGS
2.7k
Views

Table of contents

Latest Update1
BAB 14 years ago
VIEW MORE

Chapter 1 - BAB 1

"Ina, Mak nak cakap sikit ni" ujar Puan Ummi Kalsom. Ina yang sedang melipat baju hanya mengangkat muka memamdang wajah Puan Ummi Kalsom menundukkan wajahnya memandang baju yang baru sahaja selesai dilipat olehnya.

"Semalam, waktu kamu pergi Rumah KK, ada orang datang meminang kamu" tutur Puan Ummi Kalsom lemah. Sungguh dia tidak mahu membebankan anaknya. Dia hanya mahu yang terbaik buat anaknya dan hanya menegur, apabila anak tunggalnya itu melebihi batas sebagai seorang perempuan.

Ina terkaku. Dia tidak tahu apa yang patut dibalas. Oleh itu, dia hanya mengambil keputusan untuk berdiam diri dan terus menanti dengan penuh sabar.

"Kalau Ina terima, kita langsungkan pernikahan hujung bulan ini. Kalau Ina tak terima, tak apa. Kami semua terima dan hormat keputusan Ina" terang Puan Ummi Kalsom panjang lebar. Ina tersenyum memamdang ibunya. Ina mencapai tangan Puan Ummi Kalsom lalu menggenggamnya lembut.

"Mak, kalau Mak rasa lelaki tu adalah yang terbaik untuk Ina, Ina terima dengan sepenuh hati Ina. Apa yang Mak pilihkan untuk Ina, adalah yang terbaik untuk Ina" mereka berdua berpelukkan. Ina menggosok belakang tubuh ibunya perlahan.

Ummi Khairina atau Ina merupakan anak tunggal kepada pasangan Puan Ummi Kalsom dan Encik Abdul Karim. Pasangan ini telah menubuhkan sebuah rumah yang menempatkan anak-anak yatim serta anak-anak yang berasal daripada keluarga yang kurang berkemampuan. Rumah itu diletakkan sempena nama mereka iaitu Rumah Karim Kalsom.

Ina merupakan seorang anak yang taat, pintar, cerdas serta penyayang. Ina dibesarkan dalam keadaan yang serdehana dan hanya duduk di kawasan luar bandar. Ina tidaklah memiliki kulit yang cerah namun, wajahnya menunjukkan keanggunan serta kecomelan yang ada pada wanita itu. Ramai lelaki yang cuba mendekati Ina kerana ingin melihat wajah Ina secara dekat kerana wanita itu sering menundukkan atau memalingkan wajahnya apabila berjalan berdekatan dengan kaum Adam.

"Nanti, Mak bincang balik dengan mereka dan kata Ina setuju, ya?" soal Puan Ummi Kalsom semula dengan nada teruja dan ingin mendapatkan kepastian daripada anak emasnya.

"Iya, Mak" Ina tersenyum memandang ibunya selepas meleraikan pelukkan.

"Mak, Ina nak minta izin. Esok, Ina nak pergi jumpa adik-adik Ina, boleh? Ina dah janji dengan dia orang, Ina nak belikan mereka semua aiskrim. Boleh, Mak?" pinta Ina lembut. Puan Ummi Kalsom tersenyum kecil lalu mengusap lembut wajah anaknya yang hanya melepaskan rambut di dalam rumah serba serdehana.

"Boleh, Ina"

"Terima kasih, Mak" Ina tersenyum manis memandang wajah ibunya.

Ina menutup pintu biliknya lalu mencapai telekung dan membentangkan sejadah. Ina menunaikan solat sunat tahajud, solat sunat taubat serta solat sunat hajat. Itu adalah rutin hariannya ketika bangun pada pukul empat setengah pagi bagi mengerjakan ibadah sunat kepada Yang Esa.

Namun, hari ini Ina turut menunaikan solat sunat istikharah demi meminta petujuk kepada Maha Pengampun atas keputusannya untuk berkahwin dalam masa beberapa minggu sahaja lagi. Ina memberi salam terakhir lalu meraup wajahnya dengan tangan kanan. Ina beristighfar sehingga hatinya terasa disentuh dan mengalirkan air matanya tanpa paksaan. Air matanya saat itu hanya turun tanpa dipinta. Sungguh hatinya terusik setiap kali dia bersujud kepada Maha Pemurah.

Ina menadah tangan, berdoa kepada penciptanya. Meminta ampun atas segala dosa yang dilakukan olehnya sama ada sengaja atau tidak. Ina turut memohon kemapunan buat kedua ibu bapanya serta dijauhkan daripada azab yang memedihkan.

Ina meraup wajahnya dengan kedua belah tangan. Ina berdiri lalu mencapai senaskah Al-Quran. Dia memulakan bacaannya dengan surah pembukaan. Rumah itu diisi dek suara merdu Ina yang mengalunkan ayat suci Al-Quran dengan penuh pengahayatan.

"Mak, Abah, Ina pergi dulu ya?" ujar Ina lembut di hadapan kedua ibu bapanya yang sedang menonton televisyen. Ina bersalaman dengan kedua orang tuanya lalu menghilang di sebalik pintu utama rumah. Setiap kali ingin keluar daripada rumah, Ina mengamalkan ayat kursi serta doa keluar rumah bagi meminta pertolongan daripada Allah supaya menghindari bala yang mendatangi dirinya.

Ina hanya mengenakan tudung bawal labuh berwarna hitam, blaus serta seluar slack. Ina menuju ke kedai runcit yang berdekatan dengan rumahnya dengan menunggang motosikal milik bapanya. Ina memarkirkan motosikal di kawasan yang betul lalu terus memasuki ke ruangan kedai runcit. Ina mengambil beberapa bekas aiskrim dan sejumlah cawan serta sudu plastik.

Setelah membayar harga barang, dia terus membawa diri ke Rumah KK milik keluarganya. Kedatangan Ina disambut dengan penuh mesra. Ina menuju ke kawasan yang hanya menempatkan kaum Hawa.

"Assalamualaikum, adik-adik Kakak" ucap Ina lalu menuju ke meja yang terdapat di situ.

"Waalaikumsalam, Kakak" jawab mereka serentak. Mereka memeluk Ina dengan erat sehingga Ina tidak mempunyai ruang yang cukup untuk bernafas.

"Jom, Kakak beli aiskrim. Siapa nak aiskrim?" tutur Ina dengan riang. Semua di situ mengangkat tangan dengan penuh semangat.

"Kalau nak aiskrim kena buat apa?" soal Ina mesra.

"Beratur" jawab mereka sekali lagi. Serentak itu, mereka terus beratur lalu Ina mengagihkan aiskrim kepada semua adik-adiknya. Ina turut meminta salah seorang daripada mereka supaya menghantarkan beberapa bekas aiskrim kepada ustaz yang bertugas untuk diagihkan kepada pelajar lelaki di situ. Kebanyakan mereka adalah lingkungan enam hingga sembilan tahun dan yang selebihnya diambil sebagai anak angkat.

Sedang asyik Ina melihat gelagat adik-adiknya menikmati aiskrim, bahunya disapa. Ina mengangkat muka lalu melihat insan yang menyapanya.

"Kak Ina, buat apa dekat sini?" soal gadis itu lembut. Ina tersenyum memandang gadis yang duduk bersebelahan dengannya.

"Kak Ina bagi adik-adik Kak Ina ni aiskrim. Kak Ina dah janji semalam. Alia buat apa? Tak kerja ke hari ni?" soal Ina ramah. Alia sedang menunggu keputusan SPM. Oleh itu, dia meminta kebenaran kepada Encik Abdul Karim untuk bekerja dan mengumpul duit demi menyara dirinya di masa hadapan.

"Hari ni, Alia cuti. Kebetulan, Alia dengar Akak datang. Cepat-cepatlah Alia cari Akak" ujar Alia ceria.

"Alia, lepas ni Akak tak boleh nak datang selalu dah" tutur Ina lemah.

"Kenapa? Akak nak pimdah rumah ke?" soal Alia cemas. Sungguh, dia bakal kehilangan seorang wanita yang dianggap seperti seorang kakak kandung juga, tempat untuk dirinya meluah segala yang berlaku. Ina kerap memberinya nasihat serta kata-kata pembakar semangat yang mampu menaikkan harinya.

"Eh, taklah. Akak dah nak kahwin. Hujung bulan ni. Akak kena lah tinggal dengan suami Akak" Ina menggenggam tangan Alia lembut sambil tersenyum memandang gadis itu.

"Alia jangalah risau. Bila Akak balik sini, Akak datang cari Alia" ujar Ina lembut. Alia memeluk pinggang gadis itu lalu meletakkan kepalanya di bahu wanita itu.

"Akak jangan lupakan Alia tau. Alia sayang Akak" Alia mengubah nada suaranya kepada yang lebih manja. Ina tergelak kecil.

"Eh, awak dah berapa tahun ni? Manja macam budak kecil" usik Ina sambil tertawa. Tangan kirinya menutup mulutnya yang sedang tergelak dek gelagat Alia.

"Biarlah, ni Kakak kita. Suka hati kitalah nak buat apa pun"

"Iyalah, awak" mereka berdua tertawa apabila melihat wajah masing-masing. Sungguh Ina turut akan merindui saat bersama gadis itu yang dianggap seperti adik perempuannya.