Chereads / Mr Pudding Caramel / Tidak Percaya Cinta

Mr Pudding Caramel

Aireen_Arianna
  • --
    chs / week
  • --
    NOT RATINGS
  • 4k
    Views
Synopsis

Tidak Percaya Cinta

Tergesa-gesa Hana memasuki kedai yang menjual bahan dan alatan membuat kek itu. Ini semua salah drama korea! Gara-gara lewat tidur semalam dia terlambat menghadiri kelas membuat kek bersama mak ngah nya yang teramat garang itu. Memang terpaksa tadah telinga lah Hana nanti.

Masuk sahaja di dalam kawasan kedai itu segera dia mencari serbuk koko, baru sahaja tangannya mahu mengambil serbuk koko yang hanya tinggal sebungkus itu ada satu tangan lain yang turut memegang bungkusan plastik tersebut. Mereka berpandangan sesama sendiri, Hana cuba menarik plastik tersebut namun lelaki itu juga menarik plastik tersebut.

"Excuse me, saya yang dapat serbuk koko ni dulu. So please bagi saya ambil" Hana cuba berbicara secara lembut namun jelingan yang dia dapat dari lelaki itu. Eh Mamat sepet ni! Dahlah sepet ada hati nak jeling aku.

"Tak! Aku yang pegang dulu so serbuk koko ni aku punya! " dengan tegas lelaki itu berkata matanya juga turut dibesarkan. Hana sudah tersenyum sinis.

"Hey! Buta ke mata you tu? Kita serentak pegang serbuk koko ni! Bukan you yang pegang dulu" balas Hana masih tidak mahu mengalah.

"Ayoo, you berdua jangan gaduh-gaduh ma! Malu woo, serbuk koko ni boleh bahagi dua. Tak mau gaduh-gaduh nanti viral macam mana?" perbalahan itu terhenti apabila mereka ditegur oleh pemilik kedai tersebut. Nyonya itu terus mengambil serbuk koko itu dan dibawa ke bahagian timbangan.

"bujog ib namja" disebabkan rasa geram yang teramat Hana terus memaki lelaki tersebut dalam bahasa korea yang bermaksud lelaki mulut puaka. Yakin sangat lelaki itu takkan faham apa yang dikatakannya. Dengan muka bangga Hana melangkah menuju ke kaunter bayaran.

"Izzati! Please dengarlah dulu apa yang saya nak explain" Hana terus melangkah tanpa menghiraukan panggilan dari lelaki durjana itu. Semalam dia dihina, dikeji dan dipermainkan di hadapan orang ramai masakan dia mahu memaafkan dengan semudahnya? Tidak luka itu masih kekal berbekas di hati Nurain Hana Izzati. Cukuplah dia tidak mahu terpengaruh dengan segala ucapan cinta. Cinta itu manisnya hanya seketika dan apabila kita terluka hanya kepahitan yang terasa.

"Stop it! I don't want to hear anything from you. Now please get out from my life, I need my space! " Jerit Hana sekuat hati, dia terus melangkah laju meninggalkan lelaki durjana yang begitu melukakan sekeping hatinya yang baru mengenali apa itu cinta.

"Mulai harini, aku Nurain Hana Izzati takkan pernah bercinta hingga takdir mempertemukan aku dengan seseorang yang mampu mengubah aku ke arah kebaikan!"

Naik bernanah juga telinga Hana mendengar bebelan Mak ngah wanita itu membebel kerana mulut celupar kakaknya yang memberi tahu isu cinta monyet nya yang terhenti separuh jalan. Mana tidaknya Mak ngah tidak membebel kerana wanita itu adalah guru pendidikan Reka Bentuk dan Teknologi di sekolahnya. Segala gosip hangat para pelajar tentang dia dan si durjana itu pasti didengari oleh Mak ngah.

"Berapa kali dah mak ngah pesan, si Ashraf tu hanya nak permainkan kamu sahaja tapi kamu bukannya nak percaya cakap Mak Ngah. Payahlah Hana cinta zaman sekolah ni kekal, cinta monyet je semuanya kalau kekal pun mesti dah banyak kali putus. Lepas ni Mak Ngah tak mahu dengar kamu bercinta lagi, nanti dekat universiti kamu akan jumpa lelaki yang lagi kacak dari si Ashraf tu." Mak Ngah atau nama sebenarnya Nurazkiya sibuk menasihati Nurain sambil tangannya rancak mengadun adunan kek. Hana hanya diam tidak berkutik, nak melawan memang dia tak berani lagipun dalam hal ini memang dia yang salah. Tadah jelah telinga tu Hana, lagipun ada betulnya kat Mak Ngah itu.

"Lepas ni fokus sahaja dalam pembelajaran, ingat sikit tahun depan kamu dah SPM. Jangan nak main-main! Muhasabah diri dan banyakkan berdoa supaya kamu berjaya" sambung Mak Ngah lagi, Adunan kek yang sudah siap itu dimasukkan ke dalam loyang kek yang sudah dioleskan marjerin di atasnya. Hana terus mengambil loyang tersebut dan dimasukkan ke dalam ketuhar.

"Terima kasih mak ngah, Hana janji dengan Mak ngah untuk buat yang terbaik bagi masa depan Hana." Hana terus melafazkan janji pada ibu saudaranya. Nurazkiya tersenyum mendengarnya, dia tahu Hana seorang anak yang baik dan pintar. Faham sahajalah jiwa remaja yang mahu merasai nikmat bercinta, tapi sebagai seorang yang dewasa Nurazkiya tidak mahu anak saudaranya terjerumus ke arah sesuatu yang tidak baik. Doanya semoga Hana sentiasa dilindungi dan diredhai yang maha kuasa.