Chereads / SEINDAH WARNA-WARNA PELANGI / Chapter 2 - Bab 2 ¦ Putus

Chapter 2 - Bab 2 ¦ Putus

Dua minggu berlalu, Puan Hidayah telah menjemput Puan Rania dan suaminya, Encik Fauzi. Mereka berbincang mengenai Mikhail dan Rose.

"Dayah kenapa kau jemput kita orang datang rumah kau ni?", soal Puan Rania ibu kepada Mikhail.

-

"Aku nak cakap mengenai Mikhail dan Rose", ujar Puan Hidayah kembali.

-

"Kenapa dengan mereka berdua Dayah?", kali ini Encik Fauzi, ayah kepada Mikhail bersuara.

-

"Sebenarnya Rose dah befikir panjang dah, dia nak putus tunang dengan Mikhail", jujur Puan Hidayah. Dia memberi 2 minggu untuk Rose membuat keputusan mengenai ini.

-

"HAH! Kenapa pula tiba2 ni?!", soal Puan Rania terkejut apa bila mendengar Puan Hidayah berkata demikian.

-

"Mikhail curang dengan dia, Rania", ucap ibu.

-

"Tak kan dia tak boleh beri peluang kepada Mikhail langsung Dayah?", soal Encik Fauzi. Pelik juga dengan secara tiba tiba Rose meminta memutuskan tali pertunangan mereka.

"Beri peluang uncle cakap! Tahu tak anak uncle tu dah 2 kali saya beri peluang, dia janji nak berubah tapi kali ini. Pertama saya nampak dia keluar bersama perempuan lain, berpigang tangan lagi tu, kalau uncle dan aunty cakap itu mungkin saudara Mikhail tak mungkin kot sebab saya kenal ahli keluarga uncle juga. Kedua saya nampak dia bawa seorang gadis ke club uncle dengan aunty rasa, tapi saya tetap beri dia peluang ye. Dan ini yang terakhir, bukan setakat pigang tangan dan bawa pergi club, Mikhail bawa pergi rumah dia dekat flat. Mereka berdua di dalam rumah itu buat dosa uncle tahu tak. Paling saya tak sangka perempuan yang menggatal dengan tunang saya kawan baik saya sendiri", Rose turun dari tingkat atas dengan membawa sebuah kotak cincin pemberian Mikhail sambil menjelaskan semua perbuatan terkutuk anak mereka itu.

-

"Kami bagi pihak Mikhail ingin minta maaf Rose, kami tak tahu pula akan terjadi sebegini", kata Puan Rania selepas mendengar penjelasan daripada Rose.

"Tak apalah aunty benda dah terjadikan, ini cincin tunang pemberian Mikhail aunty boleh ambil dan beri pada dia kembali", Rose menghulurkan kotak cincin itu kepada Puan Rania.

"Aunty minta maaf sangat2 dekat Rose", Puan Rania memeluk Rose. Hajatnya ingin menjadikan Rose sebagai menantu tidak kesampaian akibat anak mereka sendiri. Sayu hati Rose bila melihat Puan Rania memeluk nya. Dia tak nak menyakitkan hati Puan Rania namun segala perbuatan Mikhail terhadap dirinya tidak dapat di maafkan lagi.

PUAN RANIA DAN ENCIK FAUZI meminta kebenaran untuk pulang. Perasaan geram mereka sampai kemuncak bila mendengar anak tunggal mereka Mikhail membuat perkara sebegitu.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

MIKHAIL membuka pintu perlahan lahan. Dia telah dipanggil oleh ibunya Puan Rania untuk datang kerumah. Dia hanya mengikut kan sahaja arahan Puan Rania.

"Mikhail dah balik? Duduk sini dulu", kata ibunya lembut meyuruh Mikhail duduk di sebelah Puan Rania.

"Ada apa ibu suruh Mika pulang ni? Mika ada banyak kerja dekat office tu", ujar Mikhail selamba.

"Ibu suruh kamu datang sini sebab ni", PAAKKK satu tamparan kena di pipi kanan Mikhail.

"Apa ni ibu?", soalnya sambil mengusap pipi kanan nya yang kemarahan akibat di tampar.

"Apa kau tanya? kau tampar si Rose tu kenapa. Bukan setakat tampar kau curang dengan dia buat benda terkutuk dengan perempuan lain!", jerit Ibunya tidak lagi dapat menahan sabar selepas melihat anak yang dia didik dengan baik berubah.

"Apa Ibu cakap? Mika dekat office je lah mana ada pergi keluar dengan perempuan lain", jawab Mikhail yang mempertahankan dirinya.

Tiba-tiba ayah nya muncul dari tingkat atas membawa sebuah fail.

"Ayah nak kau tengok dalam fail tu, siapa lelaki tu dan apa dia buat dengan perempuan2 tu", ayahnya menghulurkan sebuah fail kemudian dia membuka fail itu perlahan lahan. Alang kah terkejutnya dia apa bila semua gambar nya bersama sama dengan perempuan2 lain berpelukan ada yang berpigang tangan ada juga yang dia minum sampai mabuk bersama gadis2 itu.

"Ayah ni bukan Mika ayah ni orang lain", dia tidak sangka semua perbuatan yang dilakukan olehnya di perhati oleh orang suruhan ayah nya selama ini.

PAAAKKK!

Sekali lagi satu tamparan kena di pipi kirinya, dia mengusap kedua dua pipinya yang merah akibat ditampar oleh ayah dan ibunya.

"Mulai hari ini Mikhail Amzah Bin Mohd. Fauzi dipecat sebagai ketua eksekutif pemasaran syarikat FAUZI COMPANY noktah", kata ayahnya. Encik Fauzi memecat Mikhail dari syarikat itu dan menyuruh dia usaha sendiri.

MIKHAIL menuju ke luar rumah dia tak percaya apa yang dia dengar tadi.

'Ni semua salah kau, Rose. Aku tak akan biar kan kau bahagia' bisik hatinya.