"Aku rindukan kau," ujar Yue. Hujan rintis membasahi bahu baju Yue. Xi tersenyum pahit, memerhati tingkah Yue dengan pandangan yang sukar untuk dimengertikan. Hujan semakin lebat. Payung merah jambu yang dipegang Yue tidak mampu menghalang titisan-titisan hujan daripada mengenai tubuh kecil Yue.
"Aku tak kuat," sambung Yue sambil melabuhkan punggung di ruang pemandu. Enjin kereta dihidupkan. Kereta berwarna perak dipandu laju menyusuri jalanraya yang lengang. Suasana hening, masing-masing melayan perasaan. Tiba-tiba, letupan kecil kedengaran.
" Eh?" Yue mulai panik. Kereta yang dipandu berpusing di luar kawalan. Yue menekan-nekan brek kereta sambil membunyikan hon, agar pengguna jalanraya yang lain tidak berada dalam laluannya dan membahayakan diri. Kereta Yue terus bergerak laju dan brek serta stering kereta langsung tidak berfungsi.
"Xi!" perkataan terakhir yang keluar dari mulut Yue sebelum Yue merasakan tubuhnya ringan dan menghentam sesuatu yang keras dengan pantas. Yue tidak dapat menggerakkan badannya dan pandangannya mula berpinar. Dengan kesedaran yang bersisa, Yue mencari Xi, mendoakan sahabatnya selamat dan tidak cedera. Yue nampak bibir Xi bergerak-gerak seolah menyatakan sesuatu sebelum segalanya menjadi gelap.
❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️
"Keluar," ucap Shen sambil mengetap bibirnya. Wajah Shen mulai memerah. Wan berdiri dan menempatkan dirinya dalam jarak yang selamat dari Shen. Bersedia menghadapi kemungkinan sekiranya pergaduhan fizikal berlaku. Tidak terlalu dekat dan mencederakan diri namun juga tidak terlalu jauh bagi membolehkan dirinya meleraikan pergaduhan jika perlu. Shen mengepal penumbuk.
"Bos, sabar bos. Ini hospital," bisik wan. Tetapi mata wan langsung tidak meninggalkan wajah Bobby dan Nat. Terutamanya Nat. Situasi semakin menegang. Nat tersenyum mengejek.
'Apa lah buta mata Bobby ni pilih perempuan macam ni. Langsung takde kelas. Tapi memang kaya lah,' Wan bercakap sendiri dalam hati. Hendak tersenyum, situasi tidak mengizinkan, maka senyum tersebut terpaksa ditelan.
"Kenapa? Siapa kau untuk tidak membenarkan aku melawat dia? Takkan la aku tak boleh melawat adik sepupu aku sendiri?" Nat bersuara sinis, sambil tangannya erat memeluk lengan Bobby.
'Ish... Perempuan ni tak reti cakap elok-elok ke. Kang tak pasal-pasal kena tampar kang. Adeh... Penatt...,' Wan menggelengkan kepala menyaksikan perangai Nat. Bobby hanya membisu. Keningnya berkerut. Kebimbangan jelas terpapar di wajahnya sambil pandangannya tidak lepas memandang tubuh kecil yang terlantar di atas katil tersebut. Lesu, namun seakan tertidur tenang. Wayar berselirat di segenap tubuh kecil itu dan bunyi daripada pelbagai peralatan yang mengelilingi Yue menimbulkan satu perasaan yang sukar digambarkan di lubuk hati Bobby.
"Aku cuma nak lawat dia, dan bantu mana yang termampu," ungkap Bobby perlahan. Wan hampir tergelak. Manakala Shen tersenyum sinis.
" Kau layak ke?" kata Shen, sinis. Nat menjeling Bobby dan kemudiannya Shen, tajam. Wan berusaha untuk tidak ketawa menyindir. Batuk kecil kedengaran.
"Pakcik Jin!" tegur Nat, manja. Suasana tegang perlahan-lahan memudar. Li Jin memerhati wajah-wajah dihadapannya sambil tersenyum.
"Papa Li," Shen menegur hormat Li Jin, sambil menyalami tangannya. Bobby terus memandang wajah Shen, spontan. Pandangan yang penuh dengan tanda tanya.
'Menarik,' bisik hati Wan. Li Jin menepuk-nepuk bahu Shen. Seterusnya, Bobby, Nat dan Wan turut bersalam dengan Li Jin.
"Yue!" airmata Du Lian mengalir laju. Satu-satunya puteri kesayangannya terlantar lesu di katil hospital. Hati Du Lian terasa amat perit sekali. Du Lian merasa kesal kerana menangguhkan penerbangan balik mereka dari luar negara atas sebab jemputan seorang rakan baik yang berhasrat agar mereka menghadiri perkahwinan anaknya. Li Jin seakan mengerti pergolakan emosi Du Lian dan mengurut lembut belakang isterinya. Tiada sesiapa mahukan perkara ini berlaku, namun terselit juga rasa kesal dalam hati Li Jin. Anak-anaknya yang lain sedang dalam perjalanan pulang selepas menerima berita bahawa adik kesayangan mereka terlibat kemalangan. Hanya Li Zhu yang belum dapat dihubungi kerana anaknya itu bertugas di luar kawasan, dan sukar dihubungi melalui telefon.
Mata Du Lian merah. Shen menjelaskan apa yang berlaku kepada Li Jin sementara Bobby masih membisu sambil memandang Shen. Nat bergerak-gerak kecil kerana merasakan dirinya tidak selesa.
"Anak, siapa yang menjumpai Yue?" tanya Du Lian tiba-tiba. Bobby membuka mulut untuk menjawab tetapi terhenti. Kerana Du Lian bertanya sambil memandang Shen bukan dirinya.
'Hmpphh,' Nat mendengus kecil dalam hati. Api cemburu mulai membakar dirinya.
"Wan yang bantu Yue, Mama. Kebetulan Wan ternampak kereta Yue diluar kawalan dalam perjalanan balik ke rumah," jelas Shen. Wan memandang Shen namun Shen memberi isyarat lembut untuk hanya menjelaskan sebegitu. Wan mengalihkan pandangannya.
"Terima kasih Wan. Dan kamu Shen kerana menguruskan Yue masuk ke hospital," ucap Du Lian. Suaranya sedikit sayu.
" Pakcik, makcik, Shen," Sam menyapa semua yang berdiri di depannya sambil mengangguk kecil.
"Sam," tegur Li Jin sambil tersenyum.
"Saya nak periksa Yue sekejap. Tapi makcik boleh bersama kami," ujar Sam. Lembut namun difahami. Semua bergerak keluar kecuali Du Lian. Shen membuka pintu untuk Li Jin. Telefon Li Jin berbunyi.
"Maafkan pakcik, pakcik perlu jawab telefon dulu," dan Li Jin terus bergerak ke ruangan yang lebih privasi untuk menjawab panggilan tersebut.
"Apa hubungan kau dengan Yue?" Bobby terus bertanya kepada Shen. Wan kembali berjaga-jaga. Shen tersenyum sinis.
'Ah, sudah. Dahla ni kat hospital,' bisik Wan dalam hati.
"Kau rasa? Buat apa kau nak tahu? Jaga je tunang baru kau elok-elok," balas Shen. Senyuman sinis tidak lekang dari wajahnya. Wan menggelengkan kepalanya. Tak pasti mahu tergelak atau tidak dengan perlakuan Bobby.
"Aku ambil berat tentang Yue. Aku tak mahu Yue diambil kesempatan," kata Bobby. Api cemburu semakin marak membakar hati Nat. Shen tergelak.
"Kau bukan tunang Yue lagi sejak 2 minggu yang lalu. Tak payah menyibuk pasal hubungan aku dengan Yue," bidas Shen. Wan menggelengkan kepala.
'Yue, aku pun inginkan hubungan kita lebih dari sekadar sahabat baik dan teman sepermainan,' bisik Shen dalam hati namun Bobby tidak tahu. Wajah Bobby merah padam. Nat memeluk pinggang Bobby.
" Sayang, okay tak?" tanya Nat, lembut. Sedangkan di dalam hati Nat, cemburu sedang menggila. Bobby terhenti dan kelihatan keliru.
' Kenapa dengan aku ni. Kenapa aku marah? Aku tunang Nat, bukan lagi tunang Yue,' bisik hati Bobby. Namun Bobby masih tidak dapat menghilangkan rasa sayu yang bertandang dalam hatinya setiap kali dia mengingatkan perkara tersebut. Li Jin kembali selepas menamatkan panggilan telefon.
"Encik dijemput masuk," ujar jururawat comel yang muncul di pintu bilik wad peribadi tersebut. Wan tersenyum simpul. Shen menyiku Wan.
"Agak-agak coverla sikit," usik Shen. Wan malu-malu.
"Comel siakkk," balas Wan. Jururawat tersebut tersipu malu.
"Marilah," ajak Li Jin. Kesemua mereka mengekori Li Jin masuk. Du Lian mengemas-ngemas tempat Yue dan menyibukkan diri. Li Jin tahu isterinya berasa sangat sedih.
"Macam mana Sam? Yue ok tak?" Shen bertanya. Tindakan Li Jin membiarkan saja Shen bertanya menimbulkan kehairanan pada diri Bobby. Sam memandang wajah Shen dan seterusnya memusingkan badan menghadap Li Jin.
"Pakcik, Yue telah melepasi tahap bahaya. Secara saintifiknya, keadaan Yue stabil tetapi kami kurang pasti kenapa Yue masih belum sedarkan diri," terang Sam satu persatu.
"Tetapi kami akan usahakan yang terbaik untuk Yue, pakcik," janji Sam.
"Pakcik, biar saya dapatkan doktor yang terbaik di negara ini untuk Yue," ujar Bobby. Shen menahan senyum.
"Terima kasih, Bobby. Kamu memang anak yang baik. Tetapi Shen dah bantu pakcik dapatkan yang terbaik. Perkenalkan, ini Dr Samuel Han, doktor pakar terbaik di negara ini. Sam ni abang kepada Shen," terang Li Jin, lembut. Sam menganggukkan kepalanya ke arah Bobby. Bobby kelihatan sedikit terkejut.
'Genius pun boleh jadi macam budak-budak kerana cinta,' Sam tergelak sendiri.
Panas juga hatinya malam tadi apabila menerima panggilan Shen yang memaksa Sam untuk pergi ke hospital secepat mungkin. Hasratnya untuk menikmati tidur terganggu. Tetapi apabila Sam masuk ke ruangan kecemasan, Sam terus faham. Yue memang penting buat Shen. Dan Sam menganggap Yue seperti adiknya sendiri.
" Sebaiknya, kita berikan ruang untuk Yue berehat," nasihat Sam. Yue baru terlepas dari satu kemalangan yang mengerikan. Berdasarkan gambar yang dikongsikan oleh Wan kepada Shen, kereta Yue terbakar. Tapi kemalangan itu sendiri agak pelik menurut Wan.
"Papa Yue, kita balik sekejap ambil barang. Anak Shen, boleh tengokkan Yue sebentar?" pinta Du Lian. Bobby tersentak sedikit.
"Baiklah Mama Li," Shen akur. Du Lian bergerak keluar diikuti Li Jin. Bobby tunduk, terkilan kerana Du Lian tidak lagi mesra dengannya. Manakala Nat, terasa geram kerana tahu Du Lian memang pandai psiko dirinya. Du Lian tidak pernah menyukai Nat sejak dulu lagi. Wan turut meminta diri.
Suasana kembali hening. Shen berdiri di sisi jendela kaca hospital yang besar dan melemparkan pandangannya ke luar. Terlihat bintang-bintang bekerdipan namun bulan tidak menampakkan diri.
"Yue, malam ni takde bulan. Aku tahu kau suka bulan. Mungkin bulan sedih kot, sebab ko tak melihat dia malam ni," bisik Shen sendiri. Shen teringat betapa gembiranya Yue apabila Shen mendapat hadiah teleskop semasa hari jadinya yang ke sepuluh. "Apesal kau gembira sangat ni? Ni hadiah aku, bukan kau," kata Shen. Shen sebenarnya kecewa kerana dia mahukan komputer riba yang canggih tetapi bapanya membelikan teleskop untuknya.
"Ye la Shen, bolehla aku pinjam, kita tengok bulan sama-sama. Aku baca buku cerita, kononnya ada arnab tinggal kat bulan. Manatau kita boleh nampak angkasawan ke," balas Yue, masih teruja. Matanya bersinar-sinar. Dan disebabkan kegembiraan Yue itulah, Shen sanggup melanjutkan pelajaran ke luar negara.
" Yue, aku terus balik bila dengar kau putus tunang dengan Bobby. Tapi, aku jumpa kau macam ni, " rasa sedih mulai bertandang di hati Shen. Sebaik sahaja tamat pengajian, Shen bersedia untuk pulang. Namun berita pertunangan Yue menghancurkan hatinya.
" Yue, bangunlah, aku rindu kau. Kau mesti bangun Yue, sekurang-kurangnya, atas janji persahabatan kita," hati Shen semakin sedih apabila mengungkapkan kata-kata tersebut....
'Bangunlah, Yue. Please, " Shen terus berdoa dalam hati.