"Bila masa Ayra tandatangan surat perjanjian nih?"
Soal aku dengan geram. Surat perjanjian di hadapan aku, aku pandang dengan tidak percaya. Tidak mungkin, pasti ada kesalahan yang berlaku tanpa aku sedar.
"Ayra, akak tahu Ayra terkejut tapi Ayra dah tandatangan dan dalam surat perjanjian tu ada perjanjian di mana jika Ayra membatalkan perjanjian ni, kita perlu bayar RM 2 000 000 000. Kita ni tak kaya Ayra, hidup susah, Ayra terima je lah ye?"
Pujuk kakak aku, Ariana Mardhiah sekaligus mengundang tawa dari ku.
"Kak ngah, duit tu Ayra boleh cari tapi masa depan Ayra kak ngah. Macam mana Ayra nak capai impian Ayra sebagai seorang arkitek kalau dah berkahwin? Macam mana Ayra nak belajar dekat sekolah sambil bawa perut yang besar gedabak, lagi teruk, what if air ketumban pecah masa dekat sekolah, tak ke haru jadinya?"
Balas aku sambal membayangi diri ku yang sarat mengandung cuba mendaki tanggan menuju kelas ku yang berada di ingkat lima, mahu gugur aku nanti.
Entah di mana kelakarnya, mak, abang, dan kakak ketawa geli hati. Adik aku pula membuat isyarat gila menunjukkan ketiga-tiga ahli keluarga aku sudah tidak waras.
"Ayra, korang berdua sama umur, dia faham yang Ayra tak ready untuk buat 'tu', his parent dah kasi jaminan yang korang takkan buat 'tu' sebelum tamat sekolah menengah. Plus korang akan tinggal dekat sini masa sekolah and tinggal dekat 'sana' masa cuti. So, don't worry lah"
Balas abang aku, Airil Mikaeil dengan yakin. Terbukti dia merupakan salah seorang dalang dalam kisah ini.
"But, I'm not ready for this. I'm…..I'm still young, I wanna enjoy my life first."
"Aina pernah bagitau mak, Ayra takkan cari pasangan sebab nak mak yang carikan dan Ayra takkan tolak walau siapa pun dia, jadi sekarang ni mak dah cari dan Ayra tak boleh tolak."
Balas mak aku, Puan Nur Maya dengan tersenyum bangga. Aku pula bagaikan ikan yang baru sahaja keluar daripada peti ais, kaku kerana Beryl memberitahu mak alasan yang aku beri apabila dia menanyakan soal crush kepada aku.
Belum sempat aku ingin menyerang balas, kakak aku meminta aku memberi peluang kepada lelaki tersebut.
"Okay, tapi Ayra ada satu syarat. Kalau dia pass, Ayra akan kahwin dengan dia pada bila-bila masa je."
Ujar aku dengan penuh keyakinan.
"Okay, Ayra cakap je syarat tu, mak dan mama akan pastikan dia dapat buat syarat Ayra."
"Dia ada dekat mana sekarang ni mak?"
"Dia, maksud Ayra, Adam?"
"Ye lah mak, takkan Zaki pulak, aduh mak ni."
"Hmph, peril-perli, nak jadi anak derhaka ke?"
Balas mak dan menerima muka toya aku sebagai balasan.
"Adam ada dekat Korea sekarang. Bercuti dengan papa mama dia. Kenapa Ayra tanya?"
"Takde, saja je. Urmmm, dia pergi berapa lama?"
"Datin Ana cakap dengan mak diorang pergi dua minggu. Balik je dari bercuti, seminggu lepas tu Ayra dengan Adam kahwin lah."
"Ooo, okay. Ayra masuk tidur dulu eh? Ngantuk."
Balas aku bersama senyuman jahat yang aku sembunyikan. Adik aku, Alif Marwan memandang aku dengan senyuman senget apabila dia dapat bau muslihat aku di situ.
"Ha pergilah, jangan lupa solat isyak dulu"
"Okay"
Pantas aku berlari menuju ke tandas bagi mengambil wuduk dan menunaikan solat.
Usai menunaikan solat aku meminta kebenaran daripada Beryl bagi menginap di rumahnya selama dua malam. Dia mengizinkan dan mengajak dua sahabat aku yang lain iaitu Clarita dan Danica bagi menyertai kami berdua, sleepover katanya dan aku hanya menyetujui memandangkan kami berempat adalah sahabat sejati.
Keesokan paginya, aku bangun dengan muka yang berseri-seri. Di dalam otak, sudah aku bayangkan wajah mak yang tidak percaya dengan syarat aku dan bakal membebeli aku.
Selesai solat Subuh, aku meminta izin daripada mak lantas mengemas barang apabila mak menyetujui tanpa banyak soal.
Tepat pukul 6.00 p.m Danica sudah berada di rumah aku, memnandangkan aku tiada lessen lagi, Danicalah pemandu peribadi aku. Dengan tergopoh-gapah, aku menyalami mak dan melompat ke atas motorsikal membuatkan Danica hilang keimbangan dan kami berdua hampir jatuh.
Sepanjang perjalanan ke rumah Beryl, aku dibebeli oleh Danica tetapi seperti biasa aku akan pekakkan sahaja telinga aku. Sesampai sahaja di rumah Beryl, aku berlari mendapatkan Beryl, meminta Beryl menyelamatkan aku daripada terus dibebeli oleh Danica.
"Kau buat apa pulak kali ni Ayra?"
"Mana ada aku buat, aku lompat cikit je."
Ujar ku dalam nada kebudak-budakkan, meminta simpati daripada Beryl.
"Pala otak kau cikit, tadi tu, kalau aku lambat ambil tindakan, kita dua masuk ICU tau tak? Haish budak ni sorang."
"Dah-dah, jom masuk dalam, mummy aku masak masakan favourite korang bila aku bagitau korang nak sleepover."
"Uncle mana?"
Soal Danica setelah baring di atas katil King milik Beryl.
"Daddy aku outstation, ada problem dekat site katanya"
"OOO"
"Jom dinner, rasanya mummy aku dah siap masak"
Pelawa Beryl, Danica yang sedari tadi sudah kebuluran dengan pantas melompat dari katil. Clarita pula hanya berjalan seperti biasa.
"Korang pergi lah dulu, aku ada hal sikit."
Ujar aku sambil menghantar pemergian mereka bertiga dengan mata sebelum aku tumpukan sepenuh perhatian kepada telefon pintarku.
'Group AM' aku tekan. Group yang menempatkan 10 orang ahli, lima orang ahli adalah aku dan keluarga aku, lima orang lagi keluarga Adam.
Aku menaip syarat yang telah aku janjikan pada mak semalam, aku pasti dia telah memberitahu Datin Ana a.k.a mama Adam. Aku pasti mereka akan terkejut dengan syaratku dan terpaksa membatalkan perkahwinan yang dirancang ini.
'Syarat yang Ayra tetapkan ialah, esok Adam mesti ada dekat rumah mak Ayra, pastikan bila Ayra balik dari rumah Beryl, Ayra dah nampak muka Adam. Assalamualaikum.'
Usai menekan button send, aku matikan telefon pintarku dan bergegas turun ke dapur menyertai tiga kawanku yang pasti sedang berhibur.
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
"What the heck!"
"Pfttt, hahaha, kesian kau ngah."
'Puji' abang Adam, Aidil Matteo
"Mama papa, takkan lah angah kena balik Malaysia? Baru je sampai Korea, dah kena balik. Mana boleh, ini selfish namanya."
Luah Adam dengan tidak puas hati. Dia baru sahaja tiba di Korea pagi tadi, lelah menaiki kapal terbang pun belum habis lagi, sekarang dia perlu menaiki kapal terbang pada esok pagi bagi memastikan dirinya tidak terlambat tiba di Malaysia.
"Takpelah, sekali ni je angah, angah buat ye sayang."
Pujuk mama lembut, papa di sebelah mama mengangguk menyetujui dengan kata-kata mama. Dengan separuh rela aku berjanji bagi melaksanakan syarat yang diletakkan oleh Ayra. Tunggulah lepas kahwin, aku akan balas apa yang dia buat dekat aku.
Aku meminta izin kepada papa dan mama bagi mengambil angin di bandar Seoul memandangkan esok pagi aku dah perlu pulang ke Malaysia. Seperti memahami diri aku, papa dan mama mengizinkan aku berjalan-jalan di Kota Seoul.
"Angah, adik nak ikut boleh tak?"
Soal satu-satunya adik aku, Aurora Maleeha. Jangan tanya kenapa nama dia pelik. Kitorang mix sebenarnya, papa aku American dan mama aku Chinese. Baru sahaja aku ingin membenarkan mama terlebih dahulu mengajak dia untuk tidur, sudah lewat malam katanya walhal aku tahu mama inign memberi pelung kepada aku buat sementara waktu.
Aurora yang sememangnya anak kecil yang baik, menurut arahan mama. Aku pula menyarung jacket dan boot sebelum keluar dari hotel milik papa.
Sedang aku berjalan keseorangan sambal menikmati keindahan Kota Seoul, abang a.k.a along aku, mengganggu ketenteraman aku. Memandangkan kami berdua tidak mempunyai hala tuju, along mengajak aku meluangkan masa bersama dia di Han River sambal menikmati keenakkan ramen.
"Angah, kau balik pagi esok ke acanne?"
Soal along memecah kesunyian.
"Ye lah kalau tak meraung lah mama sebab tak dapat menantu kesayangan dia"
"Takpe ngah, aku yakin ada hikmah di sebalik apa yang jadi."
Ujar along memberi kata-kata semangat sekali gus mengundang rasa jengkel lantas aku menayangkan muka toya.
"Bersyukur eh aku kasi kata-kata semangat dekat kau, takdelah kau murung macam burung kakak tua hilang telur."
"Apa punya perumpamaan kau guna ni?"
"Entahlah"
Selepas mendapat balasan daripada along, automatic tangan aku mengepal penumbuk dan menumbuk dia manja sambal ketawa. Dia juga melakukan perkara sama dan berterusan sehingga lah kami pulang ke hotel.
Keesokkannya ketika aku menanggalkan baju untuk mandi, dapat aku lihat beberapa lebam yang pelbagai warna. Ada biru. ungu dan merah. Bahaya betul tumbukan along aku ni, better aku jauhkan diri aku daripada dia.
Selesai mandi dan bersarapan, aku menempah grab menuju ke airport. Di dalam otak sudah aku rancang beberapa perkara bagi membuatkan Ayra menyesal kerana mengganggu percutian dia sekeluarga.
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
"Weh korang, aku ada benda nak bagitau sebenarnya"
Ujar Ayra sambal memandang rakan-rakannya yang sedang membetulkan tudung untuk kali terakhir sebelum mereka keluar 'melepak' di pusat membeli-belah Aman Central.
"What?"
Balas Beryl sambil meletakkan pin yang terakhir dan memperkemaskan tudungnya.
"Aku akan kahwin"
"Ooo, kahwin"
Balas Danica bersahaja sekali gus mengundang rasa pelik di benak Ayra lantas bersuara.
"Korang tak terkejut ke?"
"Apa yang nak terkejut, kahwin je"
Balas Danica dan secara tiba-tiba pergerakan mereka bertiga terhenti untuk beberapa saat.
"HAH?! KAHWIN?!"
Jerit mereka bertiga kuat. Ayra yang berada di dalam bilik itu tepaksa menutup kedua-dua telinga menggunakan kedua-dua tangannya. Mujur sahaja bilik tidur Beryl soundproof, jika tidak pasti jiran yang mengandung keguguran.
"Dengan sapa weh? Kau kenal ke mamat tu?"
Soal Danica yang sememangnya mulut becok.
"Dengan Adam, dia sapa, aku tak kenal, mak aku yang aturkan."
"Ye ke, cite arh."
Pinta Beryl seraya mengambil tempat duduk di sebelah Ayra yang selesa berbaring di atas katil.
"Aku rasa better cite masa kita lunch kot, kang terlambat lak."
Cadang Clarita seraya membuatkan Beryl dan Danica yang sudah bersedia untuk menedengar mencebik lalu keluar bilik dengan menghentakkan kaki mereka dengan kuat.
Ayra yang masih berada di dalam bilik bersama Clarita ketawa geli hati melihat peronaliti rakannya yang terkadang lebih kebudak-budakkan daripadanya.
Tiba sahaja di pusat membeli-belah Aman Central, mereka berempat membeli-belah secara beramai-ramai.
Beryl yang sememangnya tergila-gilakan dress menjadi rambang mata apabila butik kegemarannnya mengadakan diskaun secara besar-besaran bagi menyambut tamatnya sesi persekolahan pada tahun ini. Aleesa Ariana dan Ayra hanya membuntuti langkah Aina yang seperti orang gila kerana tidak tahu mahu melihat dari rak yang mana dahulu.
Aktiviti membeli-belah diteruskan dengan minat Danica terhadap game. Pelbagai jenis alatan untuk gamers dia beli, Memandangkan gerai yang menjual alatan tersebut juga mengadakan promosi secara besar-besaran, Ariana memutuskan untuk membeli pelbagai barang yang dia idamkan sekali gus membuatkan duit bernilai RM 5000 yang dia simpan sejak awal tahun hilang begitu sahaja.
Diteruskan dengan minat Clarita iaitu buku. Pelbagai jenis toko buku telah mereka masuk seperti Popular, Gallery Book Store dan lain-lain. Buku-buku yang dibeli sangatlah unpredictable, bukan buku yang berkisarkan cinta manusia yang digilai oleh kaum remaja perempuan zaman sekarang, buku yang dibeli semuanya berkaitan agama, penulisan fiction yang terselit unsur keagamaan seperti buku yang ditulis oleh penulis terkenal tanah air seperti Hilal Asyraf, Hamka, Team Misi dan sebagainya. Tidak lupa juga buku-buku fiksyen yang diterbit oleh syarikat Fixi.
Akhir sekali, mereka menuju ke kedai sukan yang menjual pelbagai alatan sukan, tempat kegemaran Ayra. Dari satu rak ke rak yang lain, Ayra menjadi rambang mata bagi membeli alatan sukan memandangkan design dan kualitinya sangatlah hebat dan harga yang dikenakan sangatlah murah. Punching bag yang telah dia idamkan sejak sekian lamanya kini berada di dalam genggaman. Selesai membeli kesemua peralatan sukan yang dia inginkan, mereka berempat menuju ke parking lot bagi menyimpan barang ke dalam kereta milik mummy Aina.
Usai menyimpan barang, mereka berempat memilih untuk makan di restaurant makanan Korea. Selesai memesan makanan, mereka berbual-bual kosong mengenai percutian yang pada minggu tiga minggu hadapan.
"Ayra, tentang pekahwinan kau tu?"
Soal Clarita secara tiba-tiba membuatkan Beryl dan Danica yang becok terdiam dan membeli peluang untuk Ayra bercerita. Pada masa yang sama, makanan yang dipesan sudah tiba namun tidak dijamah memandnagkan mereka semua sangat khusuyk mendengar cerita dan luahan hati Ayra sekali gus dapat membuatkan makanan mereka yang panas itu sejuk.
Selesai bercerita, suasan menjadi hening, masing-masing tidak tahu reaksi yang patut dan sesuai diberikan bahkan mereka mula menyuapkan makanan ke dalam mulut.
"Bila kau tunang? And kahwin?"
Soal Beryl.
Ayra yang sedang minum air tersedak apabia teringatkan tarikh perkahwinan mereka. Clarita yang berada di sebelah Ayra menepuk-nepuk bahu Ayra perlahan.
"Sorry wei, aku tak dapat join korang bercuti dekat Langkawi. Aku kena kahwin masa tu!"
"Alaaa, tak fun arh takde kau. Orrr…. Kita tukar tarikh lain, eotte?"
Soal Danica, diselitkan sedikit bahasa Korea yang dia fahami dari drama Korean yang ditontonnya.
"Tapi, aku dah booking"
Balas Beryl.
"Are you guy forgetting Ayra's condition?"
Soal Clarita membuatkan mereka bertiga terjegil akibat terkejut dengan kebodohan yang diperolehi.
"Ha'ah lah, lupa pulak"
Ujar mereka bertiga sebelum diakhiri dengan ketawa empat sahbat itu.
Selesai sahaja meluangkan masa di pusat beli-belah Aman Central, mummy Beryl mengajak mereka pulang memandangkan hari sudah lewat dan dia sudah meluangkan masa bersama-sama rakan sepangkat.
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
Tiba sahaja di Malaysia, Adam disambut mesra oleh PA ayahnya, Encik Rahimi.
"Adam, your car ada dekat 'depan', your favourite car."
Ujar Encik Rahimi bersama senyuman semanis kurma. Adam yang terkenal dengan sifat yang sopan membalas dengan ucapan terima kasih dan membalas senyuman semanis kurma Encik Rahimi.
Adam memandu kereta sport keluaran luar negara dengan laju menuju ke negeri bakal isterinya iaitu Perlis. Dia mampu memandu sendiri kerana sudah mempunyai lessen memandu bagi motosikal dan kereta. Adam lahir pada tahun 2003 tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa belajar bersama-sama dengan murid-murid yang lahir pada tahun 2004.
Sepanjang perjalanan dia ditemani dengan lagu Ride Out oleh bebrapa penyanyi Barat. Rentak lagu itu membuatkan dia memandu kereta berjenama Lamborghini itu dengan laju membelah jalan raya sambil mulutnya menyanyi lagu tersebut. Perasaan marah yang melekat di hatinya sedari semalam hiang sedikit demi sedikit.
Selepas 1 jam memandu dengan berhenti di satu perhentian bagi menunaikan solat fardhu, Adam tiba jua di rumah mak mertua. Salam diberi dan disambut hangat oleh senyuman si bakal abang ipar. Bakal abang ipar yang memahami bakal adik iparnya lelah menunjukkan bilik Ayra bagi dia melepaskan lelah sementara menunggu Ayra pulang.
Adam yang penat menurut tanpa membantah, harapnya dia tidak melihat apa-apa yang tidak patut dia lihat. Masuk sahaja ke dalam bilik, dia disapa mesra oleh aroma lemon yang terhasil dari air humidifier milik Ayra, sangat menyegarkan, bukan itu sahaja, dia dikejutkan dengan susun atur perabot yang kemas dan tersusun, ditambah dengan beberapa hiasan seperti pokok asli, lampu led dan beberapa gambar serta tulisan yang terletak cantik di tempat masing-masing.
'Pandai Ayra hias bilik, cantik.'
Puji Adam. Sedar dirinya kepenatan, dia membuka almari baju milik Ayra berdasarkan arah yang diberi oleh bakal abang iparnya tadi. Sekali lagi dia dikejutkan dengan susun atur baju dan barang perhiasan di dalam almari tersebut. Hoodie, kemeja, plain t-shirt, disusun mengikut jenis dan warna, sangat teratur. Dress, baju kurung dan tudung dilipat dan disusun di satu sudut dengan kemas. Di bahagian bawah pula, tersusun kasut snekaers dan sandal. Minimalist tapi cantik.
Setelah mengambil tuala, dia masuk ke dalam tandas dan terkejut untuk kesekian kalinya. Tandas milik Ayra sangat cantik dan menarik. Bahagian mandi dibahagika dengan penghalang kaca yang berwarna biru gelap dan sedikit lutsinar. Lampu led yang telah diprogram untuk on apabila pintu tandas dibuka menambah lagi sinar dalam tandas itu. Tanpa membuang masa lebih lama, Adam membersikan dirinya dengan rasa kagum yang tinggi terhadap bakal isterinya.
Usai mandi, dia menyarung seluar pendek dan membaringkan badannya di atas katil bersaiz Queen milik Ayra. Dia melakukan beberapa 'perkara sunat sebelum tidur' dengan khusyuk lalu melelakan mata kerana terlalu penat.
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
"Mak, bakal menantu mak dah sampai"
Ujar Airil sambil mengambil beg plastik yang dipenuhi barang masakan. Barang untuk membuat kek, barang Mai rasanya.
"Airil buat apa je?"
Soal Puan Maya
"Airil suruh dia tidur dekat bilik Ayra sebab nampak macam letih sangat"
"Aik, kenapa tak suruh dia tidur dekat bilik tetamu?"
"Hehehe, Airil tak habis kemas lagi mak"
Ujar Airil seraya berlari memasuki biliknya, parah jika dia dibebeli oleh maknya, silap hari bulan boleh berdarah telinganya mendengar maknya itu membebel.
"Haih, budak bertuah betul, malam satgi mak naik tengok kalau tak siap lagi, siap hang aku kerjakan."
Jerit Puan Maya sebelum menyambung tugasnya memasak untuk makan malam.