Chereads / The Lost Heir of Avalor / Chapter 2 - Bab 2

Chapter 2 - Bab 2

Keesokan hari

Tepat pukul 5.20 pagi, Hazirah bangun dan membersihkan diri. Setelah itu, dia menunggu untuk waktu Subuh sebelum menyiapkan diri untuk membuat senaman. Puan Damia dan Batrisya sudah berada di dapur untuk menyiapkan sarapan sebelum masing-masing pergi ke tempat kerja mahupun akademi, kecuali Puan Damia. Setelah bersenam, Hazirah bersiap sedia untuk sarapan sebelum keluar rumah bersama Batrisya. Tepat pukul 6.30 pagi, Hazirah pergi ke akademi bersama Batrisya. Hazirah dan Batrisya berbual sambil mengayuh basikal ke Akademi Shadowille.

"Batrisya dari kelas apa?" soal Hazirah dengan curiga.

"Kelas Risya adalah 3-G, maksudnya 3 Gold," balas Batrisya.

"Ouhh. Risya boleh tak terangkan tentang sistem akademi ini?"

"Setiap kali pelajar baharu masuk ke akademi, pengetua akademi, Pengetua Suzy, akan mengadakan perlawanan dari segi senaman dan kuasa. Pengetua Suzy selalunya tidak akan periksa kuasa pelajar-pelajar terlebih dahulu selagi tiada perlawanan. Kalau kes akak, Pengetua Suzy mungkin akan suruh akak masuk ke pejabatnya terlebih dahulu untuk mengetahui kuasa akak. Risya masih rasa akak ada kuasa elemen kerana jika tidak, akak tidak akan ada sebarang kuasa abiliti. Kalau dari segi kepintaran, akak mungkin akan masuk ke kelas pertama, 4-G atau dipanggil, 4 Gold. Dari segi perlawanan, Risya tidak tahu," terang Batrisya secara terperinci.

"Ada beberapa kelas di akademi ini?" soal Hazirah.

"3 kelas bagi setiap tingkatan. Sebagai contoh, untuk umur 16 dan 17 tahun, kelas mereka akan diketahui sebagai 4 Gold (4-G), 4 Silver (4-S) dan 4 Bronze (4-B)," terang Batrisya lagi.

Hazirah mengangguk tanda dia faham akan penerangan adik susuannya itu. dan mereka telah tiba di Akademi Shadowille. Kelihatan seorang wanita yang dalam usia 40-an sedang menunggu mereka di halaman sekolah.

"Selamat pagi, Pengetua Suzy. Ini kakak saya, Hazirah. Akak, ini Pengetua Suzy," tegur Batrisya sambil mengenalkan wanita tersebut kepada Hazirah.

"Selamat pagi," tegur Pengetua Suzy sambil mengukirkan senyuman kepada mereka berdua.

Hazirah membalas senyuman Pengetua Suzy sambil menundukkan kepalanya sedikit. Pengetua Suzy terkejut apabila melihat rambut dan mata Hazirah berbeza dengan pelajar-pelajar yang lain. Batrisya meminta diri terlebih dahulu untuk masuk ke kelas manakala Pengetua Suzy membawaku ke pejabatnya. Hazirah sempat memberitahu Pengetua Suzy bahawa dia tidak mempunyai sebarang kuasa elemen tetapi mempunyai kuasa abiliti seperti penyembuhan dan manipulasi masa. Pengetua Suzy tidak tahu apa yang harus direaksi olehnya kerana dia terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Hazirah. Walau apa-pun, dia membawa Hazirah ke pejabatnya dan memeriksa kuasa Hazirah terlebih dahulu. Apabila sudah tiba di pejabat Pengetua Suzy, Hazirah dipelawa untuk duduk di hadapan sebuah bola krystal.

"Letakkan tangan kamu di bola ini," arah Pengetua Suzy.

Hazirah akur akan arahan Pengetua Suzy dan meletakkan tapak tangannya di bola tersebut. Pengetua Suzy menyuruh Hazirah fokuskan tenaganya pada tapak tangannya. Bola tersebut diwarnai pelangi. Aura yang dikeluarkan amat kuat sehingga boleh dirasakan oleh Pengetua Suzy dan Hazirah. Sekali lagi, Pengetua Suzy amat terkejut akan warna dan aura yang keluar dari bola itu. Hazirah terpinga-pinga melihat reaksi pengetuanya yang sebegitu.

"Hazirah. Kuasa kamu amat unik dan paling jarang ada," kata Pengetua Suzy sebelum menyambung kata-katanya, "Kamu mempunyai kuasa Kembar Lagenda."

Hazirah terkejut sehingga mulutnya ternganga. Dia tidak percaya bahawa dia memiliki kuasa tersebut. Dia menggelengkan kepalanya dan memberitahu pengetua bahawasanya itu mustahil. Tidak mungkin dia memiliki kuasa yang telah lama hapus itu.

"Betul, Hazirah. Jangan memberitahu sesiapa tentang kuasa kamu ini. Jika ada yang menanyakan kamu tentang kuasa kamu, kamu beritahu sahaja kuasa kamu adalah petir. Kuasa Kembar Lagenda ini amat berbahaya jika diketahui ramai," arah Pengetua Suzy dengan nada tegas.

Hazirah mengangguk dan Pengetua Suzy menelefon seseorang. Pengetua Suzy memberitahu Hazirah tentang sistem sekolah serta perlawanan yang bakal diadakan. Di saat itu, seorang wanita, yang kelihatan dalam usia 25 tahun, memasuki pejabat Pengetua Suzy sambil memberi salam.

"Ini Ms Lily. Dia akan menjadi cikgu Bahasa Inggeris di kelas kamu serta form teacher kamu. Kelas kamu adalah 4G atas sebab kepintaran kamu seperti apa yang dikatakan oleh Pengetua Rashid," beritahu Pengetua Suzy.

Hazirah mengangguk dan mengikut Ms Lily ke kelas. Apabila sudah hampir ke kelas, Hazirah berasa gementar. Ms Lily mengajaknya masuk dan menyuruhnya memperkenalkan diri. Memandangkan kelas pertama adalah kelas Bahasa Inggeris, Hazirah memperkenalkan diri dalam Bahasa Inggeris.

"Assalamualaikum semua. My name is Hazirah. I am a transfer student from Akademi Mystic. I am seventeen years old," kata Hazirah dan menundukkan kepalanya sedikit.

"Do anyone have any questions for Hazirah?" soal Ms Lily.

Seorang pelajar mengangkat tangan dan bertanya, "What is your powers?"

Hazirah mendiamkan diri sebelum menjawab soalannya, "My elemental powers are lightning and water while my ability powers are healing and time manipulation."

Ramai yang terkejut akan apa yang dikatakan oleh Hazirah tentang kuasanya termasuk Ms Lily. Hazirah tersengih apabila melihat reaksi mereka itu. Ms Lily menggelengkan kepala sedikit dan menyuruhnya untuk duduk di sebelah Khaulah, seorang gadis kelihatan sebaya dengannya. Seorang gadis yang mempunyai warna rambut dan matanya kelabu.

"Haii. Aku Khaulah. Sebaya dengan kau. Kuasa elemen, angin dan kuasa abiliti, baca minda," tegur Khaulah dengan senyuman. Hazirah membalas dengan senyuman dan kelas dimulakan.

----------------------------------------------------------

Waktu rehat

"Hazirah! Jom rehat sesama," jerit Khaulah sehingga membuat Hazirah terkejut.

"Kau ni, Khaulah. Tegur pun elok-elok sikit. Kan dah terkejut si Hazirah tu," balas seorang lelaki yang mempunyai penampilan yang agak kemas berbanding dengan pelajar-pelajar lelaki yang lain.

Lelaki itu mempunyai warna rambut hitam dan warna mata kelabu-hitam. Khaulah meminta maaf kepada Hazirah kerana telah membuatnya terkejut tetapi Hazirah mengukirkan sebuah senyuman manis untuk Khaulah. Hazirah, Khaulah dan Muaz berjalan ke kafe dan membeli makanan sebelum ke tempat lepak Khaulah serta Muaz.

"Hazirah. Kau tahu tak, kau sememangnya lain daripada yang lain?" soal Khaulah sambil memandang Hazirah, yang sedang memakan sekeping roti telur.

"Lain daripada yang lain? Maksud kau?" balas Hazirah dengan soalan kerana dia amat keliru akan apa yang ingin dikatakan oleh Khaulah.

"Kuasa kau membuat kau unik seperti lagi dua kawan kita," balas Khaulah dengan makanan di dalam mulutnya.

"Wey. Makan dulu baru berbual lah," tegur Muaz. Hazirah masih kehairanan apabila Khaulah mengata sebegitu. Dia kurang faham apa yang ingin dikatakan oleh Khaulah.

Muaz, yang melihat kekeliruan Hazirah, berkata, "Salah satu kuasa abiliti kau sama dengan kawan rapat aku, Huzair Asyraf. Kuasa elemen kau pula sama dengan kawan sekelas kami, Syahmi Ilyas. Jika kau ada kuasa elemen petir dan air, Syahmi mempunyai kuasa elemen tanah dan api."

Hazirah terkejut. Putera Syahmi Ilyas ke yang dikatakan oleh Muaz itu? Kelihatan Khaulah sedang mengangguk kerana dia telah membaca soalan yang terlintas dalam fikiranku. Khaulah sempat berpesan kepada Hazirah agar berjaga-jaga dan memberitahunya jikalau dibuli oleh pelajar-pelajar di akademi ini.

"Kenapa kena berjaga-jaga?" soal Hazirah.

"Supaya tak dibuli. Aku, Khaulah dan Huzair boleh dikatakan anak angkat Kerajaan Alantia," balas Muaz dengan tenang. Hazirah sudah ternganga. Mana tidaknya, dia sedang berkawan dengan anak-anak angkat kerajaan dan akan berkawan dengan anak Kerajaan Alantia.

"Jadi kau dapat sesuaikan diri dengan sekolah ni?" tanya Muaz.

"Boleh lah," kata Hazirah.

"Kelas kuasa, sekarang?" soal Muaz. Khaulah mengangguk dan mengajak Muaz mengikut mereka. Mereka pergi ke loker atau dimaksudkan sebagai bilik salinan yang berbeza untuk menukar pakaian. Hazirah mengikut langkah Khaulah dan mereka menukar ke pakaian PJ.

*Pakaian PJ dan kelas kuasa adalah sama.*

TBC