IRINE GRACE POV
Pagi ini saya bangun seperti kebiasaannya. Tepat jam 6 pagi alarm saya berbunyi menandakan hari baru bagi saya akan bermula. Tetapi sejujurnya saya tidak cukup tidur semalam. Semalam dady balik dalam keadaan mabuk lagi.
Seperti hari-hari yang berlalu dady akan memukul mamy sehingga lebam sana sini di badan mamy. Tidak kurang juga saya dan adik lelaki saya, Edmond pun dapat tempiasnya juga. Saya bosan dengan perangai dady yang kuat minum dan berjudi pada setiap hari. Anak dan isterinya dia tidak pedulikan langsung.
Dady balik ke rumah hanya dengan satu tujuan iaitu meminta duit dengan mamy. Bila mamy katad tiada ada duit, mulalah dady memukul mamy. Saya dan Edmond yang akan melindungi mamy bila dady mula memukul mamy. Kami tidak peduli bila badan kami disepak terajang oleh dady. Apa yang penting mamy tidaklah teruk sangat dipukul. Saya dan Edmond tidaklah dapat menandingi kudrat dady. Edmond walaupun dia lelaki tapi dengan umurnya yang baru 11 tahun itu mustahil dia dapat menghalang dady. Oleh sebab itu, kami hanya menerima perbuatan dady terhadap kami.
Saya bangun dan mencapai tuala lalu menuju ke kamar mandi yang berada di dapur. Keluar saja dari bilik saya terhidu sesuatu yang wangi. Mesti mamy sudah bangun. Saya cepat-cepat berjalan kearah dapur.
"Morning mamy. " saya peluk mamy dari belakang. Dia yang sedang mengacau nasi gorang itu berpaling dan mencium dahi saya.
"Morning Reen. Bah pigilah mandi, nanti lambat Reen pigi kerja. Kita breakfast sama-sama. Si Ed lagi tu belum bangun. " bilang mamy terus dia sambung balik kerja dia yang tergendala tadi.
"Okey mamy. Emm.. mamy okey jugakah? " soal saya. Saya nampak ada lebam di pipi kanan mamy tadi.
"Mamy okey bah Reen. Jangan ko risau. Mamy okey. " jawab mamy. Saya tahu dalam hati mamy tu lain. Walaupun apa yang dikatakannya tadi tu hanya untuk buat menyenangkan hati saya sahaja.
Saya tidak cakap apa-apa lagi dan terus meloloskan diri dalam kamar mandi.
Sebenarnya saya bosan dengan kehidupan kami begini. Hidup kami yang serba kekurangan ini, ditambah lagi oleh dady dengan perangainya yang macam lebih kurang serupa saitan. Kalau boleh saya mahu juga balas bila dady pukul mamy tapi mamy selalu menghalang.
"Jangan Reen. Walau apapun dia tetap dady kamu. Kamu tiada di dunia ni kalau bukan dady kamu. Biar saja dia begitu. Kita berdoa supaya dady akan berubah seperti dulu lagi." begitulah kata-kata mamy tiap kali saya menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap dady.
Saya pun hairan sama mamy. Macam mana dia boleh bertahan sama perangai dady macam tu. Boleh dikatakan tiap hari dady akan memukul mamy. Kalau saya jadi mamy, mungkin sudah lama saya melarikan diri dan meninggalkan dady.
Tapi mungkin mamy sangat sayang sama dady dan dia hanya bertahan dan bersabar dengan perangai dady. Pernah saya terdengar mamy menangis di dalam biliknya sambil dia berdoa untuk dady supaya cepat berubah. Saya pun tidak berapa pasti kenapa dady boleh berubah mendadak macam sekarang ni.
Dulu masa saya berumur 17 tahun. Itulah kali terakhir dady melayan kami dengan penuh kasih sayang.
Dengar dari cerita mamy, dady tertekan apabila kawan baiknya menipu dady. Dady dan kawannya itu ada membuka satu bisnes yang saya pun tidak tahu bisnes apa yang mereka jalankan. Sedangkan mamy sendiri pun tidak tahu apa bisnes yang dady buat.
Sehinggalah suatu hari kawan dady melarikan semua duit modal dan untung mereka dalam bisnes yang mereka jalankan bersama. Tertekan dengan keadaan itu, dady mula menjinakkan diri meminum minuman alkohol dan berjudi.
Bermula dari sana dady yang penyayang makin hilang untuk kami.
LOVELY BAKERY
Hari ini tugas saya jadi cashier. Salina dan Beth pula bertugas di dapur menolong Chef Aryan. Kamal pula macam biasa jadi delivery dan jarang ada di kedai. Belum banyak customer yang datang kedai kami. Selalunya masa lunch baru banyak customer yang datang.
"Amboi.. siok ko termenung Reen. Duduk-duduk di kaunter. Kami ni basah ketiak sudah lama-lama dalam kitchen." siok-siok saya mengelamun ada pula orang mengacau saat-saat quality time saya.
"Jelos lah tu saya bertugas di kaunter ni hari. " saya bilang sambil kasih muncung bibir. Menjeling si Beth tengok saya.
"Jom tukar. Malas saya sana kitchen. Lain-lain tu si chef tengok saya. Berdiri segala bulu-bulu saya kena tengok macam tu. " bilang Beth dengan muka seposen dia sana. Haiyoo.! Kenapalah si Beth ni lambat pickup betul.
"Ko rasa kenapa dia tengok ko begitu? "
"Manalah saya tau. Lain-lain lagi meningu orang tu. Bikin merinding. " bilang Beth sambil buat gaya kegelian.
Haish.! Bilalah si chef mau meluah perasaan sama Beth ni. Mahu dekat 3 tahun sudah kami sama Beth kerja sini, tapi masih juga si chef belum bagitahu perasaan sebenar dia terhadap Beth. Beth ni pun satu. Takkanlah selama ni dia tidak perasan macam mana si Chef layan dia.
Biarlah dorang. Saya punya masalah pun tidak pernah selesai, ada hati mahu masuk campur hal orang.
Sekarang saya sama mamy saja yang cari duit untuk belanja makan kami. Mahu harapkan dady. Dapat makan botol alkohol sama daun terup sajalah jawabnya. Pening kepala saya bila teringatkan dady.
Saya harap sangat yang dady boleh balik macam dulu. Rindu saya dady yang penyayang.
Saya dan Beth berborak sekejap sebelum Beth masuk balik di dapur sebab memanggil sudah si chef. Mahu juga saya tengok dorang bersama. Tapi entahlah bila si chef mau buka langkah, jangan saja terlambat. Lantak kau lah chef, sudah saya bagi cadangan dulu belum lagi kau meluah sama Beth.
KRINGG.! 🔔
Bila terdengar bunyi lonceng itu, saya segera berdiri dan mencari selipar di bawah meja kaunter. Saya yang masih terbongkok-bongkok lagi mencari selipar di bawah kaunter tu tidak melihat customer yang masuk. Mana pula selipar ni?
"Selamat datang di Lovely Bakery. Boleh saya bantu? " saya bercakap tanpa memandang orang yang sudah berada di depan kaunter.
"Hoii.!! Sejak bila ko becakap macam tu kalau saya yang datang sini? " bilang tu suara. Saya angkat muka. Ciss!! Saya ingat siapalah tadi.
"Eii.. saya ingat orang lain tadi. Apa ko mau? " balas saya acuh tak acuh.
"Macam biasalah. Cepatlah saya mau jumpa customer ni. Dorang perlu service saya. " bilang Angel.
Angel. My best friend since we were child. Rumah kami di kampung selang 2 rumah saja. Waktu kami masih kecil Angel selalu datang rumah mahu bermain dengan saya. Sampai kami habis SPM, kami sentiasa bersama.
Disebabkan saya tiada duit untuk ke kolej saya hanya duduk kampung. Setelah dapat keputusan SPM, Angel telah berhijrah ke bandar lain untuk menyambung pelajarannya. Saya pula hanya menolong mamy mencari duit. Disinilah selama 3 tahun saya mencari sesuap nasi untuk keluarga saya.
Dua tahun sebelum ini, Angel balik ke kampung sebab mamanya meninggal dunia. Bapa Angel pula sudah meninggal masa Angel berumur 5 bulan. Bapa Angel meninggal disebabkan kemalangan jalan raya. Sejak itu, Angel telah berhenti pergi ke kolej dan berkerja di salah satu hotel di bandar ini.
Tapi disebalik diri Angel ada orang lain yang tidak tahu. Hanya saya sebagai sahabat baiknya yang tahu akan kisah hidup Angel selepas mamanya pergi untuk selama-lamanya.
Disebabkan tiada satu pun harta yang ditinggalkan untuk Angel, Angel telah membuat pekerjaan yang orang lain mesti tidak percaya kalau dorang tahu. Gaji dia kerja di hotel sebagai receptionist itu tidaklah seberapa. Sehinggalah dia membuat keputusan menjadi seorang yang memberi khidmat sex untuk lelaki-lelaki yang melanggannya.
Tapi dia tidak akan membuat sex sembarangan. Angel akan memberikan harga yang boleh dikatakan tidak masuk akal atau lebih tepat Angel adalah seorang pelacur kelas atasan.
"Woi.! Ko ni Reen asyik termenung saja. Ada masalah kah? " bilang Angel. Saya tersengih sama dia. Aduii.. ni perempuan seksi mau mampus.
"Macam biasalah An. Dady tu bilalah mau berubah. Tiap hari mau pukul mamy. " saya bilang, sedih.
"Haish.!! kenapa bah si uncle tu begitu. Hairan saya. Kalau saya Reen lama sudah saya kasih flying kick.! Inda boleh kah dia layan kamu bagus-bagus? " amboii.. cantiknya bahasa.
"Entah. Saya pun tidak tau. Biarlah dia tu. Nah.. macam biasakan? " saya hulur kotak kecil yang berisi kek coklat sama Angel. Angel hulur saya duit Rm50.
"Keep the change." what.??
"Ko biar betul ni An. Satu saja kek kecil berharga Rm5 ko ambil tapi ko bagi Rm50! "
"Ko ambillah bah. Jangan risau itu duit hasil kerja saya yang halal. Okey? Bye Reen. " Angel senyum dan berlalu keluar. Ini yang saya tambah sayang sama Angel. Selalu tolong saya. Dia tahu yang saya ni sering kekurangan duit disebabkan dady.
Angel,
Saya harap kau hidup bahagia lepas ni. Walau apapun dugaan, kau mesti tempuhi dengan tabah.
Akan bersambung...