SPRAAA!
Habis bersepah kertas dekat lantai sebaik saja fail tersebut di campak oleh bosnya kepada mereka yang sedang berdiri di depan meja.
"Sampah! Tahu?Sampah?Kerja kamu semua sama tahap macam Budak amatur!Dah berapa lama kamu semua kerja di sini?Hah?Takkan itu pun nak kena diberitahu?Budak intern pun boleh buat lagi lebih baik. Tak malu ke?"
Tertunduk takut tiga orang staf di depan meja tu. Dua darinya wanita, masing-masing sudah kemerahan wajahnya kerana begitu malu dan sedih selepas di tempik sejak setengah jam tadi.
"Sekarang siapa nak bertanggungjawab terhadap tender 50K yang terlepas dari tangan kita ni?Kamu ke?Nak bayar?Gaji kerja 10 tahun kamu sekalipun belum tentu boleh habis bayar!"jerkah suara tu dengan berang sekali.
Sampaikan dia yang dengar ikut takut dan bersimpati terhadap tiga orang kakak dan abang sepejabatnya ini. Apalah nasib mereka dapat bos hati batu seperti tuannya ini. Sampai sekarang dia sendiri tertanya-tanya kenapa dia masih ada di sini lagi?
Kenalkan semua, the most heartless and grumpiest human being on the earth, Harris Jennings,35 tahun. Pengarah Eksekutif syarikat berpengaruh yang menghasilkan barangan eletronik yang canggih, dari perkakas rumah, kereta, sekuriti eletronik seperti pagar, cctv sehingga la pad keselamatan pintu. A.k.a anak kepada presiden syarikat.
Harris Jenning ialah seseorang yang sangat perfectionist dan berkaliber. Sekecil-kecil kekurangan dia boleh kesan. Walaupun salah font saja, ianya boleh mencetuskan kemarahanya. Semua orang kalau boleh nak berurusan dengannya sebab kebolehpercayaan terhadap lelaki ni yang boleh bawa keuntungan dalam masa yang singkat pada mana-mana klien atau ahli kongsi. Tapi mereka tak tahu, yang menderitanya ialah para pekerja yang bekerja dengan lelaki ni. Gara-gara nak dapatkan hasil yang berkualiti dalam kerja, Harris sentiasa bersikap tegas dan disiplinkan semua pekerja dalam syarikat supaya jadi pekerja yang perfect.
Tapi itu la, namapun manusia. Ada silap ada kekurangannya, Bukan boleh sempurna sangat! Kalau dah setakat itu saja kemampuan yang boleh diberikan, setakat itu la!Tak boleh nak apakan lagi.
Ini tidak malah di tekankan lagi!Sampai ramai yang berhenti kerja!Dan yang seksanya siapa. Dia jugak yang kena!
"Eva Naomi!"
Tersentak dia dibuatnya bila dengar suara tegas bosnya tiba-tiba panggil nama penuhnya. Terus dia larikan pandangannya dari tiga orang staf di depannya ke wajah handsome bosnya. Serta merta alarm dalam kepala dia mula berlampu. Ini kalau dah panggil nama penuhnya, mesti kena jugak ni! "Ya saya tuan."sambutnya.
"Menung lagi?Siang-siang lagi kamu dah berangan!Dengar tidak apa yang saya cakapkan tadi?"soal Harris dengan renungan mencerlung kepadanya.
Entah. Kalau tanya dia dengar tidak, memang tak jawabnya. Yalah siapa boleh ingat kalau sejak tadi asyik dengar suara marah-marah. "Tidak tuan."jawab Eva dengan bersahaja. Well...dia tak peduli sebenarnya kalau bos dia marah. Sebab memang ini niat dia. Iaitu sakitkan hati bos dia supaya lelaki ni fed up kemudian arahkan dia untuk letak jawatan!
Yup!
Dia nak berhenti.
Dia dah hadap cukup dengan semua ni. Jadi selama beberapa hari kebelakangan ni dia sedaya upaya tunjuk perangai dan buat perkara yang bos dia tak suka. Berharap yang bosnya akan bencikan dia dan arahkan dia berhenti!
"Apa kamu cakap??"soal Harris dengan muka tak percayanya.
Tiga orang staf yang berdiri dekat depan meja tu pandang Eva macam kawan mereka itu di tumbuhi tanduk dekat kepala.
"Saya tak dengar."ulang Eva."Apa yang saya dengar, tuan terpekik-pekik macam nak keluar anak tekak gara-gara kertas laporan yang disediakan selama sebulan oleh mereka bertiga perlu disiapkan pada hari ini setelah ia diarahkan untuk ubah tak sampai sejam tadi." jawabnya dengan yakin. Walaupun sebenarnya dia takut sangat sekarang ni. Tapi apa la sangat lelaki berkerusi roda dan tak boleh berdiri ni mampu lakukan terhadap dia?
Terjatuh mulut mereka bertiga melihat jawapan yang keluar dari mulut Eva. Tak sayang nyawa betul Eva ni. Selamba badak cakap macam tu dengan bos mereka?Lelaki paling menakutkan dalam company ni?
BAM!
Meja itu dipukul dengan Harris.
Terkejut dengan bunyi itu mereka bertiga di situ melompat sedikit sampai berkedip mata takut sewaktu palingkan kepala ke bos mereka.
Sementara Eva hanya berdiri teguh di situ sambil membalas renungan maut yang diberikan oleh Harris! Well...tunggu apa lagi. Pecat la dia!
"Keluar!"arah Harris sambil tenung wajah Eva.
Berdengus kecil sambil tersengih puas, dia membuat muka. "With my pleasure!"balas Eva yang hendak melangkah.
"Bukan kamu. Tapi mereka bertiga."arah Harris lagi tanpa alihkan matanya dari Eva.
Mendengar perkataan itu. Mereka bertiga tanpa berlengah terus mencicit keluar dari ruangan tersebut sepantas kilat. Meninggalkan Eva dan Harris berdua dalam bilik tu.
Eva yang berdiri dekat situ perhatikan pintu pejabat tertutup dengan perasaan geram.Lantas palingkan kepala ke Harris semula. Nak apa lagi!?
"Apa yang kamu cuba lakukan Eva?Tunjuk perangai bos kamu kepada saya di depan mereka?"soal Harris sambil gunakan controller di lengan kerusi roda eletriknya untuk pusingkan ia menghadap Eva.
Mata Eva perhatikan pergerakan roda kerusi eletrik itu sebelum naik memandang wajah serius Harris. Alah...kalau lelaki ni nak kejar dia dengan kerusi roda ni, dia dah pecut dulu!Heh! "Mana ada. Saya jawab soalan yang tuan tanyakan kepada saya sahaja. Tak ada niat nak tunjuk bossy ke apa."tangannya di silangkan ke dada sambil tu.
Bunyi roda kerusi mula kedengaran apabila Harris menggerakkan dirinya menghampiri Eva.
Agak taken aback dengan tindakan Harris, Eva undurkan sikit langkahnya nak jarakkan diri.
"Kamu fikir...dengan keadaan saya yang lumpuh ni saya tak boleh nak apa-apakan kamu?"soal Harris dengan nada penuh kegelapannya.
Eva telan air liur cuak dia!Haih! "Kenapa?Bos nak pecat saya?Buat la. Ingat saya takut?" cabar dia. Hah!Amik tu klu dia. Cakap sekarang!
"Pecat?kenapa saya perlu pecat kamu?"sengih Harris dengan meleret semasa gerakkan kerusinya sedikit demi sedikit menghampiri setiausahanya.
Terkebil-kebil mata Eva setelah itu. Tak nak pecat?Tapi kenapa!? Dia undur dan undur sehingga la kaki berkasut tumit tingginya terpelecok dan buatkan dia jatuh terduduk dekat lantai yang penuh dengan kertas berterabur di situ.
KEDEBUK!
"Auw!"aduh Eva serta merta sebaik dia terduduk dalam keadaan bersimpuh di situ. Tangannya berada dipunggung tempat dia mendarat tadi.
Baru la Harris hentikan kerusi rodanya. Dia tunduk memandang Eva dengan renungan dingin dia. "Memang saya lumpuh dan tak berdaya. Tapi itu tak bermakna kamu boleh perendahkan saya Eva. Jadi berhenti tunjuk perangai tak guna kamu pada saya. Dan jadi pembantu yang baik sebelum saya kenalam tindakan ke atas kamu. Faham tu?" pesannya.
Apa lelaki ni baru cakap?Eva buat muka 'WTF' pada Harris. Keningnya terangkat. Bersama nafas naik turun nak naik angin dia ketap giginya sambil tenung wajah berlagak bosnya. Macam mana ya, muka syok suci macam orang baik ni ada perangai setan mengalahkan Lucifer sendiri? Benci sungguh dia pada lelaki ni!Benci!Arghh!!
"FAHAM TAK!"tempik Harris tidak semena taktala Eva tidak menyahut malah tenung dia dengan renungan tajam seperti itu.
Tersentak dengan suara lantang itu, Eva pejam matanya lalu berkata. "Ya. Saya faham." jawabnya dengan terpaksa. Hish!Tunggu la!Sampai masanya!Memang dia akan berhambus dari sini once for all!