Download Chereads APP
Chereads App StoreGoogle Play
Chereads

HIPOCRITE

Nefetari_Liwu
--
chs / week
--
NOT RATINGS
2.9k
Views
Synopsis
Zam,jejaka kacak yang amat membenci insan hopokrit menjadi rebutan siswi² seiniversiti dengannya.Zam bersahabat baik dengan Ana yang menjadi perutusan surat dan hadiah daripada peminat-pemimatnya.Ana sering menjadi mangsa² yang cemburukan persahabatannya dengan Zam.Namun ikatan persahabatan mereka tidak mampu diruntuhkan oleh api cemburu.Nia,sahabat baik Ana Juga merupakan peminat setia Zam.Pada Ana sering Ana titipkan salam dan rindunya pada Zam.Rakan² Zam termasuk Ana berasa hairan kerana Zam masih belum mempunyai kekasih walaupun ramai siswi yang menawarkan diri mereka.Sebenarnya dalam diam Zam jatuh cinta pada salah seorang siswi yang meminatinya tetapi baginya siswi itu seorang yang hipokrit.Zam sanggup memendam cintanya dan bersabar menanti perubahan diri dan sikap siswi itu.Ana pula cuba membongkar rahsia hati Zam.Berbaloikah penantian Zam atau dia tertipu oleh dirinya sendiri dalam mentafsir erti sebenar hipokrit?Manakala berjayakah Ana dalam tugasan rahsianya itu......

Table of contents

VIEW MORE

Chapter 1 - Bab 1-Abang Zam

Siapa tak kenal Abang Zam memang ketinggalan  zaman.Dah beberapa hari korang berdua duduk di sini?Seminggu kan?Dah lalui minggu orientasi kan? Takkanlah abang yang handsome itu pun korang tak cam. Orang dah pergi bke bulan,korang masih terkial-kial nak meneropong bulan. Teruk betullah korang ni!"jerit Nia kepada dua orang pelajar perempuan yang baru seminggu merasai alam universiti itu.

      "Abang Zam yang mana ni kak?" tanya salah seorang pelajar baru itu yang kelihatan terpinga-pinga.

      "Alah,Abang Zam  mamat Kolej Ketujuh tu,"sampuk Ana ,senior yang seorang lagi.

           "Yang tu bukan cina ke?" tanya salah seorang pelajar baru yang sejak dari tadi mendengar saja perbualan itu.

      "Korang ni memang sahlah ketinggalan zaman.Korang tak dengar ke budak-budak pelajar baru Kolej Ketujuh riuh-rendah bercerita tentang dia. Dengarnya dah dua tiga orang pelajar baru macam korang ni berebutkan si Zam itu,"balas Ana.

           "Ada juga dengar. Ingatkan senior lain,"jawab pelajar baru yang mula-mula menyoal tadi setelah dapat menangkap yang mana satu Abang Zam yang dimaksudkan oleh kedua orang senior mereka itu.

          Mesyuarat tidak rasmi keempat-empat gadis itu,iaitu Nia,Ana dan dua orang pelajar baru itu iaitu Alia dan Rini berakhir beberapa minit kemudian setelah masing-masing melangkah ke bilik air untuk mandi.Mereka baru balik dari berjoging di taman tasik universiti kerana ingin melepaskan kebosanan pada hujung minggu itu.