Download Chereads APP
Chereads App StoreGoogle Play
Chereads

MEMORI CINTA ALIA

🇲🇾Nurlaily_Ali
--
chs / week
--
NOT RATINGS
5.9k
Views
Synopsis
Kehidupan yang sederhana menjadikan hidup Alia lebih selesa dan bahagia tetapi kebahagiaannya musnah apabila perkahwinannya diatur dengan jejaka kaya yang tidak dia kenali. Percintaannya dengan Zarul Imran terpaksa dia lupakan apabila dia redha dengan ketentuan takdir untuk hidupnya. "Abang akan tunggu Lia walau macammana pun." -Zarul Imran- "Aku akan pastikan yang aku akan ceraikan kau sebab aku sama sekali tak suka dengan perkahwinan ni, aku benci kau." -Faris Iqwan- "Apa salah saya dekat awak, saya terima perkahwinan ni seadanya walaupun saya tak suka." -Alia Qistina- Iq dah janji pada Naura kan yang Iq akan kahwin dengan Naura." -Naura Adliya- Sepanjang perkahwinan mereka timbul satu perasaan aneh dalam diri Iqwan dan Alia tetapi kehadiran orang ketiga memusnahkan perkahwinan mereka yang baru terjalin. Berjayakah mereka mempertahankan perkahwinan tanpa rela ini untuk selamanya dan bagaimana kisah mereka berempat dalam merebut percintaan dari orang tersayang?.
VIEW MORE

Chapter 1 - Prolog

"Saiful kau okay tak ni."

Tanya En Ahmad. Tak sangka masalah kawannya ini lebih berat dari masalahnya.

"Aku okay tapi bisnes aku tak jadi, duit aku dah habis Ahmad."

Terang En Saiful.

"Saiful sabar, aku tahu kau kuat."

Pujuk En Ahmad beri jata semangat. Dia tak mahu kawannya semudah itu sahaja putus semangat. Nak berjaya kenalah usaha lebih sikit.

"Aku dah tak tahu nak buat macammana lagi Ahmad."

En Saiful seakan berputus asa. Company yang dia laburkan hampir dua juta hilang macamtu sahaja.

"Aku tolong kau okay, aku pinjam kan kau duit."

Beritahu En Ahmad. Tak rela sebenarnya melihat kawannya berputus asa.

"Tapi Ahmad, duit ni kau nak simpan untuk anak kau kan, lagipun sekarang ni kau kan susah."

En Saiful tidak mahu menerima bantuan dari En Ahmad disebabkan masalah yang dihidapi oleh En Ahmad.

"Tak apa, nanti aku boleh kumpul lagi, buat masa ni kau lebih perlukan duit tu, then kau pakai dulu."

Beritahu En Ahmad.

"Tapi isteri kau?."

Dia tidak mahu gara gara Ahmad meminjamkan wang kepada dirinya, Ahmad dimarahi pula oleh isterinya.

"Dia faham, lagipun dia yang suruh tolong kau ni sebab tu aku datang jumpa kau ni."

Jelas En Ahmad tak mahu Saiful terus rasa bersalah dengan isterinya. Lagipun Saiful mememerlukan duit tu daripada dirinya. Walaupun dia susah sekarang ni tapi dia yakin rezeki tu ada di mana mana.

"Terima kasih Ahmad."

Ucap En Saiful. Tak sangka dia punyai sahabat yang susah senang sentiasa dengan dirinya.

"Sama sama Saiful, tu gunanya kawan."

Beritahu En Ahmad.

"Aku balas jasa kau nanti Ahmad, aku janji tu."

Beritahu En Saiful.

*******

"Mah... Mah..."

Panggil En Saiful.

"Kenapa abang?."

Tanya Puan Halimah sebaik sahaja sampai  di sisi suaminya.

"Abang dah ada duit untuk bisnes kita tu, adalah dalam 20 ribu."

Beritahu En Saiful.

"Mana abang dapat duit ni, abang jangan cakap abang pinjam along eh abang."

Tak sanggup Puan Halimah menanggug hutang dari along. Buat konco konco along tu cari, sampai ke tua mereka akan berurusan dengan along tu.

"Apa Mah merepek ni, Ahmad bagi abang pinjam."

Terang En Saiful.

"Ya Allah baiknya Ahmad abang."

Tak sangka masih ada lagi manusia sebaik keluarga Ahmad. Puan Halimah sangat sangat berterima kasih kerana ada juga yang sudi membantu mereka sekeluarga.

"Dia memang baik Mah, duit ni untuk simpanan anak dia, tapi dia bagi kita pakai dulu."

Terang En Saiful tanda dia amat bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi melalui pertolongan Ahmad.

"Tak sangka abang ada kawan sebaik Ahmad."

"Betul tu Mah, abang janji abang akan balas jasa mereka. Company kita berjaya nanti abang akan wasiat kan separuh dari harta abang untuk anak dia."

Jelas En Saiful. Benar itu lah yang dia fikirkan dari tadi. Pertolongan Ahmad datang saat dia benar benar tersungkur ini benar benar dia hargai.