Chereads / minah vroom vroom / Chapter 2 - Chapter 1

Chapter 2 - Chapter 1

Biar masa

yang menentukan'

Kring !!

Selepas drama tak berbayar tu aku mula famous dalam HFL @ highschool fly land ... Siap bagi gelaran nama lagi.

" Awek purple "

" Minah rempit "

" Budak hot "

Dan banyak lagi . Tapi aku hiraukan jer ...

Semasa aku nak ke kantin makcik lyana ni datang halang laluan ku ... Riak muka ku masih tidak berperasaan .

" Ei , perempuan aku tak kesah kau genk motor ke apa ker yang aku tau kalau kau try nak RAMPAS taqif dari aku siap kau !! " Amarah nya kepadaku

Aku pandang muka dia lama .. kemudian aku bergerak ke kantin . Attention seeker macam dia hiraukan biar je dia teriak sendiri macam orang gila .

Dapat ku dengar dia teriak terlolong panggil nama aku .

Kring !!

' balik pun ' kataku dalam hati . Di sekolah ni aku telah buat sejarah ... Buat pertama kalinya aku tak pernah buat masalah pada hari pertama di sekolah . Yakah ?!

Kaki laju ku bawa ke arah motor Kawasaki Z800 Hitam yang mempunyai lambang Sky di belakang cerminnya . ( Gambar kat atas)

Kunci motor ku masukkan ... Enjin ku hidup kan . Bunyi naungan motor sangat kuat hingga menarik perhatian beberapa pelajar yang lalu di situ .

Tiba tiba kunci motor ku ditarik . Aku mendengus geram . Semasa aku angkat kepala terpaparlah wajah Tengku Adnan Taqif iaitu ketua kumpulan BLᴀᴄ₭ @ kumpulan hot dekat HFL .

" Aku dengar kau genk motor SKY ?"

Tanya nya kepadaku

Aku cuma pandang dia tanpa sebarang jawapan

" I take that as yah , aku jumpa kau sebab aku nak cakap esok datang awal sekolah !! " Arahnya kepadaku

Sekali lagi aku cuma berikan pandangan kosong kepadanya

Tanpa sebarang jawapan aku tarik kunci motorku yang berada di tangannya dan blah dari tempat tadi .

Semak!

Tempat ku tuju Train Kim iaitu markas @ tempat kami sebagai genk motor SKY kumpul .

Seperti namanya Train yup ini memang train .. train lama yang dah tak digunakan dan ada didalam hutan semak .. aku pun tak paham macam mana train ni bole ada dalam hutan tebal ni.

Jalan masuk kedalam hutan ni memang seram dan semestinya takda orang yang nak masuk .. kecuali kami genk motor sky !

Motor ku parkir dihadapan pintu masuk train kim . Tidak seperti markas genk lain yang buat markas mereka luar buruk dalam cantik tapi markas kami dari luar saja sudah menampakkan kecantikan nya dengan warna biru sky yang dicat oleh budak motor sky .

Sudah pasti dalam nya 100 kali ganda cantik daripada luarnya .

"Sky !!!! " Si

apa lagik kalau bukan Azdin aiman lelaki yang berumur 19 tapi bersikap childish .. tuhan jak tahu betapa childish nya mamat seekor nie !.

Aku hiraukan dia apabila dengar suara garau menegurku .

" SKY aku dengar kau pindah sekolah lagi ? " Tanya Kapten @ Syed Raykal Izman iaitu ketua dan penubuh Genk motor SKY . Lelaki ini lah yang membantuku suatu ketika dulu jika dia tiada sudah pasti aku tiada lagi dibumi ini .

Aku pandang dia "yup , again ... "

Kataku malas . " Sekolah keberapa dah?" Tanya nya diselangi ketawa halusnya. Aku pandang dia tajam setajam pisau . " Chill bukan first time kan ... By the way sekolah mana?"

"Hmmm , Highschool Fly Land !" Kataku ringkas seringkasnya.

"Nice!!"

Balasnya . Keningku bertaut "nice ah ?!" Tanyaku . "Yup nice .. Sbb adik aku sekolah situ . Yg bongsu!" Katanya teruja

"Ou...so?" Kapten memang selalu cerita tentang adik bongsunya kepadaku tapi sekali pun aku tak pernah jumpa adik dia yang aku tau adik dia seumur aku . Katanya lagi adik bongsunya manja jika bersama keluarga nya dan macho or cool jika diluar rumah .

Huh! That what u call cool .. when actually it was pretend . Duh loser !

Dia selalu panggil adik bongsu dia Nan.

"Ish kau nie .. jadi manatau kau sekelas ngan adik aku .. ahh!" Katanya kepadaku . "Hmm" balasku malas.

"Nanti tolong panggil semua rain aku ada nak cakap sikit " arahnya kepadaku

"Ok"balasku ringkas

"Aku naik kejap , aku turun semua mesti dah ada ei kalau takda siap kau !" Katanya kepadaku

"Kesah!" Balasku berani ... Kenapa aku berani balas cam tu ? Sebab kapten memang sporting .

"Cau! .. cepat gitau rain!!"

Rain? Hujan?

Rain gelaran kepada semua ahli Sky ..

Aku masuk kebilik audio visual . Suis lampu ditekan . Lantas tangan bergerak menghidupkan punat suara.

"Leader Talking !!"

"Rain Hell"

Leader?

Hell?

Apakah ?

Nak tau ~

Next chapter have the answer !

See ya 🤪

ei vote tau jangan tak vote !!

Promote ?

Comment ler🎉