8.00 am
"Aku tau macam mana nak jaga diri aku sendiri, aku bukan budak kecil yang nak kena risau 24 jam aku tahu apa aku perlu buat dengan tak perlu" suara violet kim sambil menyedut minuman di tangan bersama pandangan santai terarah ke depan tanpa memandang ke arah lawan bicara miliknya.
"Val please.. dengar cakap aku untuk kali ini? aku tau kau boleh jaga diri kau sendiri tapi sekarang kau adalah saksi dan mau tak mau kena ada bawah perlindungan polis" balas Dannie Choi menghalang satu-satunya laluan violet untuk keluar menyebabkan wanita tersebut terpaksa menghentikan langkahnya, bersama pandangan bosan menyedut habis minuman di tangan lalu campakannya ke dalam tong sampah.
Kedua mata violet memandang tajam ke arah dannie "yes aku seorang SAKSI dan aku juga seorang DECTECTIVE, aku tau apa yang aku buat dan kes sekarang aku yang handel kau pula partner aku jadi apa yang kau perlu risaukan?" tegas violet meegucapkan setiap perkataan buatkan dannie julingkan kedua matanya ke atas tersangat maklum akan sifat degil yang berada di dalam diri violet.
Dari awal mereka bertemu hingga sekarang sifat degil violet tak pernah berkurang walaupun iainya 0.01% juga menjadikan dia salah seorang dectective terbaik.
"Still kau kena ikut protocol yang ditetapkan, kau akan berada bawah pengawasan polis selama 36 jam kedepan" violet hembuskan nafas perlahan melalui kedua hidung mancung miliknya mengurut kepala perlahan kerana rasa sakit yang menyerang secara tiba-tiba dan penyebab utamanya iailah kerisauan seorang Dannie Choi.
"Dannie aku tau macam mana nak jaga diri aku ok? stop worried about me, I can take care myself" menepuk bahu kanan dannie perlahan violet kembali menyambungkan langkah kakinya yang terhenti buat seketika, sebaik aja keluar dari balai polis violet mendongakan wajahnya ke atas mendedahkan diri pada cahaya matahari pagi.
"Yap.. satu lagi pagi dengan masalah baru" gumum violet seorang diri lalu bergerak ke arah pondok guard untuk mengambil helmt yang ditinggalkan dia semalaman.
"Pagi violet" violet tersenyum sebaik aja dirinya disapa lembut oleh seorang lelaki paruh baya bersama senyuman manis di bibir sedikit menundukan kepala tangan violet terhulur untuk mengambil helmt miliknya dari tangan Park Yun Sol.
"Pagi ajusshi" balas violet sopan.
"Macam mana dengan kes baru kamu tu, ada petunjuk baru? ajusshi dengar kali ini kamu sendiri yang jadi saksi" mengelengkan kepala perlahan violet menyandarkan diri pada pembatas kaunter "hum… sebab tu dannie tak berhenti membebel dekat saya, mula dari pukul 3 pagi sampai sekarang"
Yunsol ketawa perlahan "sebab dia risaukan kamu violet, sebab tu dia membebel tak berhenti satu balai dah tahu" violet memutar kedua bola matanya malas ke atas menjadi bahan ketawa dipagi hari untuk yunsol "sudah.. pergi balik rehatkan diri kamu jumpa petang nanti ya"
"Yelah, saya pun rasa badan saya busuk sangat ni.. balik dulu ya ajusshi, jaga diri tau!"
000
Clekk..
"Violet balik" laung violet ke dalam rumah menanggalkan kedua heels dikaki lalu menyimpanya ke dalam rak kasut, "violet balik" violet kembali melaungkan suaranya ke dalam rumah kerana panggilan pertama tak dijawab sesiapa.
"Ajumma Lim balik rumah dia sendiri kot?" violet meneka untuk diri sendiri dengan langkah hati-hati violet masuk ke dalam rumahnya sendiri tangan kanan siap terselit dibalik jacket yang dipakai kalau berlaku sebarang perkara tak diinginkan.
"Ajumma Lim?"
Violet terus memanggil berharap si pembantu rumah menyahut panggilan dirinya walaupun memasakan masa lama, langkah kaki violet semakin menghampiri ruang dapur tangan kanan perlahan mengeluarkan pistol di balik jacket digengam kemas.
"Ajumma lim? violet dah balik.. ajumma ada dekat mana? ajum.." suara violet terhenti begitu aja begitu juga dengan langkah kakinya, tangan yang mengengam kemas pistol kini melemas bersama langkah perlahan violet sandarkan diri pada kerusi meja makan menarik nafas dalam untuk tenangkan diri.
Menutup muka beberapa detik sebelum mengambil phone. Jari runcing violet bergerak cepat menaipkan number panjang yang dihafalnya sejak dulu.
"Dannie Choi disini"
"Dannie" lemah violet bersuara menahan diri dari mengeluarkan air mata tak sanggup memandang tubuh si pembantu rumah yang berlumurah darah terbaring kaku diatas lantai dapur miliknya.
"Val kau ok? val jawab aku, apa yang berlaku? kau ok ke tidak ni?" laju dannie mula tanyakan violet soalan tanpa berhenti.
"Bawa tim kita, ajumma lim"
"Ok, tak perlu cakap lagi. Kau tunggu luar rumah aku datang dengan tim sekarang juga" violet menganggukan kepala tanpa sedar talian diputuskan secara sepihak dengan langkah longlai violet membawa dirinya keluar dari rumah tanpa menoleh ke belakang langsung.
Hatinya bagaikan disayat dengan belati rasa sakit yang menusuk hingga ke tulang hitam miliknya, violet menarik nafas dalam beberapa kali untuk menenagkan diri, dia tak akan maafkan sesiapa yang berani menganggu orang tersayang miliknya dan dia bersumpah akan memenggal kepala si pelaku.
Selang beberapa belas minit siren polis bersama kereta peronda memenuhi laman rumah milik violet, dannie orang pertama mendatangi violet menarik si gadis masuk ke dalam pelukan hangat miliknya.
"Kau ok?" violet mengangguk tanpa menjawab sama sekali.
"Dannie" dannie melepaskan pelukan pada tubuh violet memandang si gadis dengan wajah risau takut kalau si gadis tercedera.
"Simpan rahsia bila aku bunuh siapa yang buat semua ni dekat ajumma lim" mau tak mau dannie mengangguk setuju akan permintaan violet ini bukan kali pertama dia menyimpan rahsia violet.