Download Chereads APP
Chereads App StoreGoogle Play
Chereads

KERANA DIA UNTUKKU

🇲🇾nabellabazli
--
chs / week
--
NOT RATINGS
4.2k
Views
Synopsis
Adellia diupah menjadi isteri kepada Hazeman Iskandar yang lumpuh itu selama 3 bulan. Dan selama 3 bulan itu dia perlu bikin lelaki itu sukakan dia sepenuh hati namun, dia perlu mengawal hatinya sendiri agar tidak terlamau menjiwai wataknya sebagai isteri yang dibayar oleh mertuanya. Tarikh keramat semakin mendekat membuatkan Adellia jadi panasaran. Adakah kontrak akan disambung atau ditamatkan atau mungkin dihapuskan dengan serta merta?

Table of contents

Latest Update1
Prolog4 years ago
VIEW MORE

Chapter 1 - Prolog

"Nanti, bila I dah ada syarikat sendiri, I cepat-cepat datang melamar you tau" Si kekasih yang sedang menikmati ais krim Baskin Robbin itu tersipu malu. Haze senyum panjang. Suka dia lihat Marissa begitu. Kepala gadis itu diusapnya lembut. Sungguh, hanya tuhan saja yang faham perasaan dia terhadap kekasihnya itu. Tak bisa diungkap dengan kata-kata!

"Tapi sayang, you kena sabar sikitla.. Nak tubuhkan syarikat makan masa juga.. You pun kena main peranan.. You kena faham I.. Faham kerja I dan faham busy I macam mana. You tak boleh assume I akan selalu text you 24 jam je.. Tak boleh sentiasa nak minta perhatian I lepastu merajuk tak tentu fasal.. Tahu?"

Marissa tarik muncung. Sudu pink di tangan kini sudah dicampak masuk ke dalam mangkuk kertas itu. Dia peluk tubuh.

"You nak kata I ni mengada-ngada dan suka menyusahkan you ke? Macam tu?"

"Tengok? Cakap sikit dah merajuk.." Marrisa juih bibir, mengejek Haze.

"Bila masa pula I cakap you menyusahkan I? Kalau I rasa you menyusahkan I, tak adala I ajak you kahwin intan payung oi.." sambil bercakap, Haze cuit dagu Marissa membuatkan gadis itu perlahan-lahan ukirkan senyuman.

"I sayang you tau. Sumpah, dunia akhirat I sayang you sorang saja Marissa Aqila"

"I pun sama"

Haze termenung sendirian di balkoni biliknya, mengamati angin malam yang agak dingin itu. Kepalanya jugal ligat membuat imbasan kisah lama. Kisah antara dia dan bekas kekasihnya yang meninggalkan luka begitu dalam di hatinya.

Dia menghela nafas berat. Terfikir, sia-sia saja dia ungkapkan rasa sayang pada gadis itu. Sia-sia saja dia pasang niat untuk menghalalkan wanita itu. Semuanya jadi sia-sia setelah dia tersedar bahawa dirinya telah ditipu. Ditipu hidup-hidup oleh Marissa.

Melihat keadaan kakinya yang kaku itu membuatkan dia mengeluh kecil. Kain kecil yang diletak di atas riba diselak, menonjolkan kedua belah kakinya yang kaku dan tak mampu bergerak itu. Dia meramas kuat rambutnya sehingga ia kusut.

"ARGH!!!"

Dia menerkup wajah, melindungi matanya yang menghasilkan cecair jernih itu. Entah kenapa, kejadian itu kerap saja menghantui dirinya setiap masa membuatkan dia jadi kesal dengan semua benda! Semuanya!

Tak guna sayang akhirnya pergi melayang!

"Haze.. Kenapa masih tak tidur lagi ni?"

Bunyi derapan kaki yang semakin mendekatinya membuatkan dia berpaling sedikit. Tiada senyuman diberikan buat ibu tirinya itu. Terus dia memalingkan muka ke hadapan semula.

"Why are you still up at this hour?" air mata cepat-cepat diseka dan dia terus berlagak biasa tatkala Dato Zahirah menghenyakkan duduk di kerusi kosong bersebelahan dirinya. Dia berdehem kecil, membetulkan suara.

"Mummy nampak Haze di sini tadi semasa mummy nak tutup sliding door bilik.. So I came to check on you.." pehanya ditepuk dua tiga kali oleh ibunya itu. "You okay tak?"

"I okay je mummy.. Saja nak ambil angin sekejap sebelum masuk tidur.. Esok ingat nak masuk ofis lambat sikit. Penat" dia berjeda seketika. Wajah dato' Zahirah kemudiannya dipandang.

"Why is life always unfair? Bila dunia ni nak berlaku adil kat I mummy? I penatlah hidup macam ni.." dia menggosok mata, sekaligus mengesat air jernih yang bertakung di tubir.

"Selagi namanya dunia, selagi itulah kita tak akan dapat keadilan yang sebenar-benarnya.." tersentap juga hati Haze dengan jawapan itu. Sebak yang tadinya semakin hilang kini muncul semula.

Dunia bukanlah tempatnya untuk mendapatkan keadilan yang hakiki kerana dia tahu, erti keadilan yang sebenar-benarnya yang bakal dia temui adalah di akhirat sana.

"You have a point though.." dia termenung seketika. Tak pasti mahu terus berbual tentang keinginannya itu ataupun tidak.

Dan mulutnya akhirnya dibuka, "Mummy.. Do you think I will get married one day?" bergetar nada suaranya bertanya sambil bebola matanya bergerak ke anak mata ibunya itu.

"Of course you will! Mummy yakin, jodoh Haze akan sampai satu hari nanti.. Cepat atau lambat, itu kerja tuhan.. Yang pasti, dia akan datang pada waktu yang tepat.. You sabarla sikit ya?" peha Haze ditepuk oleh wanita itu dua tiga kali tanda memujuk.

"I memang boleh tunggu mummy.. Tapi I tak rasa ada perempuan yang sanggup terima I dengan keadaan I macam ni" matanya terus berkaca-kaca. Nada suaranya juga kedengaran agak sayu.

"Siapa je yang nakkan suami cacat macam I ni.. No one."

Haze melentokkan kepala pada bahu Dato' Zahirah tatkala wanita itu menginjakkan kerusi rapat dengan kerusi rodanya. Setitis air mata akhirnya mengalir jua di pipinya. Mujurlah wajahnya agak tersorok dari pandangan mata ibunya itu. Tak perlulah dia nak cover macho!

"Haze janganlah begini.. InshaAllah bila tiba masanya nanti, tuhan akan pertemukan you dengan seseorang yang boleh terima you apa adanya. Gadis yang baik macam masih wujud sayang.. I promise.." ujar dato Zahirah sambil mengusap lembut pipi Haze. "You just have to wait for the day to come alright?"

Haze hanya angguk kecil. Jujurnya dia langsung tidak terbeli dengan kata-kata ibunya itu. Dia tahu pada zaman sekarang ini tak ada perempuan yang sanggup terima kekurangan seorang lelaki. Semuanya sibuk berlumba-lumba untuk dapatkan lelaki yang sempurna. Sempurna serba serbinya! Dan dia langsung tidak tergolong dalam kumpulan 'sempurna' itu.

ee54eefb3fa70d7c8b4479233863c6d7 I'm serializing this work on Webnovel. Head over to Webnovel for the other chapter updates! https://www.webnovel.com