Chereads / misteri uji kaji / Chapter 1 - kampung serunai malam

misteri uji kaji

Qimiqimi_Ton
  • --
    chs / week
  • --
    NOT RATINGS
  • 2.9k
    Views
Synopsis

Chapter 1 - kampung serunai malam

Hidup dalam kesusahan bukanlah satu penghalang untuk meneruskan kehidupan. Arlia, 3 orang adiknya yg lain, ibu dan ayahnya tinggal di sebuah pondok yang jauh di hujung kampung. Kehidupan mereka umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Begitula kehidupan Arlia sekeluarga. mereka mengusahakan bendang di belakang rumah yang hanya sekengkang kera.

Arlia termenung jauh di hadapan jendela yang bertentangan dengan bendang mereka. Kelihatan Mak murni dan pakcik Ehsan sedang menanam padi bukit sambil sekali sekala mengelap peluh. cuaca pada hari itu panas terik. Arlia bangkit dari tempat duduknya lalu menuju ke dapur. Arlia duduk di hadapan dapur kayu lalu menyusun kayu untuk menghidupkan api. Arlia mencuci tangan lalu mengambil periuk untuk memasak nasi. Selepas siap mencuci dan mengisi air dalam periuk, Arlia meletakkan periuk tersebut di atas tungku kaki tiga. Arlia mengisi air dalam cerek untuk dimasak selepas menanak nasi. Arlia mengambil sayur yang tersangkut di dinding dapur rumah mereka lalu membuatnya. setelah nasi masak, Arlia mengantikan cerek tersebut untuk menjerang air.

Beberapa minit kemudian, air telah masak dimasak, Arlia mengangkat cerek tersebut dan meletakkanya di tempat yang selamat. Arlia mengambil kuali lalu meletakkan di atas tungku kaki tiga. Arlia mula untuk memasak sayur. Setelah sayur masak, Arlia lalu menyenduk sayur itu masuk ke dalam bekas makanan. Arlia meletakkannya di atas meja.

kedengaran deheman pak cik Ehsan dari bawah rumah dalam masa yang sama ketiga-tiga orang adiknya juga pulang ke rumah dari sekolah. ketiga-tiga adiknya ali, aiman dan akil masuk ke dalam bilik lalu mengantikan pakaian sekolah mereka. Arlia membuka tikar di ruangan dapur dan meletakkan makanan di atas tikar tersebut. setelah pak cik Ehsan melepaskan penat sekejap, lalu pak cik Ehsan masuk ke dapur untuk menjama makanan bersama keluarganya.