Download Chereads APP
Chereads App StoreGoogle Play
Chereads

WEIRD || JJK

jemenishere
--
chs / week
--
NOT RATINGS
3.4k
Views
Synopsis
Disebabkan hati yang telah ditutupi oleh sifat DENDAM mereka sanggup keluar dari tempat persembunyian mereka dan mencari ketua Pemusnah kehidupan mereka. • • • • • • "Dah kalau Darah harus dibalas dengan Darah" - CJM "Mestilah Nyawa harus dibalas dengan Nyawa" - CMJ • • • • • • Mereka boleh terima jikalau kedua orang tua mereka pergi dengan cara yang baik, tetapi kedua orang tua mereka diseksa lalu dibakar di hadapan mata mereka sendiri. • • • • Saksikan WEIRD Start : 12/8/2020 End : - Status : On-going

Table of contents

Latest Update1
PROLOG4 years ago
VIEW MORE

Chapter 1 - PROLOG

Dua kanak kanak perempuan yang sedang bermain dengan salji diperhati, terbit senyuman kecil dibibir wanita muda itu.

"Jungmin, Minjung, sini !" panggil wanita muda itu. Kanak kanak kecil itu memandang wanita muda itu lalu berlari kecil kearah tersebut.

"Ne omma" wanita muda yang digelarkan dengan omma itu hanya tersenyum.

"Omma, boleh Min tanya something tak ?" soal gadis kecil yang bernama Jungmin itu.

"Nak tanya apa tu ?" soal wanita muda itu kembali, rambut kedua anaknya dielus lembut.

"Kenapa kita duduk jauh dari semua orang ? Dekat dengan gunung salji pulak tu, tapi gunung salji tu jauh sikit. Ha kenapa ?" soal gadis kecil itu lagi, gunung salji yang boleh nampak dari rumah mereka di tunjuk.

"Kita lain dari yang lain lah, sayang. Nanti kalau Min dan Jung dah besar, mesti akan faham. Sekarang ni mari masuk, appa balik nanti" balas wanita itu, dia tersenyum kecil bila wajah kedua kanak kanak itu mempamerkan riak gembira.

"Omma, appa tak balik lagi ke ?" soal gadis kecil yang bernama Minjung, dia sedaya upaya naik keatas pangkin kecil yang dibina oleh bapanya.

"Nanti appa balik, kenapa Jung tak tidur lagi ? Unnie mana ?" soal wanita itu pula. Wajah risau sedaya upaya disorokkan.

"Unnie dah tidur, Jung tak boleh tidur. Selalunya appa akan ceritakan kisah dongeng dekat Jung sebelom tidur, tapi appa tak balik lagi" adu Minjung, bibir memuncung muncung semasa mengadu.

"Appa kejap lagi balik lah tu, sekarang ni Jung pergi masuk dalam, pejam kan mata tu sampai terlena, arra ?" arah wanita itu, Minjung menganggukkan kepalanya, pipi ibunya dicium sekilas lalu melangkah kedalam rumah sederhana itu.

"Tuhan, selamatkan lah suami aku" doa wanita itu, tangan digenggam.

"Jungmin pergi bawak saeng jauh dari sini, palli" Jungmin yang bingung hanya akur, dia menarik Minjung yang sedang menangis sambil memeluk kaki ibunya. Rumah mereka di bakar oleh musuh bapanya.

"Tapi, omma mesti lah kena ikut sekali" kata Jungmin polos, matanya terkebil kebil memandang rumah mereka yang sedang dijilat api.

"Omma tak boleh sayang, omma kena pergi selamatkan appa. Pergi" arah wanita itu lagi. Tangannya yang memegang tangan Minjung dileraikan lalu melangkah pergi dari situ.

Bersaksikan mata Jungmin dan Minjung mereka nampak keseksaan omma dan appanya yang dibina oleh musuh appa mereka sendiri. Ommanya dirogol dahulu baru dibakar hidup hidup bersama appanya.

Jungmin menutup mulutnya dan adiknya supaya tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Selang beberapa jam ditempat persembunyian itu, Jungmin keluar dan memastikan tiada orang disitu.

Sudah mendapat pengesahan tiada sesiapa disitu mereka menapak ke arah rumah tersebut. Rumah yang sudah rentung itu dipandang sayu, mayat ibu, bapanya sudah dibawa sekali.

"Unnie, kita nak pergi mana lepas ni ?" soal sang adik yang berumur 8 tahun itu.

"Pergi gunung salji. Kita cari kehidupan baru disana" jawab sang akak yang berumur 10 tahun itu. Dia memandang rumah yang mereka pernah menetap buat kali terakhir lalu melangkah pergi menuju ke gunung salji.

10 Tahun Kemudian

"Unnie, halmeoni panggil" Jungmin yang sedang teringatkan kisah silam itu menoleh kearah adiknya. Langkah kaki diajukan kedalam rumah kecil itu.

"Ne halmeoni, wae ?" soal Jungmin. Minjung hanya duduk bersila memerhati.

"Kamu dah pandai kawal kuasa kamu ?" soal wanita separuh abad itu. Jungmin memandang Minjung sebelum tersenyum nipis.

"Dah. Cuma Jung je belum" balas Jungmin ceria. Minjung disebelah, mencebikkan bibirnya.

"Nanti unnie ajar lah" pujuk Jungmin, dia ketawa kecil melihat wajah cemberut Minjung.

"Halmeoni, Min nak ajar Jung dekat luar boleh ?" pinta Jungmin dengan mata sengaja dikerdip kerdipkan.

"Pergi lah" balas wanita separuh abad itu. Jungmin menarik tangan Minjung mengikuti langkahnya keluar rumah. Dia mula menunjukkan demo mengeluarkan kuasa dengan betul lalu menyuruh Minjung mengikutinya.

"Yeayy, Jung dah pandai" sorak Minjung. Jungmin hanya tersenyum kecil melihat kearah Minjung yang sedang bermain dengan kuasanya.

"Jangan main sangat dengan kuasa tu, bahaya" pesan halmeoni itu. Dia hanya memerhatikan Jungmin dan Minjung dari jauh.

"Tuhan, jikalau aku sudah tiba masanya pergi tinggalkan mereka, kau jagakan lah mereka untuk aku serta ibu bapa mereka" doa wanita itu, dia tahu dia akan pergi dari dunia itu, itu bukan dunia dia.

Walaupun, dia diturunkan oleh tuhan untuk menjaga dua orang gadis istimewa itu, dia tetap sayang dan menjaga mereka macam cucu sendiri.

"Halmeoni" panggil Jungmin dan Minjung, mereka baru balik dari sungai yang berdekatan dengan rumah kecil itu. Tiada sebarang jawapan.

"Jung, pergi cari halmeoni dekat dalam" arah Jungmin. Minjung mengangguk lalu melangkah kedalam rumah.

"Halmeoni, halmeoni dekat mana ?" soal Minjung, rumah yang kecil itu diteroka, tapi tiada bayang halmeoni langsung, langkah kaki diatur keluar.

"Unnie, halmeoni tak ada" kata Minjung, terdongak kepala Jungmin memandang Minjung.

"Kau cari sebelah sana, aku sebelah sana" arah Jungmin, dia melangkah kearah sebelah kiri rumah manakala Minjung sebelah kanan.

"Jumpa tak ?" soal Jungmin. Minjung hanya menggelengkan kepalanya.

"Ehem, cari si tua ni ke ?" soal satu suara. Pantas Jungmin dan Minjung memusingkan badan mereka menghadap kearah belakang.

"Halmeoni !" jerit mereka serentak.

"Kau nak apa ?" soal Jungmin, tangan Minjung di genggam erat.

"Unnie, bukan ke namja ni yang bunuh omma dengan appa 10 tahun lepas" bisik Minjung. Jungmin memandang Minjung seketika sebelum kembali memandang namja didepan mereka. Ya, betul.

"Kau, kau yang bunuh mak bapak kitaorang kan ?" soal Jungmin, rahangnya bergerak gerak menahan amarah. Terletus ketawa namja didepan mereka, kedengaran sinis.

"Macam mana korang tau ? Oh, korang yang pengecut bersembunyi disebalik semak, itu kan ? Tch, lemah" balas namja itu, tubuh wanita separuh abad yang sudah terkulai di tolak ketepi.

"Halmeoni !" jerit Minjung. Tangannya yang dipegang oleh Jungmin sedaya upaya ditarik, tapi Jungmin menggengam tangan Minjung lebih erat.

"Kau nak apa ? Kau dah ragut nyawa mak bapak aku, sekarang ni halmeoni aku pulak. Aku tak main dengan orang lemah macam kau" kata Jungmin dingin.

"Lemah ? Kau dengan adik kau yang lem–" belum sempat namja itu menghabiskan percakapannya, tubuhnya sudah terapung.

"Kau, kau dah mencabar kesabaran aku !" jerit Minjung, tangannya yang dipegang sudah terlerai.

Suasana yang aman tadi mula bertukar, angin yang sepoi sepoi menjadi makin kencang, sampaikan pokok pun terbang.

"Aku ada satu rahsia Jungmin, Minjung atau aku patut panggil korang, Evie Choi dan Lucy Choi. Tsk tsk tsk, kesian nama sebenar sendiri pun tak tau. Tch" kata namja itu. Masih larat lagi tu.

"Tak payah sebut nama sebenar kitaorang lah !" tergerak gerak rahang Minjung, tangannya mula mengetatkan angin yang menapung namja itu.

"Jung, kawal kuasa kau" tegur Jungmin. Minjung memandang Jungmin seketika sebelum tubuh namja itu dia campak jauh sampai terkena batu besar disitu.

"Menyusahkan" kata Minjung. Matanya mula memerah menahan tangis, tubuh wanita tua yang digelarkan halmeoni itu dipandang sayu.

"Halmeoni" lirih Minjung, dia menapak kearah wanita tua itu secara perlahan lahan diikuti Jungmin.

Tubuh yang berlumuran darah dari namja itu Jungmin dekati. Jungmin mengecilkan matanya bila ternampak kad kecil dari poket seluar itu, tangannya mengambil kad itu lalu ditelek.

Louise Holding

"Jadi, si lemah ni datang dari tempat ni lah. Nice" monolog Jungmin, dia mula mengorak langkah kearah Minjung dan mayat halmeoni. Air mata yang tidak dapat ditahan akhirnya jatuh jua.

"Terima kasih halmeoni untuk semuanya" ucap Minjung, air mata diseka. Perlahan lahan tubuh halmeoni itu menjadi debu, sapa sangka wanita tua itu malaikat yang menjaga mereka yang diturunkan oleh Tuhan.

"Esok kita akan ke Crowded Town" kata Jungmin. Minjung memandang Jungmin bersama kerutan didahi, tapi tidak pula dia bertanya 'kenapa ?' malah Minjung hanya menganggukkan kepalanya sahaja.

Bagaimana kehidupan mereka di Crowded Town nanti ? Siapa yang mengarah untuk memusnahkan keluarga Choi ? Teruskan membaca fanfic nub yini.

Fanfic ini 92% daripada idea aku sendiri dan 8% lagi diadaptasikan dari sebuah movie.

Dilarang menciplak atau mencuri idea atau watak watak dalam fanfic ini tanpa kebenaran aku, fanfic nub ni tak akan korang nak ciplak pulak.

VOMMENT DIPERLUKAN !!

DIPERSILAKAN FANFIC WEIRD