Download Chereads APP
Chereads App StoreGoogle Play
Chereads

Bukan Dua, Tapi Tiga?

🇲🇾HEINA
--
chs / week
--
NOT RATINGS
6.1k
Views
Synopsis
Setelah 26 tahun membawa diri ke Kota London, Munirah mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia bersama anak-anaknya Aleya, Alisa dan Alina untuk berjumpa dengan suaminya, Dato Syed Mohd Kadir yang sebelum in tidak mengetahui akan kehadiran tiga puteri kembarnya selepas dia menghalau keluar Munirah dari rumahnya. " For what? kenapa Kita nak jumpa dia? kewujudan kita pun dia tak tahu. Tak ada faedah pun. Bukannya dia kenal kita. After all this time, ibu yang besarkan Kita. Dia tak mainkan apa-apa peranan pun." _ Nur Aleya. " kenapa tiba-tiba saja kita perlu terima dia dalam hidup kita? Selama 25 tahun kita tinggal di London, ada tak dia cari ibu? Ada tak? Tak! Tak berbaloi Kita buat baik dengan orang seperti itu." _ Nur Alisa. " Dia tu abah kita! Walau apapun kesalahan abah, dia tetap abah kita." _ Nur Alina. Akhirnya hanya Alina pulang bersama Munirah untuk berjumpa dengan Dato Syed Mohd Kadir. Kewujudan Alina diterima baik oleh Dato Syed Mohd Kadir yang menyangka Alina ialah anak tunggalnya. Namun, kehadiran mereka berdua tidak disenangi oleh isteri kedua Dato Syed Mohd Kadir, Kartika kerana bimbang kedudukannya tergugat. Yang pasti, harta dan syarikat milik Dato Syed Mohd Kadir akan diwarisi oleh Alina satu-satunya zuriat kandungnya yang ada. Keadaan bertambah rumit selepas permintaan Munirah untuk bercerai tidak dipersetujui oleh Dato Syed Mohd Kadir yang ingin memulakan kisah hidupnya Dan mengahbiskan sisa-sisa hidupnya bersama wanita yang dahulunya dibenci Dan kini dicintainya sepwnuh jiwa. Kerana terlalu bimbang keselamatan Munirah dan Alina, Aleya dan Alisa menjejakkan kaki buat pertama kalinya di Malaysia. Laut yang tenang psti akan bergelora dengan kehadiran Aleya dan Alisa. Ada saja cara mereka berdua lakukan agar Munirah dan Dato Syed Mohd Kadir tidak bersatu semula. Kehadiran Tengku Iskandar, Dr. Nazri dan Zahari kononnya seperti The Three Musketeers yang sentiasa berada di samping Dato Syed Mohd Kadir seringkali menggagalkan rancangan Aleya dan Alisa. Lalu dapatkah Dato Syed Mohd Kadir mengetahui kewujudan dua lagi anaknya? Berjayakah Aleya dan Alisa memisahkan ibu bapa meraka? Mampukah Dato Syed Mohd Kadir memiliki semula cinta wanita yang pernah disakiti Dan dilukai selepas 26 tahun?
VIEW MORE

Chapter 1 - Bercadang Untuk Ke Malaysia

"What? Esok ibu nak balik Malaysia?" Alisa terkejut dengan keputusan ibunya secara tiba-tiba.

Aleya terus saja bangun dari sofa apabila mendengar kata-kata ibunya.

"Ibu! Ibu dah janji takkan jejakkan kaki ke Malaysia. Kenapa tiba-tiba ibu nak balik ke Malaysia? Why?" Alisa melihat ke arah ibunya. Dia tak puas hati. Dia inginkan penjelasan.

Alina hanya duduk diam membisu di sebelah ibunya. Dia sedar kedua-dua kakaknya pasti tidak akan setuju dengan rancangan ibu mereka untuk pulang ke Malaysia.

"Abah kamu sakit" beritahu Munirah. Dia terkejut apabila mendapat panggilan daripada Maria semalam. Maria merupakan sepupu suaminya. Kata Maria, suaminya kini berada di wad ICU.

Sudah seminggu suaminya terlantar akibat penyakit jantung malah doktor juga beritahu harapan untuk suaminya sedar juga amat tipis. Tujuan Maria menelefon adalah untuk mengajak Munirah pulang dan berjumpa dengan suaminya buat kali terakhir. Puas semalaman dia berfikir dan akhirnya dia membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia. Dia tahu Aleya dan Alisa takkan setuju dengan keputusannya.

Alisa terdiam seketika.

"Abah sakit. Along, angah! Jomlah, kita balik jumpa abah buat kali terakhir," pujuk Alina.

"For what? kenapa kita nak jumpa dia sedangkan kewujudan kita pun dia tak tahu. Tak ada faedah pun. Bukannya dia kenal kita. After all this time, ibu yang besarkan kita. Dia tak mainkan apa-apa peranan pun." Aleya bersuara. Nada suaranya tegas. Dia geram apabila Alina begitu senang menerima orang yang menghalau ibu mereka sehelai sepinggang hanya disebabkan ingin berkahwin dengan pelakon terkenal. Kerana pelakon itu, ibu mereka disisihkan. Habis madu sepah dibuang.

"Kenapa tiba-tiba saja kita perlu terima dia dalam hidup kita? Selama 25 tahun, kita tinggal di London! Ada tak dia cari ibu? Ada tak? Tak! Tak berbaloi kita buat baik dengan orang seperti itu," tegas Alisa.

Telinga Alisa panas mendengar kata-kata adik kembarnya. Walaupun mereka bertiga kembar seiras namun personaliti mereka jauh berbeza.

"Dia tu..... abah kita! Walau apapun kesalahan abah, dia tetap abah kita. Ayah kandung kita," ucap Alina lembut. Dia tahu Aleya dan Alisa berdendam dengan ayah mereka sehingga menyebabkan hati mereka sukar untuk menerima abah dalam hidup mereka.

"It's easy for you to said!" Aleya merenung adiknya. Aleya tak mahu hati ibunya terluka lagi. Kembali ke Malaysia, bukanlah idea yang baik. Luka lama akan terbuka kembali.

"Kami takkan balik," tegas Alisa. Mereka berdua tetap dengan keputusan mereka.

"Ikut suka hati kamulah! Ibu malas nak cakap lagi." Munirah tiba-tiba bangun dan berjalan terus masuk ke dalam biliknya. Dia malas nak dengar anak-anaknya berbalah. Apa yang penting sekarang ni, sempatkah dia berjumpa dengan suaminya esok?

"Ibu!" panggil Alina apabila ibunya meniggalkan mereka. Alina menoleh ke arah kakaknya. Aleya dan Alisa terus memandang ke tempat lain apabila Alina memandang ke arah mereka berdua. Alina mengeluh. Degil! Keras hati.