Ia pun memegang tangan isterinya itu lalu ia pun menjawab,"Adik aku tak mau kalau anak-anaknya di apa-apa kan,lagi pun ramai yang sedang mengincar anaknya".
Ia menyebut anak-anak bermakna termasuk dengan adik beradiknya yang lain.
"Kalau hal ini terbocor,maka nyawa anaknya akan dijadikan taruhan untuk menjatuhkannya"
"Tapi...pengawal peribadi milik adik kamu kan kuat,mengapa tidak menyuruhkannya saja."
Idea yang diberikan oleh isterinya memang bernas cuma mampu kah ia berlawan dengan senjata api.
Mengingati kejadian dahulu pun sudah terbukti ia masih lemah untuk jadi pengawal atau pun bodyguard buat Scarlet.
"Sudah lah,jangan memikirkannya nanti boleh ketahuan oleh adikku bagaimana?Nanti aku yang harus menanggung akibatnya."
Isterinya pun terdiam seketika.
_
Di luar bilik pesakit milik keluarga Zi.Terlihat lelaki tua yang sedang berdiskusi tentang kerabat keturunan keluarga Ning yang baru-baru ini terkenal dalam perbincangan mereka baru ini.
Pada waktu itu, Scarlet sedang berjalan sekeliling hospital itu.Kerana menurutnya sudah bertahun ia tidak menjenguk mana-mana hospital.
Tiba-tiba ia terdengar beberapa suara keras yang mengejut dari balik celah pintu besar.
Kerana tempat itu sunyi dan tidak ada yang lalu lalang,ia pun memasang telinga dan mendengar apa yang ingin ia sampaikan.
"Bunuh saja!"
"Lagipun budak itu kan selalu dipinggirkan,lagi bagus kalau kita cuba merasuk pikirannya. Agar ia lebih membenci orang tuanya."
Scarlet yang mendengar hanya terdiam.
~Bunuh siapa?siapa yang mereka maksudkan itu?
Setelah itu orang tua itu pun menunjukkan gambar dan beberapa dokumen tentang orang digambar itu.
Ia melihat nama yang baginya sangat misterius.
Ning Qiu Rong.
Ternyata ia berasal dari keluarga Ning.Tapi anak dari siapa?Siapa orang tuanya?tinggal di mana?
Tiba-tiba ia tertolak sedikit pintu itu.Walau pun tidak sedikit tapi bunyi yang dihasilkan mampu membuat orang yang didalam tahu tentang keberadaannya.
Kedua orang lelaki yang didalam terkejut bersama bodyguard milik mereka yang berada di situ,bersama mereka.
Ia pun berlari dari tempat yang tadi.Ia tidak ketakutan malah ia ingin tahu gambaran orang yang bernama Ning Qiu Rong.
- namanya terdengar sedikit wanita -
Siapa yang berani mendengar perbualan mereka.Ia seperti berani menceroboh kawasan mereka.
_
Di keadaan Chu Bai Qie yang baru mendapat berita tentang kehilangan Scarlet.Ia dengan pantas mengecek CCTV milik kota itu.
Teksi yang dinaiki oleh Scarlet menuju ke sebuah hospital milik keluarganya.
Ia terus menelpon ayahnya,Ning Wi Yu.Orang yang pernah berurusan dengannya.
Namun panggilan tidak diangkat selang beberapa minit.
Ia benar-benar buntu apa yang harus ia bertindak.
Ia pun berfikir,kenapa ia boleh jadi cuai saat menjaga Scarlet.Dengan Scarlet juga ia tidak boleh menggunakan kekuatannya seperti biasa.Ia seperti ditekan oleh sesuatu sehingga tidak dapat digunakan apabila berdekatan dengan Scarlet.
Ia juga berasa kenal dengan sikap Ning Wi Yu.
-
"Tuan,mau saya kejar penceroboh itu". Lelaki itu bersuara.
Ia pun menjawab,"Tidak perlu,kita perlu berlakon seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku".
Lelaki itu berasa hairan lalu ia pun bertanya, "Kenapa tidak mengejarnya?"
Orang tua itu pun mencubit lelaki itu.
"Kau ini memang bo***,boleh pula kau bertanya kenapa,kita sekarang beradi di mana?"
Ia pun menjawab,"Hospital,mengapa kau bertanya?"
"Hospital yang kita berada sekarang merupakan hospital milik keluarga Ning, keluarga terkaya pertama di beberapa kota besar dan berpuluh-puluh daerah kecil milik mereka juga."
"Kalau kita bertindak di luar jangkauan,mereka mampu menggugat kita.Tambahan pula beberapa orang milik mereka berada di sini dan kelihatannya mereka sentiasa memantau keadaan sekeliling hospital ini,seolah pesakit VIP sedang berada didalam pemeriksaan mereka."
"Oh,jadi penceroboh itu dibiarkan sahaja"
"Hm(iya),tapi arahkan beberapa orang untuk mengekorinya,berkemungkinan besar mereka akan membawa kita kepada target kita."
"Baiklah"
_
Setelah berjaya melarikan diri dari orang-orang itu,Ning Yi Shuang mengingati balik nama tadi.
Ning Qiu Rong!
Nama itu sepertinya ia pernah dengar,tapi dimana? Ning Yi Shuang melihat sekitarnya sekali lagi, kemudian ia pun berjalan biasa sehingga keluar dari hospital itu.
Tiba-tiba ia terlihat di sebuah penjuru bangunan hospital itu terdapat sebuah kereta hitam yang terlihat mewah.
Itu!Itu!Itu!
Papa!
.....