Jotaro Kujo,anak kepada Holly Joestar dan cucu kepada Joseph Joestar.Jotaro atau sering dipanggil Jojo dari rakan sekelasnya,masuk ke dalam penjara kerana terlibat dengan kes pembulian di lorong sekolahnya.Sehinggalah suatu hari,ibunya Holly datang untuk mengambil anaknya semula,Jotaro.Sesampainya dia di sana,dia terkejut melihat anaknya dengan barangan yang tidak sepatutnya di sel nya, seperti radio,minuman berkarbonat,telefon bimbit,dan kereta kawalan jauh.Jotaro menyuruh ibunya untuk pulang tetapi ibunya enggan sama sekali.Jotaro lebih rela untuk tinggal di penjara untuk menjauhi orang lain dari sesuatu yang dimilikinya.Jotaro berkata bahawa dirinya dikawal oleh seseorang.Untuk membuktikan bahawa dirinya dikawal,dia mengambil pistol dari kocek seorang polis di situ lalu mengacukan pistol itu ke kepalanya lalu dia menembak dirinya sendiri.Tanpa disedari,ada sebuah tangan yang memberhentikan peluru itu.Polis dan penjenayah di sana terkejut dengan perbuatan itu.Lalu dengan berat hatinya ibu Jotaro pulang ke rumah.
Sehari selepas kejadian tersebut,Joseph Joestar atau dikenali sebagai ayahnya Holly tiba di lapangan terbang dari Amerika.Holly lari kepada ayahnya lalu memeluknya.Holly menceritakan segalanya tentang Jotaro kepada Joseph.Holly mengatakan dia nampak sebuah tangan masuk ke dalam kocek polis yang dilihat semalam.Joseph faham akan keadaan Jotaro,yang merupakan cucunya.Lalu Holly membawa Joseph ke sel penjara Jotaro.Tetapi Joseph membawa seorang kawannya dari Amerika.
Holly,Joseph dan kawannya tiba di sel Jotaro.Seperti dilihat semalam,Jotaro tetap membuat perkara yang sama.Joseph menyuruh Jotaro keluar dari tempat yang dia berada.Jotaro tetap enggan untuk keluar.Joseph memanggil kawannya untuk masuk dan memaksa Jotaro untuk mengeluarkan benda yang mengawal dirinya.Joseph memperkenalkan kawannya kepada Jotaro,Mohammed Avdol,yang berasal dari Mesir.Avdol mengeluarkan sesuatu dari dirinya dan mengikat Jotaro menggunakan api.Joseph memberitahu yang itu ialah Stand.Stand ialah sebuah semangat dari diri seseorang itu.Stand juga mengikut pemahaman penggunaannya dan hanya pengguna Stand dapat melihat Stand.Tiba-tiba suhu di dalam penjara itu semakin panas membuatkan Jotaro semakin naik angin.Jotaro lalu mengeluarkan Standnya lalu menyerang semula Stand milik Avdol.Disebabkan hal itu,Jotaro memaksa dirinya untuk keluar dari selnya supaya dia dapat melawan Avdol dengan adil.Selepas melangkah keluar,Avdol memandang ke belakang lalu pergi.Jotaro hairan dan Avdol memberitahu Jotaro yang dia bukannya musuh nya dan Avdol datang ke situ hanya untuk membantu Joseph dan Holly.Lalu Jotaro keluar dari selnya.Holly dengan segera memeluk Jotaro.
Berbunyi lah suara Dio di istana nya.Dio bangkit semula selepas 100 tahun di dalam laut.Dio menggunakan badan Jonathan yang juga merupakan adiknya sendiri.Dio dibangkitkan oleh sekumpulan nelayan yang sedang memancing di laut.Nelayan tersebut tidak menyedari bahawa itu ialah keranda milik Dio.Dio dibantu oleh seorang bernama Enyaba.Yang merupakan penyebar pengguna Stand.Dio menyembunyikan dirinya di sesuatu tempat.
Jotaro dibawa ke sebuah kafe untuk minum pagi.Holly berasa gembira dengan kehadiran anak tunggalnya dengan seorang bapa yang sedang bekerja di luar negara.Joseph mengetahui tentang sebuah kes kehilangan nelayan dan dia percaya yang itu ialah angkara Dio,si pontianak yang bangkit dari 100 tahun yang lalu.Joseph menunjukkan Stand nya yang berupa Akar tumbuhan yang berwarna ungu yang dapat menunjukkan imej seseorang yang difikirkan oleh Joseph apabila diletakkan kepada sebuah alat elektronik.Joseph menunjukkan bahawa Dio masih hidup dan mengambil badan dari Jonathan Joestar yang merupakan moyang Jotaro.Joseph mempunyai bukti bahawa terdapat simbol bintang di leher pada semua ahli keluarga Joestar.Disebabkan bising yang dibuat oleh Joseph,ramai pelanggan berasa terganggu.Oleh itu,Jotaro dan Keluarganya pergi dari situ dan pulang ke rumah.
Selepas 2 hari berlalu,Jotaro mula bersekolah semula.Sebelum ke sekolah,ibunya, Holly mencium anaknya dahulu.Lalu Jotaro pun berlalu pergi.Semasa didalam perjalanan ke sekolah,dia disapa oleh sekumpulan pelajar perempuan yang sukakan dia.Mereka bertanya hal-hal yang menyebabkan Jotaro lama tidak bersekolah.Di bawah sebuah pokok di bersebelahan Jotaro,terdapat seorang lelaki misteri yang sedang melukis.Tanoa disedari Jotaro,lelaki tersebut melukis Jotaro,lalu mencoret kaki lukisan Jotaro yang menyebabkan Jotaro terjatuh dari tangga.Ramai pelajar perempuan di situ berasa takut dengan keadaan Jotaro.Jotaro mengeluarkan Standnya untuk bergayut ke salah satu dahan pokok Lau turun dengan selamat.Pelajar perempuan itu dengan pantasnya turun lalu membantu Jotaro.Lelaki yang melakukan hal tersebut turun lalu memberi Jotaro sebuah kain dan bertanya keadaan Jotaro.Sebelum lelaki itu berjalan terus,Jotaro bertanya namanya.Lelaki itu bernama Noriaki Kakyoin.Tidak lama selepas kejadian itu,Jotaro dibawa berjumpa jururawat di sekolahnya untuk merawat kaki Jotaro.Sekilas pandang Jotaro, jururawat itu mula berkelakuan aneh.Jururawat itu mengacukan pennya kepada Jotaro.Tiba-tiba jururawat tersebut mencucuk mata seorang pesakit disitu dan menyebabkan pesakit itu larikan diri.Jotaro mengelak serangan jururawat itu.Sebuah bayangan tiba di jendela bilik itu yang membuatkan Jotaro tertarik.Kakyoin tiba disitu.Jururawat itu dikawal oleh Stand milik kakyoin.Pen yang dipegang oleh jururawat itu tertusuk pipi Jotaro.Akhirnya Jotaro ternampak Stand milik kakyoin di dalam mulut jururawat itu.Lalu, Jotaro mengeluarkan Standnya dan mencium jururawat itu lalu mengeluarkan Stand milik Kakyoin.Jururawat yang dikawal itu akhirnya rebah ke tanah.Kakyoin membangga diri lalu mengeluarkan jurus yang bernama Emerland Splash.Joyaro tidak dapat mengawal dirinya lalu ditolak hingga ke tembok bilik itu.Kakyoin mula meremehkan jururawat yang dikawalnya tadi.Jotaro mula naik angin lalu berkata kepada Kakyoin yang jangan meremehkan dan tidak menghormati wanita.Jotaro bangkit semula lalu mengeluarkan Standnya semula untuk bertarung kembali.Kakyoin mengeluarkan jurus nya sekali lagi.Tetapi dengan mudahnya Jotaro dapat memesongkan jurus itu.Kakyoin mula berasa hairan dan berkata bahawa "Tiada sesiapa dapat memesongkan Emerland Splash".Stand Jotaro dengan cepat menangkap kepala Stand milik Kakyoin lalu menggoncang kan nya berkali-kali.Selepas itu Jotaro sudah bersedia untuk baku hantam dan memulakan serangan bertubi-tubi nya,yang berbunyi "Ora Ora Ora Ora Ora"! Akhirnya Kakyoin rebah ke lantai dengan berkata bahawa Stand milik Jotaro mempunyai kelajuan yang tiada tandingan.Jotaro terpaksa ponteng sekolah sementara untuk menunjukkan pengguna Stand yang bernama Kakyoin kepada Joseph.
Holly yang sedang menyapu laman rumah
terkejut melihat anaknya yang mengendong seseorang.Jotaro menunjukkan Kakyoin kepada Joseph lalu Joseph memberitahu bahawa Kakyoin ialah pembunuh upahan milik Dio.Antara punca Kakyoin terlibat ialah Flesh Bud yang diletakkan pada dahi Kakyoin.Flesh Bud yang diletakkan pada Kakyoin adalah supaya Kakyoin dapat mengikuti arahan Dio.Jotaro dengan berani mengeluarkan Standnya lalu menarik Flesh Bud itu.Tetapi Flesh Bud itu menyerang Jotaro semula dengan memasuki bahagian lengan Jotaro dan naik hingga ke kepalanya.Joseph sudah memberi amaran kepada Jotaro tetapi Jotaro endahkannya.Semasa proses itu berlaku, Kakyoin tersedar lalu melihat Jotaro sedang mencabut sesuatu pada dahinya.Tidak lama kemudian, Flesh Bud tersebut tercabut lalu dicampak ke matahari.Mereka berharap mereka dapat sesuatu dari Kakyoin tentang Dio.Selepas Kakyoin sedarkan dirinya Joseph bertanya kepada Kakyoin tentang Dio.Akan tetapi, Kakyoin tidak mengingati apa-apa.Holly datang membawa pembalut lalu membalut kepala Kakyoin.Kakyoin terpaksa bermalam di rumah Jotaro untuk sehari.
Matahari bangkit,Joseph bangun dari tidurnya lalu mencari anaknya, Holly supaya memberinya seluar yang betul.Ketika dipanggil tidak dijawab, Jotaro perlu bersekolah lagi,tetapi ibunya tidak datang untuk menciumnya.Kakyoin mula bangun dari tidurnya yang lena,sementara Avdol berjalan untuk mencari Joseph.Namun,Avdol terlihat pintu dapur rumah tersebut terbuka,lalu Avdol memeriksa dan terlihat Holly terbaring di atas lantai.Avdol dengan cepat memeriksa suhu Holly lalu terdapat suhu yang tinggi dan memeriksa badan Holly dan terlihat Stand milik Holly.Joseph dan Jotaro tiba di dapur melihat Holly terlentang.Avdol memberitahu Joseph hal itu,lalu Joseph menghentam meja disitu dengan rasa marahnya.Mereka membawa Holly ke biliknya lalu membaringkan tubuhnya.Avdol terlihat sesuatu di dalam gambar yang diambil oleh Joseph di kafe pada hari lepas.Jotaro menggunakan Standnya untuk melukis gambar yang terdapat berhampiran gambar Dio.Selepas melukis,terlihat seekor lalat di dalam gambar itu.Avdol berkata yang dia pernah nampak lalat itu sebelum di ke sini.Dengan pantas,Avdol berlari ke perpustakaan rumah Jotaro untuk mencari ensiklopedia tentang lalat itu.Sementara mencari Kakyoin datang ke perpustakaan itu lalu berjumpa Avdol.Lalat yang di dalam gambar itu ialah Lalat yang berasal dari Mesir yang bernama Gray Fly.Mereka pun memulakan perjalanannya.Sebelumbmereka bermula Joseph menelefon Speedwagon Foundation untuk menjaga Holly buat sementara waktu sementara Avdol,yang merupakan seorang tukang tilik menyuruh Jotaro, Joseph,dan Kakyoin untuk memilih satu kad yang dapat menentukan nama Stand mereka.Pengguna Stand Jotaro Kujo,nama Stand Star Platinum.Kelajuan pergerakan yang tidak dapat ditandingi.Pengguna Stand Mohammed Avdol,nama Stand Magician Red.Mengeluarkan api sebagai serangannya.Pengguna Stand Joseph Joestar,nama Stand Hermit Purple.Dapat mengetahui hal seseorang dengan bantuan alat elektronik.Pengguna Stand Noriaki Kakyoin,nama Stand Hieropant Green.Stand yang mempunyai kebolehan jarak jauh dan menembak emerald.Bermulalah perjalanan Stardust Crusaders.