"Alhamdulillah ,akhirnya kita sampai dengan selamat juga "kata Intan girang."so ,korang nak tengok sampai puas ke atau masuk kat dalam "tanya ku apabila perasan yang kami hanya berdiri tegak macam nak nyanyi lagu negara je."of course lah masuk jom"akhirnya setelah penat putar putar sampai jugak depan asrama kitorang nasib baik cleaner tu baik hati nak hantar, tak macam kakak kakak yang tinggal kat sini juga ,teringat tadi masa nak tanya asrama aspuri sebelah mana ,adakah patut mereka jeling je kitorang .
Azwan dan Syahmi pun dah sampai kot,dorm kami memang jauh tapi diorang dekat sikit jadi tak payah nak susah susah cari ,lainlah kami terpaksa naik tangga lah apalah."akhirnya ,sampai"ujar Fiqa kepenatan. tiba tiba pintu dibuka, tiga orang pelajar wanita masuk."eh ,awak berdua ni bilik sini ke patutlah Time nak ambil kunci warden kata kunci dah bagi "kata salah seorang dari mereka."ha,ah"hanya itu yang keluar dari mulutku.
"oh,jadi boleh kita berkenalan"tanyanya."Intan Nafishah ni kawan aku Afiqa."kataku memperkenalkan diri kami."oh ,saya syania ni Sadiah ,satu yang ni pulak Amani ,kitorang adik beradik "jawab syania. "oh patutkah muka korang macam serupa "jawabku.
selepas itu ,mereka mengemas bilik itu sama sama disebabkan syania yang paling tua jadi dia dilantik menjadi ketua bilik,manakala Fiqa pula penolong.aku Sadiah dan Amani adalah ahli ahlinya kami cepat akrab memandang kan kami tidak mengenal siapa siapa jadi kami hanya bergaul dengan ahli bilik sendiri.
"Fiqa ,boleh tak kau tunggu aku kat surau sebab aku nak ambil skaf telekung aku ,tinggallah pulak"ujarku ketika kami menuruni tangga."eh takpe aku teman "Fiqa mengajak ku tapi aku menolak Kerna jarak tangga dengan bilik kami tidaklah jauh mana.
"ok"dia berlari mengikuti Shania dan yang lain Sementara aku menaiki tangga untuk ke bilik. setiba di bilik, aku membuka loker lalu mengambil skaf yang aku maksudkan tadi."Alhamdullillah"ucapku sambil mencium aroma skaf itu yang wangi.tiba tiba lamunan ku terhenti apabila loker Fiqa seperti digoyang atau jangan jangan ada haiwan terperangkap kot"kataku risau.
aku membuka loker Fiqa ,namun yang peliknya tiada apa apa selain baju yang tersusun rapi."aku salah dengar kot"kataku lagi,namun tiba tiba sahaja bulu roma ku berdiri saat merasa ada seseorang dibelakangku.aku merasa Merinding lebih lebih lagi aku tercium bau darah yang kering dan busuk.aku memberanikan diri untuk menoleh.
"ha"jerit Fiqa."Allahuakbar"ucap ku terkejut."ha,tau takut"kata fiqa."kau rupanya, sorry Fiqa aku buka loker kau tanpa izin"kataku merasa bersalah."takpe ,chill lah bro aku tak marah pun"kata fiqa."apasal kau masih tercegat kat sini jom pi surau "kata fiqa."tapi loker kau belum terkunci lagi ni"kataku mengingatkan namun Fiqa tak endah langsung.
"beb,kau masuk dululah aku nak ambil wuduk jap"kata fiqa."ok"jawab ku ringkas sambil membuka selipar Jepun ku ,namun apabila aku masuk aku nampak Fiqa tengah berborak dengan syania siap gelak lagi.jantungku hampir jatuh,aku keluar kembali dan melihat Fiqa tiada ditempat Ambil air wuduk.seketika aku merasa takut aku segera menutup hidung apabila terhidu bau darah busuk dan cepat-cepat masuk ke surau."kenapa kau lambat Intan"tanya fiqa ,aku hanya tayang muka biasa je ,usai solat aku segera ketepi Fiqa."Fiqa kau ada pergi bilik tak tadi masa aku tengah ambil skaf "tanya ku.
"takde aku tak pergi mana mana pun"jawab Fiqa ."Napa kau tanya macam tu"soal Sadiah yang mendengar percakapan ku dengan Fiqa."oh,jangan jangan kau pun nampak "kata Amani lagi."ha ,nampak ?nampak apa"tanya Fiqa heran. "arwah"bisik Amani."macam mana kau tahu"tanya ku pelik."Amani ni memang dari kecik lagi boleh nampak benda benda macam tu"cerita syania."patutlah aku heran dengan nama panggilan yang dia guna tadi tak pernah pernah Fiqa panggil aku beb"kataku sedikit rasa takut mulai terasa.
"Fiqa tadi aku ada buka loker kau "jawabku jujur."oh,takpe asalkan kau tak bawa balik barang aku, "gurau Fiqa aku pula sebenarnya takut untuk terus terang."tapi aku tak kunci sebab arwah yang.."belum sempat aku menghabiskan ceritaku Fiqa memotong,"it's, alright lah Intan ,aku. dah kenal kau hampir 14 tahun tau aku tahu kau takkan bohong aku tanpa sebab"Fiqa cuba menenangkan ku.