ππ‘ππ¨πππππ
" Kau buat apa dekat sini " Afiq .
" Kau lupa ke yang kau masih berhutang dengan family aku ? " Jawab perempuan tadi dengan senyuman yang sinis
" Apa lagi yang kau nak ke semua hutang sudah pun dibayar " .
Syarikat Afiq telah banyak dibantu oleh Dato Hisyam . Apabila Afiq menolak tawaran untuk menjadi menantu dato Hisyam dia mengungkit segala bantuan yang diberi dan meminta Afiq untuk membayarnya semula jika tidak Afiq perlu mengawini anak dara nya itu .
" Nope , adik kau yang masih berhutang dengan aku "
" Itu soal adik aku kenapa perlu libatkan aku dalam urusan adik aku " soal Afiq yang mula bengang dengan sikap wanita itu .
" Kau nak hutang terbayar atau pun kehilangan segalanya termasuklah family kau . Senang je kau just ikut segala arahan aku sampai masa kita break okay "
Atas sebab kasihan dengan adik Afiq . Afiq terpaksa menerima segala syarat wanita itu " Maya " untuk menglangsaikan hutang tersebut .
Kerana nila setitik rosak susu sebelanga .
ππ£π ππ‘ππ¨πππππ .
Afiq teringat segalanya semasa dia sedang berdoa kepada tuhan untuk mempermudahkan segalanya .
Air mata mula menggalir , dia masih risaukan aten yang masih tidak pulang ke rumah .
Risau yang teramat sudah merata rata tempat dia mencari aten tetapi masih tidak jumpa .
Seminggu sudah berlalu ketiadaan aten di rumah menjadikan rumahnya itu tunggang langgang . Makan pun tak kenyang , tidur tak lena , mandi tak basah hanya kerana dia risaukan isterinya itu .
" Abang rindu kan sayang " hanya itu yang mampu dia ucapkan .
Tutt tutt tutt ...
Satu panggilan telefon masuk tanpa membuang masa afiq terus mengangkat nya mungkin aten yang menelefonnya .
" Hello sayang , sayang ada dekat mana abang rindu kan sayang "
" Emm hello afiq ni ayah ni "
Muka afiq kembali pudar apabila mendengar jawapan yang di beri .
" Afiq ada benda yang ayah nak beri tahu soal aten . Aten berada dirumah ayah nak , datang lah kemari pujuklah isteri mu ini . Jangan bersikap ego dengan wanita kerna wanita itu lebih ego sifatnya "
" Terima kasih ayah , afiq dah mencari aten dimana mana tetapi masih tak dijumpai . Baiklah afiq akan datang sekarang . "
" Afiq kalau boleh jangan beritahu aten ayah yang suruh kamu datang sini ya , okaylah kalau macam tu assalamualaikum "
" Waalaikumusalam " .
Selepas mematikan panggilan air mata mengalir dipipi afiq syukur aten tidak apa apa .
" Ya allah kau lembutkan lah hati isteri ku ini ya allah " doa afiq lalu mengemaskan baju nya .
.
.
.
.
Sampai sahaja di rumah ibu ayah aten . Pantas afiq memantikan enjin dan keluar dari kereta . Kelihatan rumah itu sunyi sepi afiq taknak membuang masa lalu dia memberi salam sebelum memasuki kedalam rumah itu .
Tiada siapa di dalam rumah hanya bunyi kipas sahaja yang didengarinya .
" Waalaikumusalam , afiq dah sampai duduklah dulu " jawab seorang wanita yang kelihatan berumur itu .
" Ibu " afiq mencapai tangan wanita itu lalu disalam nya .