Chereads / ASRAMA AKU BERPUAKA / Chapter 3 - apa benda tu ?

Chapter 3 - apa benda tu ?

Aku sangat mengharapkan sesuatu benda baru terjadi pada hidupku.sudah 2 bulan aku di asrama aku sudah membiasakan diri aku dengan kehidupan baruku ini.Sehinggalah pada suatu hari bila aku bersama rakan-rakanku hendak tidur tiba tiba kami ternampak sesosok bayangan yang gelap menuju ke ruangan dorm kami. Kami semua sudah tidak dapat membayangkan apa yang akan kami lalui pada waktu itu.Bayangan itu semakin lama semakin mendekati aku sudah berfikiran celaru untuk memikirkan apa yg akan jadi.Apabila bayangan itu semakin medekat terpaparlah wajah abg senior kami yang agak menyebalkan.Dia hanya mengetawakan kami apabila melihat raut wajah kami yang dalam ketakutan.Abg senior kami berhajat hendak tidur di dorm kami kerana salah satu kipas di dorm mereka rosak.Kami semua telah menurunkan tilam dr katil untuk berkongsi tempat tidur dengan senior kami memang kebiasaan semua penghuni asrama berkongsi tempat tidur dengan penghuni lain.Kami semua membawa turun tilam masing ii untuk berkongsi tempat tidur.Ketika aku mahu melelapkan mataku salah seorang senior kami menanyakan jika kami mahu mendengar satu cerita sebelum kami semua tidur dan dari situlah semua orang dari dorm lain sudah mula memenuhi dorm aku dengan penuh sesak senior kami cuba untuk mencari ruang untuk bercerita.