"Miss....let's go."
Ltn. Hans menggamit aku supaya masuk ke dalam perut kereta. Dan aku dengan muka terpaksa perlahan-lahan patuh dan ikut arahan darinya. Tapi sebelum aku menghilang dalam perut kereta, sempat lagi aku mencari kelibat lisa ataupun collin.
Tapi malangnya...
Mereka tak ada.
"Miss?"
Suara garau ltn. Hans bergema. Dan dengan nafas berat, aku masuk ke dalam limousine. Duduk dilabuhkan di sebelah seorang pengawal yang dari tadi menunduk dan memeriksa earpiece di telinga kanan.
Dan jauh di tengah limousine sana...ada dia. Lelaki berambut keemasan yang sedang menunduk dan baca buku tebal di atas riba. Sangat khusyuk . Seolah mata dan fikiran dia tenggelam dalam tulisan di atas helaian kertas. Lama aku memerhati dia sebelum aku akhirnya berpaling pada tingkap kereta.
Sekejap. Ada something wrong dengan semua ni. Pengawal di sebelah, aku pandang laju.
"Kenapa saya kena pergi istana? Saya tak buat salah apa-apa..."
Dan si pengawal angkat wajahnya memandang aku. Aikk....dia...
"Puteri. "
Bibir merah darah miliknya terjungkit senyum smirk. Seperti biasa.
Badan aku mengeras. Terkejut dan bingung dalam masa yang sama. Dia yang berambut hitam pekat terus merapatkan kedudukan antara kami dan berbisik rapat. Sangat rapat hingga bauan mint mencucuk hidung aku.
"I come for you so dont worry. "
Deru hangatnya jatuh mengucup cangkerang telinga aku di sebelah kanan. Hangat dan suam. Hingga aku dapat rasa seolah satu renjatan membidas jiwa aku untuk rasa gembira dan selamat kerana dia.
Dia...collin.
"I'll protect you."
Dan tu ayat terakhir dari bibir collin sebelum dia menjarakkan kedudukan kami. Earpiece di telinga dia betulkan dan renungannya jatuh pada tingkap kereta. Dada aku berombak dan tak semena pipi aku terasa hangat. Gila. Hormon manusia perempuan memang macam ni ke?
Mudah blush dan rasa seolah ada naga berkepak dalam perut?
Kemudian aku berpaling ke tingkap di sebelah aku. Anak mata aku jatuh memerhati kawasan sekitar yang sangat sepi tapi bersih dengan pepohon hijau. Dan lama lepas tu...kereta mula masuk dalam perkarangan istana yang...
Mata aku membulat.
Gila.
...istana yang sangat besar dengan ukiran fairy tale seolah istana dongengan disney.
"Am i gonna be a pwincessa?"
Perut aku memulas. Perasan. Tapi mata aku masih tertancap penuh pada ukiran istana. Istana yang sangat putih dan di bahagia dinding ada patung cupid yang memegang busur panah. Dan di sebelah lagi ada dua patung manusia yang sedang berpegang tangan. Patung couple.
Perut aku semakin memulas. Entah kenapa. Mungkin sebab ni pertama kali aku akan jejak dalam istana manusia.
Kereta terus bergerak hingga ada satu kumpulan perempuan muda dalam pakaian putih merah berlari dan membentuk satu laluan kepada kami dan kereta berhenti dari bergerak. Pantas si pengawal keluar dan bergerak ke tingkap sebelah aku dan duke. Dan kemudian dibuka pernuh cermat. Collin di depan tersenyum ringkas pada aku sebelum aku keluar dari perut kereta.
"My lady..."
Seorang perempuan datang dan menunduk hormat di depanku dengan sebelah tangan di letak pada dada. "Welcome to hedgecastle. My name is anara from the left hedgecastle wing."
Dan satu bunga diserahkan kepada aku. Bunga lavender. Aku teragak-agak...tapi bila aku nampak senyuman dari bibir collin, terus aku ambil bunga tu dan dipegang erat.
Lepas tu perempuan tadi menggamit aku untuk mengikut langkahnya ke kumpulan gadis muda tadi. Dan bila aku dah terpacak depan mereka...mereka masih lagi bow pada aku. Entah kenapa. Aku bukan duchess atau princess pun. Aku hanya lah...seorang manusia biasa dari rosepetal yang tiba-tiba masuk dalam dunia khayalan seorang manusia.
Puteri in the worderland?
Mungkin juga.
"My lady...mereka semua adalah royal maid di hedge castle. Semua yang lady minta....mereka akan tunaikan. Dan mereka semua memang ditugaskan untuk menjaga lady di sini. "
Perempuan tadi...anara berkata penuh cermat dan tersenyum ringkas di depan aku. Lantas semua gadis muda tadi mengangkat wajah dan tersenyum manis. Semua...sangat cantik dan berwajah lebih kepada barat.
"Jom lady. Saya perkenalkan dalam istana."
Anara terus menggamit tangan aku supaya mengikut langkahnya. Pintu gerbang emas dibuka dan mata aku sekali lagi membulat bila mata aku jatuh pada ruang istana yang sangat sangat cantik dengan kilauan kristal swarovski dan emas.
Di tengah istana ada tiang besar yang dililit cantik dari atas ke bawah dengan permata ruby dan kristal swarovski. Senang cerita...istana ni tak ubah seperti istana emas-swarovski dan ruby. Sama seperti seorang duke russel.
Seorang duke mereka yang sangat misteri.
"My lady..."
"Panggil saya puteri aje. Saya bukan princessa. "
Langkah anara terhenti. Bibir merahnya terjungkit senyum dan memerhati aku yang mematungkan diri di sebelah tiang besar.
"Maaf lady. Tapi kami perlu mengikut protokol istana."
Dan kemudian anara terus melangkah ke satu ruang. Ruang yang penuh dengan bilik-bilik kecil macam ruangan hotel dan langkahnya terhenti di depan pintu bilik yang ada ukiran bunga lavender.
"Ni bilik lady. Nanti saya akan hantar qaura kepada lady untuk beritahu jadual lady di sini."
Anara bow sekali lagi pada aku dan tanpa sempat aku membuka mulut...kelibat anara dah menghilang. Perlahan-lahan aku membuka pintu dan semerbak bau lavender mencucuk hidung. Wangi.
Langkah aku diatur penuh cermat ke dalam bilik. Wait. Kenapa aku ikut cakap mereka.
Bila aku toleh ke belakang...ada dua orang gadis yang menunduk di depan pintu.
Well...nampaknya memang aku saja cari pasal. Jam di tangan aku renung. Pulul 10 malam. Ada dua jam lagi. Aku kena pulang ke rosepetal. Wajah aku angkat merenung mereka.
"Saya nak balik. "
Dan langkah aku aturkan ke arah mereka.
Bila kaki aku mendekat, mereka terus tarik aku ke dalam dan pintu bilik dikunci.
Taguna.
"Maaf lady. Tapi lady tak dibenarkan balik tanpa kebenaran duke russel."
Seorang gadis yang bernametag qaura berkata.
Muka aku berubah.
"Saya nak balik. Awak cakap dekat duke kesayangan awak tu...saya tak kira. Saya tetap nak balik. "
Kini giliran wajah qaura dan zana yang berubah. Badan mereka mengeras tetapi tak lama. Tak lama sebelum mereka tersenyum manis.
"My lady. Kami tak boleh buat semua tu. Kalau tak kami akan dipancung. Maafkan kami. Semua yang lady minta kami akan tunaikan kecuali keluar dari istana."
Aku mendengus. Geram. Aku tak ada pilihan.
"Jadi kenapa bawa saya ke istana? Nak pancung saya?"
Qaura dan zana ketawa serentak sebelum zana bergerak ke arah almari kayu di tepi dinding. Pintu almari dibuka dan serentak baju gaun dan corset menyapa mata.
Dah kenapa pulak.
"My lady.....tujuan lady di sini di atas arahan duke russel. Jadi bukan tempat saya untuk beritahu lebih lanjut. Tapi apa yang lady perlu tahu...malam ni lady akan dihadapkan di depan duke russel. "
Dada aku berombak.
"Kenapa?"
Baru anara nak membuka mulut...aku nampak tubuh anara mengejung dan dengan pantas dia menunduk.
"Too much questions."
Suara husky di belakang. Serentak sekali dengan tubuh aku mengeras. Aku...kenal sangat dengan suara husky di belakang. Suara yang dalam dan penuh macam seculas vermillion merah basah miliknya. Tanpa menunggu anara dan zana bow sekali lagi dan keluar dari bilik.
Dada aku mula berombak. Lagi-lagi bila telinga aku dengar derap kaki yang melangkah di belakang.
Tap.
Tap.
Tap.
"...but interesting in the same time."
Suara husky miliknya bergema lagi. Serentak dengan bauan lemon dan sage bersatu dengan bauan lavender.
Tap.
Tap.
Liur sendiri aku teguk. Kaki terpasak pada lantai bilik. Tak boleh bergerak.
Tap.
Tap.
Dan deru nafas seseorang mendesah kasar di belakang. Roma aku tegak.
Tap.
Langkah terhenti. Betul-betul di belakang aku. Mata aku tertancap penuh pada dada cermin di depan. Jelas seorang duke keemasan yang berdiri angkuh tanpa senyum sedang merenung aku atas bawah dengan renungan misteri.
Gulp.
"Lavender."
Mata rubynya tertancap pada rambut aku yang merah terang dan bauan tubuh aku dihirup.
Badan aku mengejung.
"Sweet but dangerous."
Kaki slender miliknya terus melangkah.
Tap.
Tap.
Dan berhenti tepat di depan aku. Bau takut pada diri ini dihirup kasar tanpa segaris senyum. Creepy.
Bulu roma aku tegak.
"Puteri...huh?"
Matanya mengecil sambil merenung anak mata ruby milikku. Lama. Seolah ruby aku sekali lagi tenggelam dalam ruby hitam miliknya.
Misteri.
"Who are you my dear?"
Tap.
Selangkah dia ke depan. Ke arah aku. Dan sebelah tangannya menyauk kasar pinggang ini dengan keadaan tapak tangan menolak pinggang aku ke depan. Supaya kedudukan kami lebih rapat.
"No one...."
Muka dia dekatkan ke muka aku. Dan deru hangatnya mula mengucup kulit wajah aku.
"Tiada siapa berani melawan anak mata beta." Dan kehangatan bibir merah duke russel menghantar satu renjatan misteri ke dalam tubuh aku.
"No one...dare to look at my precious ruby."
Dan belakang aku ditolak ke depan lagi. Lagi dan lagi sehingga pucuk hidung kami bersatu.
Liur sendiri aku telan. Takut.
"Who are you?"
Soalan sama diulang dan spontan aku menjawab.
"Puteri?"
Jawapan paling bodoh dari mulut aku di depan seorang duke manusia. Dan kemungkinan besar aku akan dipancung nanti. Tapi sebaliknya berlaku.
Sebaliknya bila...si duke russel hanya ketawa tajam sambil matanya masih jatuh pada anak mata ruby milikku. Belakang aku ditolak lagi. Seretak pucuk hidung dia jatuh mengucup pucuk hidungku.
"Weird but delicious."
Renungan si duke russel semakin tajam. Dada aku kembali sesak. Pantas aku tolak dada dia dengan secebis keberanian dalam diri ini...dan dia melepaskan aku dengan mudah.
Tangan dimasukkan ke dalam poket sambil renungannya masih di sini. Pada wajah aku yang mungkin pucat kerana takut.
"Saya...saya nak balik."
Si duke tersenyum tajam. Tubuh tegap dia berpaling membelakangi aku dan langkah di atur penuh gaya ke arah almari kayu yang menempatkan baju. Jari panjang dia bermain dengan fabrik lembut dan tak sampai seminit, gaun merah dikeluarkan dan di letak atas katil.
"I choose this."
Selamba. Muka aku berubah. Dia ingat aku pelacur ke? Kalau dia tahu aku ni siapa...mesti dia berhenti dari layan aku macam ni. Penumbuk aku genggam.
Tiba-tiba terasa bodoh sebab anggap manusia di sini sama dengan manusia di kerajaan aku. Langkah aku aturkan setapak ke arah duke.
"I'm not a whore."
Mata aku berubah tajam. Tangan digenggam kuat hingga kuku sendiri terbenam pada telapak tangan. Sangat kuat hingga bau ferum mula mencucuk hidung.
"And i'm not gonna be yours forever."
Si duke berpaling ke arah aku. Dengan raut wajah dia yang kembali dingin seperti salju.
"Who ask you to be my whore?"
Tap.
Langkah di atur setapak ke arah aku. Dan dengan kelajuan cahaya, dagu aku didongak kasar.
"Who are you my little red rose?"
Muka didekatkan ke muka aku.
Gila.
Tubuh aku mengeras dengan setiap perlakuan dia. Muka dia dekatkan lagi sehingga pucuk hidung kami bersatu. Dan bauan lavender dihirup kasar. Liur aku telan. Kesat.
"Who are you to me?"
Bibir merahnya terjungkit tajam. Seolah dia saja menggertak aku. Dan ya. Dia berjaya. Sangat berjaya bila tubuh aku mula menggigil takut.
"I'm not your whore."
Dada dia aku tolak dengan tangan yang menggigil. Tapi malang....malang bila tubuh tegap dia langsung tak bergerak. Si duke di depan tersenyum tajam dan muka didekatkan lagi.
"Speak sweetie...or i gonna kiss you hard"
Dan senyuman pada vermillion miliknya semakin tajam. Tubuh aku semakin kuat menggeletar takut. Pipi pula berubah hangat.
Tangan aku pada dada dia dapat rasa betapa laju jantung dia berdegup. Laju. Sangat laju. Sama macam aku yang mungkin akan jadi gila dengan setiap langkah si duke emas ini.
"Saya bukan..."
Dan deru nafasnya beralih ke bawah. Pada atas vermillion milik aku.
Tubuh aku makin menggeletar. Takut.
"You are so pure and red. "
Deru hangatnya hinggap pada vermillion aku tapi tak sampai sesaat dia jarakkan kedudukan kami. Tangan dimasukkan ke dalam poket seluar sambil anak matanya hingga pada wajah aku.
"I'm gonna take you as my equal."
Dan kemudian tubuh duke russel menghilang dari ruang bilik aku. Lutut aku terasa lembik dan aku terduduk atas karpet. Seketika aku rasa dada sendiri. Dada yang masih berombak takut kerana seorang duke yang gila.
Apa maksud dia dengan..
'I'm gonna take you as my equal?'