Jam besar di dinding merah berdetik penuh sakti. Kerana setiap kali, ia berdenting...akan ada beribu 'manusia' yang keluar di sebalik celahan dinding yang kami namakan...
Rosepetal.
Dan ketika ribuan 'manusia' yang keluar....ada antara mereka yang bawa 'sesuatu' dengan mereka. Sama seperti aku.
Aku pun...bila keluar dari rosepetal..akan bawa pin rambut yang dihias cantik dengan mahkota. Pin rambut lama.....tapi bagi aku. Ia sangat berharga. Seolah ada rahsia yang terselit pada celahan mahkota yang semakin memudar warnanya. Tapi...batu emerald masih kukuh di atas mahkota pin yang aku bawa.
Dan di bawah batu emerald tu..ada tulisan berangkai yang tertulis 'ratu'.
"Puteri....hari ni kau nak ikut kami?"
Lisa perlahan-lahan muncul dan dengan pantas, bahu aku dipeluk erat. Mata dia semakin bersinar bila langkah kami diatur ke arah sebuah sekolah.
"Mestilah. Kali ni...aku kena cari dreammate aku. Kau lain lah....dah jumpa."
"See the pretty leg here."
Si lisa dengan bangga tunjuk kaki dia yang putih melepak. Dan lepas tu...tawa kami bersatu. Tubuh kami menjadi ringan dan seterusnya....kami melayang di udara. Tali keemasan yang penuh dengan sakti terus menari di sebalik celah gown merah yang kami pakai. Dan hanya di sini....kami boleh bertemu mereka.
Dreammate kami.
Tujuan kami...keluar dari rosepetal hanya ada satu. Iaitu...cari 'seseorang' yang mampu putuskan tali keemasan pada kami....dan kemudian...baru kami boleh menjadi seperti mereka.
"Puteri....omaigash...my hot boy is there!"
Jeritan lisa menghentam aku yang masih berkhayal. Terus aku pandang ke bawah. Ke arah seorang lelaki yang berkulit hitam manis. Dan bila kaki dia mencecah padang yang menghijau, terus bola ditendang penuh gaya.
"He's so hot right?"
Suara lisa menjerit di sebelah. Tangan dibawa ke mulut dan ditutup rapat. Over betul si lisa. Tapi...mata aku pun turut jatuh pada tempat yang sama. Dan seketika nafas aku terhenti. Bila di hadapan aku...
Tak.
Bila anak mata aku jatuh pada batang tubuh collin dalam suit berwarna hitam sambil merenung aku tajam.
"Puteri. Aku pergi dulu."
Lisa yang melihat kelibat collin terus turun ke arah padang. Aku tahu sangat....si lisa ni takut dengan collin. Mungkin sebab collin lain dari kami....dan mungkin juga sebab collin ada satu aura yang boleh buatkan kau rasa...kau ada buat silap besar.
Sama macam aku.
Aku pun rasa...seolah aku ada buat silap besar dekat collin. Batang tubuh collin melangkah penuh cermat ke arah aku dan serentak tali emas pada gaun aku ditarik perlahan. Sangat perlahan tapi dengan rentak perlahan tu sudah dapat bawa aku ke pusat graviti.
Ke arah tubuh collin yang tegap terpasak pada tanah rerumput yang menghijau.
"Puteri."
Dan tubuh aku ditarik rapat bila kaki aku sudah menjejak tanah. Collin di depan terjongket senyum smirk dan tali emas aku dilepas dengan mudah.
"Still want to find your dreammate huh?"
Dengusan kasar keluar dari bibir merah darah collin sambil anak mata kami bersatu lama. Seolah hitam dan ruby bersatu dalam kedinginan petang yang dilabuhkan suria.
Sebelah bahu aku terjungkit. Sekali dengan bibir sendiri.
"Maybe."
Nada bergurau.
Dan sekali lagi collin di depan mendengus kasar. Sebelah tangan dibawa ke pinggang aku dan dengan kelajuan cahaya, terus tubuh kecil aku ditarik mendekat. Sangat dekat sehingga aku dapat hidu bauan mint pada tubuh dia.
"You have me. Why?"
Husky.
Penuh autoriti dengan sebelah tangannya yang mula menolak belakang aku ke depan. Supaya muka dia sedikit terbenam pada ceruk leher aku. Dan nafas suamnya jatuh mengucup cangkerang telinga kananku.
"Collin."
Degup jantung aku yang menggila, aku hiraukan. Langkah aku undur setapak ke belakang. Menjauhi collin. Dan collin dengan mudah lepaskan aku. Anak mata kami bersatu seketika sebelum aku toleh ke tempat lain.
"You knew it already. "
Aku menutur dalam nada yang rendah. Yelah. Bukan collin tak tahu. Apa niat kami keluar dari rosepetal kalau bukan untuk mencari dreammate kami? Collin tahu semua benda pasal kami walaupun dia bukan satu spesies dengan aku.
Kasut sendiri aku lagakan antara satu sama lain. Rasa tak selesa. Mungkin sebab umur kami dah meningkat walaupun aku dah kenal collin dari kecil. Tapi entah kenapa...semakin hari...ada satu rasa pada diri aku. Seolah aku jadi malu dan segan dengan collin.
"Puteri. Just forget it."
Collin melangkah setapak ke depan. Bahu aku dipegang kejap sambil dagu aku disauk ke atas. Supaya renungan kami bersatu. "Forget about it. And follow me. "
Dan bauan mint semakin hangat mengucup kulit muka sendiri. Panas. Mungkin kulit muka aku dah berona merah macam tomato masak. Laju aku berdehem dan menjauh dari collin. Bahaya. Collin ni tak ubah seperti ular. Kadang-kadang dia akan menyelit pada tubuh kau dalam diam dan cermat tapi kalau kau tak berhati-hati...mungkin patukan dia akan singgah pada kulit tubuh kau.
And yes...he's sweet like a venom.
Atau lebih cermat dari werewolf di dunia.
"Collin....kita dah cakap pasal benda ni banyak kali. And you know what....saya nak cari maklumat pasal diri saya. Kenapa saya lahir macam ni. "
Jari sendiri aku halakan pada tubuh aku yang tegap terpasak pada bumi. Atau lebih tepat lagi..pada leher aku yang dihias dengan parut jahitan.
Collin di depan diam membatu. Entah apa yang dia fikirkan sebab hanya aku yang boleh nampak parut ni....dan tak akan ada manusia lain yang boleh nampak kecuali dreammate aku. Sebab tu...aku nak cari dia.
"Okay. It's fine. You can find him. "
Collin mengeluh lemah. Anak mata hitamnya menggelap dan dalam seperti biasa. " And then what?" Sebelah tangan mula meraih tangan kanan aku dan dibawa rapat ke dada.
Supaya aku rasa degup jantung dia yang menggila.
"Are you gonna leave me?"
Dan suara husky collin mula tenggelam dalam bauan mint miliknya. Aku di depan diam seketika sebelum aku tersenyum ringkas. Tak mungkin aku akan tinggalkan collin. Sedangkan collin dah jadi sebahagian dari hidup aku. Jadi...untuk soalan collin.
Aku tolak tapak tangan aku lebih rapat ke dada dia. Supaya aku dapat hayati rentak jantung seorang collin.
"I'm not. "
Aku melangkah setapak ke depan. Bibir sendiri aku terjongket gaya smirk. Saja aku tiru gaya collin. "Because of you."
Dan senyuman puas pada bibir merah collin. Tangan aku pada dada dia, dia genggam erat. Sangat erat. Seperti dia takkan lepaskan tangan aku lagi. Bauan mint semakin kuat mencucuk hidung. Sama seperti renungan kami yang bersatu dalam ruang masa yang misteri. Sangat lama hinggalah ada suara garau tegur kami dari belakang.
"I'm sorry to disturb you..but collin."
Suara garau dari lucas menyapa gegendang telinga. Serentak pandangan kami jatuh pada tubuh lucas dalam pakaian hitam dari atas hingga ke bawah. "...they got some bullshit there."
Dan dengusan kasar lucas disambut dengan dengusan kasar milik collin. Wajah putih pucat collin berubah ketika lucas berbisik rapat di telinga tentang sesuatu. Sesuatu yang mungkin...sangat penting bagi spesies mereka. Hingga raut wajah collin jadi marah dan tegang.
"So how?"
Lucas berundur setapak. Tetapi anak mata dia masih jatuh pada wajah collin.
"Drag them into the dungeon or just kill them?"
Sebelah tangan menarik rantai besi keluar dari celahan baju hitamnya. Dan serentak anak mata lucas bertukar gelap seperti malam tanpa bintang. Aku yang memerhati diam sebelum aku berundur setapak. Creepy. Menyesal tak lari dari tadi.
Collin di sebelah tersenyum tajam tapi sempat dia raih tangan aku dan dikucup ringkas.
"I'll back."
Dan kemudian mereka menghilang di sebalik pepohon yang tegak terpasak pada tanah hitam. Aku pula hanya diam dan pandang jam di tangan. Dah dekat pukul 6 petang. Mungkin aku patut balik. Gaun merah yang tersarung pada tubuh aku betulkan dan baru kaki aku melawan pusat graviti.....
Tali emas pada tubuh aku ditarik kuat. Sangat kuat. Sehingga tubuh aku berpaling ke belakang dan mata ruby aku tertancap penuh pada batang tubuh di depan. Lebih tepat lagi...pada dia. Lelaki yang berambut kuning keemasan dalam suit putih. Dan mata dia...
Mata dia merah kehitaman.
"Finally....i found you."
Tali emas pada gaun aku terus ditarik hingga akhirnya tubuh kecil aku melekap pada tubuh tegap dia di depan. Dan bibir merah miliknya terjungkit tajam.
Dengan suara dia...
Tajam.
Intoxificated.
Hingga aku rasa lemah dan terpukau dengan suara dia.
Sebelah tangan kekar miliknya berpaut pada pinggang aku dan tapak tangan dia melekap pada belakang tubuh aku. Dan kemudian...belakang tubuh aku ditolak perlahan ke depan dengan mudah. Supaya anak mata ruby kami bersatu.
Dan ya.
Mungkin juga anak mata ruby aku akan tenggelam dalam lautan merah api milik dia.
"You're mine. "
Suara sensual terkeluar dari seculas vermillion basah miliknya. Aku di depan diam kerana terkejut. Tapi bila aku dah kembali sedar...terus aku berundur setapak. Menjauh dari dia. Dan dia pula hanya melepas aku dengan mudah.
"Who're you."
Suara aku perlahan. Sambil anak mata aku tertancap pada sebelah kiri dan kanan kami. Dalam sepuluh orang lelaki dalam suit hitam dan spek hitam atas batang hidung masing-masing. Pelik. Sepanjang aku hidup..tak pernah lagi aku nampak mereka.
Dari mana?
Takkan dari nirwana pulak?
Lelaki di depan berdiri angkuh walaupun muka dia kembali beku mengalahkan salju. Kedua tangan dimasukkan ke dalam poket seluar dan dada ditegak. Gaya formal seorang...
"Duke Duncan Edan Russel of Springbrook."
Seorang lelaki bersuit hitam yang tadi berdiri di belakang duke Edan mula mara dan bow pada kami. Memperkenalkan seorang duke mereka kepada aku.
Wait.
Duke from springbrook? Seriously.
Mata aku membulat. Terkejut sebab lelaki di depan aku bukan lelaki biasa dan yang paling penting...mereka bukan dari rosepetal macam aku. Tapi mereka dari bumi realiti.
Macam mana....
Mereka boleh nampak aku?
"And i...liutenant hans from hedgecastle. Nice to meet you."
Ltn. Hans bow sekali lagi pada kami sebelum dia kembali ke posisi asal dia. Di belakang duke Edan. Aku teguk liur sendiri. Kesat. Tubuh sendiri mula menggigil takut. Kalau mereka boleh nampak aku...
Maknanya...
Mata aku kembali jatuh pada gaun yang tersarung pada tubuh sendiri. Gaun merah yang dililit tali emas kini dah bertukar kepada gaun putih tanpa tali. Dan hanya bercorak bunga lavender kecil.
Aku ni...
Tak mungkin.
Lutut aku menggeletar takut.
Tak mungkin.
Sebelah tangan naik menutup mulut sendiri. Sambil mata aku jatuh pada tubuh duke Edan di depan. Duke yang berdiri angkuh tanpa suara dan hanya merenung aku macam aku ni makhluk asing yang jatuh atas bumi.
"Are you okey miss?"
Suara ltn. Hans membelah sepi antara kami dan aku hanya diam tanpa suara. Mata kembali jatuh pada kaki sendiri yang terpasak kukuh pada bumi. Badan aku berat.
Jadi aku sekarang...
Seorang manusia?
"Bring her to the castle. "
Suara husky dari bibir merah seorang duke. Dan kemudian dia melangkah ke arah kereta panjang hitam. Limousine. Pengawal di kiri kanan memberi laluan dan menunduk hormat pada dia. Sehingga tubuh duke Edan menghilang dalam perut limousine...mereka masih lagi bow.
Sementara aku...hanya diam macam orang bisu.
"Miss. Can you follow us?"
Ltn. Hans berpaling ke arah aku dengan gaya sama seperti tadi. Menunduk hormat pada aku. Kali ni...mata aku terkedip-kedip pandang wajah ltn. Hans.
"Pergi mana?"
Lurus soalan yang terkeluar. Sampai aku rasa nak aje cepuk mulut sendiri. Ltn. Hans tersenyum ringkas dan tangan kiri di belakang tubuhnya diarah ke satu tempat. Ke arah kereta di mana duke Edan menghilang tadi.
"Hedgecastle. "
Dan nafas aku yang berombak tadi mati. Mati dalam kedinginan suam sejuk realiti seorang manusia.
🧚🧚
He is the greatest metaphor
In the story,
The sweetest king in the talk,
The sneeky venom in the daylight,
The owner of red juicy lips,
But no one know the truth,
That he will kill the soul in the end.
So there he go..
Duke Duncan Edan Russel of Springbrook
🧚🧚