Chereads / DreamHole | CrushTaker / Chapter 3 - chap_3|...as a hostage

Chapter 3 - chap_3|...as a hostage

Tali kuda aku tarik lembut sambil sesekali aku menyeringai sakit. Sampai di tepi tasik, terus aku hentikan  langkah kuda dan laju aku turun ke bawah. Sebelah tangan laju selak lengan baju ke atas. Dan kulit bahu aku yang basah dengan cecair merah likat menyapa mata.

Sakit.

"Macam mana aku boleh cuai macam ni..."

Tangan ligat mencari serpihan kain pada tubuh sendiri sebelum akhirnya aku ambik keputusan untuk guna skarf hitam. Lepas tu, kain tadi dililit pada luka yang terbelah pada bahu sendiri. Berkerut muka aku masa buat tu. Gila tak sakit. Rasa sampai ke tulang aku sakit ni.

Sambil rawat luka, aku melilau ke sekeliling. Mencari kelibat adwa. Ni...kalau adwa tahu aku luka macam ni...mesti dia tak bagi aju pergi berperang lain kali.

Ingatkan adwa...terus aku tersenyum nipis. Adwa yang baik. Adwa yang caring. Adwa yang sentiasa berlembut dengan aku walaupun aku sentiasa melawan cakap dia. Selama 7 tahun aku tinggal di empayar sultan mansur....adwa tak pernah lagi abaikan aku. Bila aku perlukan adwa...adwa mesti ada dan tolong aku mana yang patut.

"Assalamualaikum....ya adra."

Suara halus dari belakang. Maka..aku dengan laju terus toleh dan mata aku jatuh pada sekujur tubuh wanita dalam pakaian abaya hitam. Matanya yang dicelak nipis mengecil bila melihat luka di bahu aku. "Astaghfirullahalazim...adra..kenapa dengan bahu kamu ni.."

Dengan lembut, lady ville meraih lengan aku dan ditilik dengan dahi berkerut. "Teruk nya." Dan kemudian beralih pada anak mata aku. "Macam mana boleh jadi macam ni?"

Aku yang mendengar terus sengih tak bersalah. Wajah lady ville aku pandang tak berkelip. Lady ville adalah ibu kenapa kak humaira. Dia tinggal di sekitar bandar. Mungkin dia lalu di sini tadi.

"Kena pedang . But it's okey."

"MasyaAllah...okey apanya ni. " Lady ville tarik tubuh kecil aku supaya ikut langkah panjang dia ke satu arah. Aku hanya diam dan memerhati sekeliling. Tanah Nur. Kawasan ni..lebih tenang dengan tasik dan sepanjang tasik..akan ada kedai kecil. Tubuh aku terus diheret ke satu kedai kecil. Kedai yang penuh dengan bau ubat dan keperluan peribadi mungkin.

"Lady...adra okey aje ni. "

"Nope. "

Lengan aku terus ditarik oleh lady ville hinggalah kami jumpa satu bangku coklat di tepi dinding kedai. Lady ville yang masih membebel perlahan terus tolak tubuh aku supaya duduk atas bangku. Aku hanya mampu tersengih macam kerang busuk.

Ehhh..

Apa barang adra assafiyah yang cantik ni disamakn dengan kerang busuk.

Muka aku berubah masam dengan suara yang bermain di kotak fikiran.

"Tunggu sini kejap."

Dan kelibat lady ville dalam abaya hitam terus menghilang di sebalik rak-rak putih yang penuh dengan ubat. Aku di atas bangku hanya diam menurut dan sesekali mata aku jatuh pada bahu sendiri. Cecair likat dah berhenti mengalir tapi bau ferum masih kuat menerjah rongga hidung.

Hulamak....gila tak sakit. Mahu terbelah aku rasa bahu aku ni.

"Adra...biar lady tolong bersihkan luka tu."

Lady ville tiba-tiba muncul dengan plastic bag di tangan. Melihat aku yang terkebil-kebil...terus satu cubitan singgah di pipi kanan aku. "Ya tuhan...kenapa laa si adra ni degil sangat..."

Dan bebelan lady ville terus memanjang dari tadi. Duduk dilabuhkan di sebelah aku dan dengan perlahan, lengan baju aku diselak hingga ke atas. Nasib baik..kedai ni ada ruang privasy. Kalau tak...sia-sia je aku dedah aurat hari ni.

Tangan panjang lady ville terus carik kapas dalam plastic bag dan dicelup dengan sedikit iodin. Lepas tu..dengan lembut dia sapu pada bahu aku.

"Teruk luka ni adra....kalau tak rawat awal...mesti kena kuman nanti. "

Aku hanya tersengih. Seketika aku mula teringatkan adwa. Mana adwa ni? Dari tadi tak nampak. Biasa lepas habis perang..mesti kami akan lepas dekat tanah Nur...atau adwa terus balik ke khemah hari ni?

"Ouh adra...luka pulak lady nak tanya...mana adwa?"

"Dah balik ke khemah mungkin."

Aku jawab perlahan. Lady ville di depan terus menggangguk perlahan sambil tangan ligat membalut luka di bahu aku. "Alhamdulillah. Baguslah kalau macam tu. Risau lady. Ingatkan pemuda yang ditangkap di tanah merah tadi...abang kamu. Adwa. "

Kali ni aku pandang tepat pada wajah lady ville.

Kena tangkap?

"Masa lady datang ke sini..ada pemuda yang pakai baju besi. So lady ingat tentera la.  Bila lady dekat...baru lady tahu. Pemuda tu..tentera high lord emerish. They said...they got a hostage."

Habis saja ayat yang meluncur keluar dari mulut lady ville, aku terus berlari ke arah kuda. Pedang amethyst digenggam erat dan  aku dengan cermat naik ke kuda dan langkah kami bawa laju. Ke arah khemah.

Tuhan...

Jangan kau ambik adwa dari aku.

Aku terus merintih dengan jantung aku yang berombak laju. Wajah adwa yang tersenyum perit terlayar di ruang mata. Adra.

🗡️DreamHole | Crushtaker🗡️

"High Lord Emerish.....we came with the hostage."

Adeen dan beberapa pemuda dalam sepersalinan besi mula melutut dan menyembah bumi. Kalau kelmarin..dia datang dengan seraut wajah yang cemas...hati ni dia datang dengan mendabik dada seorang hamba yang berjaya menjalankan misi kepada tuannya. High Lord Emerish yang duduk angkuh di atas takhta zircon dipandang sekilas.

Tertera raut wajah puas pada wajah beku high lord emerish. Tangan kekar yang dihias dengan cincin berbatu zircon diangkat tinggi dan dikucup sekilas. Sebagai tanda dia gembira dan puas dengan hasil tentera.

"Bring him to the dungeon!"

Dan suara penuh autoriti High Lord Emerish memecah sunyi ruang antara mereka. Serentak beberapa pengawal istana mula mendekat dan mengheret pemuda yang ditutup muka dengan sehelai kain hitam. Pemuda tadi diheret ke satu tempat yang gelap dan jauh dari situ.

Adeen pula hanya tersenyum bangga.

"Good. For your success..."

Pap...

Satu guni dilempar didepan wajah adeen. Guni dari tangan sayap kanan High Lord Emerish.

"You got them."

Dan suara High Lord Emerish sekali lagi bergema dari atas takhta. Adeen di bawah laju melutut dan jemari panjangnya ligat membuka ikatan pada guni. Bila ikatan dah terbuka...mata dia jatuh pada wang empayar zircon. Dalam 1 million zircon.

Tuhan.

Macam mana seorang hamba dari empayar sultan mansur bernilai satu million zircon?

Tapi soalan tu hanya didiamkan saja. Adeen dengan gembira terus melutut dan menyembah bumi.

"Long live our high lord emerish!"

Suara garau adeen. Dan kemudian disambut oleh beberapa tentera yang lain. High lord emerish di atas takhta hanya tayang seraut wajah yang angkuh sambil bermain dengan cincin zircon di jari.

Walau hakikatnya...dia tengah berfikir satu strategi yang lain.

******

"Humaira!"

Aku berteriak dari jauh. Tali kuda aku lepaskan dan serentak, aku turun dari kuda. Mata amber milikku melilau ke sekeliling. Kawasan gersang yang ada beberapa buah khemah. Termasuk khemah aku dan adwa. Langkah aku aturkan ke arah khemah humaira dan tak lama....

Tak lama sebelum kelibat humaira muncul dengan busur panah yang dihias dengan batu amethyst. Lebih tepat lagi...

Busur panah milik adwa.

Tuhan.

Jantung aku mati dari berdegup. Kaki pula terpasak kukuh di atas tanah gersang. Humaira dari jauh terus berlari dan bila dia mendekat,terus tubuh aku ditarik ke dalam pelukan.

Tangisan kecil humaira pecah.

Tuhan.

Hati aku sakit.

"Adra....adwa...dia..."

Dan suara serak humaira berselang dengan tangisan kecil. Jantung aku berombak kasar.

Adwa.

"He got caught as a hostage. "

Dan pandangan aku berubah gelap.

If only...this is dream..

I wanna kiss my fantasy..

Than my damn reality..

Cause it kills me.

Kills and break me apart.

Again and again.