Two hearts
Two sides of the world
If the love is sake of Allah
He will unite them
*****
Aku ainura.
Perempuan biasa aje.
Seumur hidup aku...aku tak pernah lagi nak jatuh cinta dekat lelaki!
Eh kejap...bukan aku ni songsang ke apa...tapi aku tak nak ada perasaan yang complicated. Kau tahu...
Bila kau mula jatuh cinta dekat seseoarang....kau mula akan jadi lemah. Semua yang dia buat akan nampak cantik dekat mata kau....sampai bau kentut dia pun kau akan kata wangi!
Yikes!
Tapi tu fakta...walaupun buruk aje bila kau dengar....and yeahh...fakta tu sangatlah menyakitkan hati dan jiwa. Lagi-lagi bila.....
"Mak nak ain kawin dengan hanif!"
Okeh.....sumpah rasa nak pengsan! Bukan aku teruja ke apa! Sorry! Tapi lelaki yang namanya hanif tu langsung tak pernah masuk dalam senarai yang akan aku angkat...untuk cari bakal suami. Sebab apa?
"Mak...ain tak nak....hanif kan kawan ain..."
Yeah....hanif kawan aku. Dari kecik sampailah sekarang. Dah macam adik beradik sendiri ! Kalau aku kahwin jugak dengan si hanif...tak ke sama aje macam aku kahwin dengan abang aku sendiri? Omaigashh!! Ainura yang selamba! Sampai ke situ..otak kau fikir!
"Mak tahu ain....tapi nak buat macam mana...mak berkenan sangat dengan hanif....hanif tu baik. Pandai jaga hati orang tua. Dengan mak...tak pernah dia cakap kasar. Memang berbudi bahasa. Tak rugi kalau ain kawin dengan hanif. Lagipun....ain dah kenal hanif macam mana...."
Aku tersentak. Lengan mak, aku pegang erat. Jangan mak maksudkan sudah. Matilahnakkkk....
"Tapi....ain tak nak kawin dengan kawan ain sendiri...kalau mak berkenan sangat.....apa kata mak kawinkan aje dia dengan wardah?"
Wardah adik aku. Kesian budak tu.....tetiba aku angkat nama dia depan mak. Maaf laa wardah...tapi aku tak ada pilihan. Dan kerana terdesak laa.....dahi aku kena jentik dengan mak.
Habis merah dahi aku. Jangan hilang cun sudah! Tak pasal....sampai ke tua aku tak nikah!
"Wardah muda lagi. Sekolah pun tak habis. Ain tu dah umur 25. Boleh dah...nak berumah tangga. Kahwin awal....baru tenang hati mak bila ain kerja dekat sabah nanti. Ada orang yang jaga."
"Mak...ain reti jaga diri ain. Ain kan dah besar. Mak jangan laa risau. Ain akan telefon mak lepas habis kerja. Kalau mak risau jugak...kita video call ke...boleh mak tengok muka ain....alaa...dekat sabah nanti kan...ain tinggal dengan mak su..."
Panjang lebar aku cuba yakinkan mak. Bukan aku tak nak kahwin...tapi bukan dalam masa sekarang...dan yang paling penting...bukan dengan kawan aku sendiri. Wajah mak aku pandang. Lama mak diam sebelum mak buka mulut balik.
Berdebar pulak aku rasa....macam kau nak pergi interview...then kau nak tunggu keputusan keluar. Lengan mak, aku pegang erat. Sangat erat. Aku tak nak jawapan yang keluar nanti...akan menghampakan jiwa dan raga sendiri.....
Malangnya...ayat yang keluar dari mulut mak...
"Mak tak kira! Lagi dua bulan....ain kena kawin dengan hanif!" Tegas. Tak sempat aku nak cakap apa-apa...mak dah menghilang. Sumpah aku mati kata. Masa ni...tiba-tiba terbayang hanif. Yah! Hanif kena tolong! Aku yakin sangat...mamat tu akan tolong aku.
Ada dua sebab.
Satu.....hanif tak reti bercinta dan tak nak bercinta. Dia komited sangat pasal kerja. Dan memang dia selalu membebel dekat telinga aku....yang dia takkan kahwin dalam masa terdekat ni. Dia kata...dia tak puas lagi hidup solo. Yeahh...he's same like me!
Dua...aku dengan hanif. Dari dulu..memang pegang prinsip kami berdua tak akan jatuh cinta...atau kahwin dengan kawan sendiri. Yeah....it's friendzone! Takkan nak runtuhkan prinsip kami macam tu aje?
***
Hanif aku pandang dari atas ke bawah. Hanif memang lelaki yang berupa. Dan satu pasal hanif....walaupun dia sibuk dengan kerja, dia sangat bergaya. Tak pernah lagi...aku tengok si hanif dalam keadaan sememeh! Lain lah aku!
Nuur ainura.
Siapa tak kenal? Aku lah manusia yang paling bersosial dekat sekolah. Tapi bukan dengan semua orang. Aku tolak yang lain jantina. Nak kata aku ada philophobia...tak jugak. Sebenarnya....yang buatkan aku rasa tak selesa dengan lelaki....
Adalah....
Kerana aku pernah kena buli dekat sekolah!
Aku pernah kena tumbuk dalam gelap!
Aku pernah kena maki sampai aku rasa maruah aku hilang kerana mulut mereka!
It's hurt like hells! sampai sekarang...aku rasa takut bila sendiri dalam gelap. Cuma hanif yang faham apa yang aku rasa. Sebab dalam setiap gelap yang dicipta manusia lain....hanif ada dengan aku. Hanif yang sentiasa basuh luka aku. Yang selalu pastikan mata aku kering dari air mata.
Hanif....aku dah anggap dia macam abang aku sendiri!
"Nuur ainura! Asyik berkhayal aje dari tadi?" Pen diketuk atas kepala aku. Terus hilang bayangan dari memori lalu. Aku angkat kepala. Nampak hanif yang ralit dengan tablet di tangan. Ceit! Dia sentiasa terperap dalam dunia kerja!
"Abang hanif, ain nak cakap sikit..." Aku betulkan duduk. Wajah hanif, aku pandang sekilas sebelum aku tunduk. Merenung lantai. "Abang hanif tahu kan....apa yang mak abang hanif dengan mak ain rancang?"
Hanif pandang ain. Sebelum tu, dia letak tablet atas meja. Dia tak suka libatkan peribadi dengan kerja.
He's pro like hell!
Perlahan-lahan hanif mengangguk.
"Ya. Abang hanif dah tahu lama. Masa ain sambung belajar lagi. Kenapa tanya?"
Aku tersentak. Terkejut dengan jawapan yang keluar dari mulut hanif. Laju aku tanya balik.
"Habis! Kenapa abang hanif tak cakap pasal kita? Pasal kita ni kawan aje...dan takkan boleh jadi lebih dari tu....takkan nak kawin kot....abang hanif pun tahu....kita kan kawan sampai bila-bila. Friendzone?"
Hanif menghela nafas. Aku tahu...dia serabut. Pasal kerja lagi....pasal jodoh mengarut ni lagi...tapi macam biasa....hanif akan beriak tenang.
"Abang hanif memang fikir macam tu ain....abang hanif dah cakap pun dekat umi. Abah. Tapi umi macam....tak berapa nak kisah. Dia nak sangat abang kahwin. Yelah..abang kan dah 30 tahun. Bila abang cakap...nak kerja dulu. Dia suruh abang kawin saje dengan ain. "
Aku dah mengeluh. Entah kali ke berapa aku mengeluh hari ni. Dah macam aku tak bersyukur dengan takdir tuhan pun ada.
"Ain tak nak. Lagipun...ain tahu. Kalau kita kahwin jugak....mana boleh tahan lama. Yelah....abang kan kenal ain macam mana? Satu hal lagi....ain tak nak hidup berumah tangga..tapi takde cinta! Nanti kena hadap muka setiap hari...tak pasal-pasal hari ni kawin..esok cerai!"
Aku bagi pendapat sendiri. Yeah....ini bukan drama melayu....yang main kawin paksa...tup-tup jatuh cinta..and then...happy together forever after! Yikes! Realiti memang jauh dari panggang dari dunia lakonan! Dan aku....nuur ainura tak sanggup nak jadi korban cinta!
Tak kan lah.....aku nak hidup dalam lakonan sampai aku mati? Aku pun nak rasa bahagia juga. Untuk tu...aku harap...si hanif dapat bagi keputusan yang....
"Kita cuba!".
Wadefish? Okehh.....sumpah ainura rasa hilang akal!
***
"So....should i call you.....puan ainura?" Tengku husnaa dekat sebelah dah tayang sengih cantik dia. Sebelah tangan sibuk cucuk pinggang aku.
Aku pandang si husnaa tajam.
"Kau rasa...kalau kau nak makan mikrofon ni...kau boleh laa panggil aku puan ainura!" Mikrofon di tangan , aku tunjuk. Muka tak puas hati aku tayang.
Tapi...dah namanya tengku husnaa....dia buat tak layan aje. Sempat dia kasi aku senyum sinis. Memang mangkuk laa dia ni!
"Habis? Aku nak panggil kau apa? Mak cik?"
Makin tajam aku pandang si husnaa.
"Aku tak kawin lagi laa gila! Kalau aku dah jadi bini orang....takkan laa si hanif tu nak bagi aku merayap malam-malam. Hari tu pun....dia nampak aku keluar....dia dah cop aku kutu rayau! Kau rasa?"
Punya aku naik hangin.....husnaa gelak aje! Wadeheck! Aku buat lawak ke tadi? Memang nak kena laa dia ni!
"Ouhh....tak kawin lagi. Cakap laa awal-awal. Tapi...kau tak citer lagi...pasal yang mak kau suruh kawin tu? Yelah....takkan nak lari camni aje. Bukan mak kau tak tahu..."
Aku hela nafas. Berat. Sumpah kepala aku rasa serabut! Tiba-tiba ingat masa aku bercakap dengan mak. Beria-ria aku cakap...aku nak tenangkan fikiran dulu. Nak muhasabah diri. Nak bertafakur...kononnya.... Sebelum bagi keputusan pasal nak kawin tu....akhirnya mak aku setuju.
Dan untuk tu....aku memang rasa nak cium pipi mak puas-puas sebab bagi aku keluar. Well....bukan rasa...tapi aku dah cium pun.
Lepas aje jumpa si husnaa dekat tempat karaoke...terus aku lepaskan perasaan. Sebab tu...tempat karaoke ni bingit dengan suara sedap aku! Ceit! Perasan!
Yeah....perasan bagus untuk diri sendiri....
Lepas dah berjam-jam lamanya aku dengan husnaa be'rock and roll' dekat situ...aku akhirnya ambik keputusan nak balik. Aku balik asing. Husnaa nak tumpangkan...tapi aku tolak. Hmmmm....aku lebih suka naik bas . Baru rasa feel!
Feel lah sangat! Bila dah tercongok dalam bas....dengan ramai lelaki....tetiba aku rasa menyesal! Lembik lutut aku bila kena hadap situasi macam ni! Nak menyesal pun dah tak guna! Okeh! Ainura! Kau kena bertahan!
Bibir sendiri, aku kertap. Aku berdebar. Lagi-lagi....mamat yang sebas dengan aku...semuanya tak nampak macam normal. Mostly...macam kutu berahak yang bertanduk 3 atas kepala! Lagi-lagi.....mamat yang sama berdiri dengan aku! Perak semacam! Asyik kenyit mata dekat aku!
Geram! Aku rasa nak cungkil aje mata dia dengan garpu! Menyesal tak letak garpu dalam beg!
"Hai....cantik...seorang aje?"
Aku buat tak endah. Saje aku sibukkan diri dengan telefon. Elok pulak masa tu....ada whatsapp dari hanif. Sangatlah bagus!
Ainura! Pergi mana? Dari tadi abang hanif cari dekat tempat karaoke....tak nampak pun? #hanif
Dahi aku dah berkerut. Tak pernah-pernah si hanif nak menyibuk pasal dunia sosial aku.
Abang hanif cari ainura? Kenapa? #ainura
Tak sampai seminit, hanif dah balas.
Mak ain bising dekat rumah. Kata anak dia tak balik lagi! Ain dekat mana sekarang? Biar abang hanif ambik. #hanif
Laju aku taip. Bukan apa.....aku dah tak senang duduk. Makin lama....makin miang aje mamat baju warna pink ni! Euww! Apa punya laki laa macam ni! Pasal baju..aku okey lagi...ni siap buat rambut tocang....aku dah rasa nak muntah pink!
Ada hati nak pikat aku! Dah laa muka lalok! Elok tengok punggung lembu dari tengok muka dia. Aku dah tayang muka geli. Tak lama lepas tu bas berhenti. Aku cepat-cepat melangkah. Aku tak toleh belakang pun. Seriau!
Baru kaki nak jejak lantai dekat bus stop, lengan baju aku ditarik dari belakang. Muka aku berubah.
"Cantik...jangan laa pergi dulu.."
Lelaki baju pink tadi rupanya. Gatal! Miang! Muka aku dah masam. Laju aku tarik badan menjauh. Tapi makin kuat dia tarik.
"Lepaslah! Kalau tak saya jerit!"
Baru aku nak menjerit macam pontianak, mamat pinky tadi dah kena belasah. Apa lagi....cium lantai bus stop laa dia! Padan muka! Busuk hati lagi!
"Ain....okay? "
Lelaki tadi pandang aku tak berkelip. Rahang aku jatuh.
******