"Kejar dia, jagan biarkan dia terlepas" terdegar suara seorang lelaki separuh baya mengarahkan orang-orang bawahanya untuk mengejar seorang lelaki muda yang berlari dalam keadaan kakinya tercedera akibat ditembak.
Baju lelaki muda itu rabak dan belakang badannya berlumuran dengan darah akibat dikelar, disatu sudut jalan ditepi jaln terdapat sebuah lori, dgn pantas pemud itu lari dan masuk ke bahagian belakang lori.
Lelaki separuh baya dan orang-suruhannya melewati lori itu terus berlari dalam keadaan yg sanggat marah... "hahaha, terselamat kepala aku kali ini" dia berkata dalam keadaan memaksa untuk ketawa... dia terlalu kelelahan dan kesakitan, dan akhirnya terlelap disitu..
Bayu pagi yang dingin dirasa mencucuk seperti jarum ketubuhnya... Dia membuka matanya dengan malas, selepas beberapa ketika baru la pandangan dia benar-benar jelas. "Aku dimana?, dekat mana ni?" dia amat terkejut apa bila mendapati dia berada di tempat yang berbeza.
Namun dia juga merasa lega kerana sudah semestinya dia sudah jauh dari masalahnya sebelum ini... "Lebih baik aku pergi sebelum ada yang perasan" Dia dengan segera turun dari lori itu dan berlari dalam keadaan yang tercedera..
Senjak dari peristiwa itu sudah 4 bulan waktu berlalu, pemuda ini sering kelihatan tidur di kawasan kaki lima dipekan itu. keadaannya yang tidak terurus, dan wajah yang comot memberi pandangan negatif masyarakat di situ padanya.
Namun dalam masa yang sama tiada siapa berani mengganggunya kerana tubuhnya besar dan seperti kaki pukul serta berjambang menunjukkan lagi bahawa dia bukan orang sebarangan.
Pada siangnya akan dapat dilihat dia hanya tidur dan bangun hanya untuk membeli makan di gerai tepi jalan berdekatan dengan kawasan dia tidur. Manakala pada malamnya dia akan selongkar tempat pembuangan sampah untuk mencari tin lama dan botol yg boleh dia jual utk dia makan pada waktu siangnya..
Disatu sudut kaki lima terlihat dua orang lelaki bermotosikal sedang memerhati seorang lelaki tua yang keluar dari sebuah bank dengan membawa sebuah beg.
Dengan sekali pandang mereka tahu itu sasaran yang mudah, tampa berlengan mereka terus merancang untuk merompak lelaki tua itu. "Serahkan bang itu" dengan kasar salah seorang lelaki mencapai beg lelaki tua itu dan menghulur sebilah parang pada lelaki tua itu.
"Jagan macam ini nak, ni je duit yg pakcik ada" orang tua itu berkata minta simpati,
" ada aku kisah?,kau dah tue kubur dah panggil. Duit ni biar orang muda yang jaga"
Dengan pandangan sinis lelaki itu menyentap beg lelaki tua itu dan terus berlari untuk menaiki motosikal yang ditunggang rakan.
Namun belum sempat dia membonceng motosikal itu, dia merasakan ada tangan yang menarik belakang bajunya.
"Ape jadahnya?" lelaki itu tersembam ketanah dalam sesaat.
Baru saja penunggang motosikal itu mahu berpaling, satu tendangan telah hinggap ke rusuknya dan dia terjatuh dari motornya.
Dalam keadaan ketakutan mereka berlekas utk berdiri untuk melarikan diri menaiki motosikal.
"Pak Cik tak apa-apa?" dengan suara sedikit serak lelaki muda bertanya dengan prihatin.
"Pak cik luka sikit aja. terima kasih nak, kalau anak takda habis la semua duit yang ank pakcik bagi ni" orang tua itu menjawab seperti masih dalam keadaan terkejut.
Selepas beberapa ketika, baru lah orang tua itu mampu bertenang. "Nama pakcik salleh,boleh pakcik tahu nama kamu?"
"Nama saya syah" dengan hormat lelaki muda itu menjawab..
Selepas beberapa ketika lelaki muda itu meminta untuk beredar dari situ..."Anak, sebentar...pakcik terhutang budi sama kamu. pakcik selalu melihat kamu tidur di kaki lima kawasan ini, jika kamu tidak berkeberatan kamu boleh ikut pakcik balik kerumah dan tinggal bersama pakcik".
Syah berasa amat terkejut, dan ingin menolak, namun bila melihat orang tua itu bersungguh untuk memperlawanya dia tidak menolak....