balkoni biliknya sambil memikirkan kata- kata papanya sebentar tadi kepadanya. Dia harus memberikan jawapan untuk soalan papanya. Dia tidak mahu pilih yang mana satu, malahan dia sudah buntu akal mahu memikirkannya ditambah lagi dengan masa yang diberikan oleh papanya terlalu singkat untuk dia memikirkannya dan membuat keputusan. Ini semua soal hidup dan impiannya.
(Flash Back)
Ada apa papa panggil zul ni? Tanya Zulhelmi setelah berada dihadapan papanya di ruang tamu rumah mereka.
Tan sri kamal sekilas memandang isterinya puan sri maimuna.
Papa nak tanya zul. Zul nak jadi CEO dekat syariat papa kan?" Tanya tan sri kamal. Dia mahu kan kepastian untuk meneruskan rancangannya.
Of course lah zul nak kan jawatan tu pa!" Jawab zulhelmi. Dia telah menghabiskan masa bujangnya dengan belajar sehingga menara gading hanya untuk semata- mata inginkan jawatan CEO di syarikat papa nya itu sahaja.
Ok, kalau macam tu, papa nak bagi jawatan CEO tu pada kamu, tapi ada syarat yang kena kamu turuti." uacp Tan Sri kamal. Dia telah membuat keputusan untuk memberika syarikat itu pada anaknya terunanya iaitu zulhelmi. Dengan itu jugak dia sudah tidak mampu untuk menggalas tanggungjawab sebagai CEO di syarikat itu lagi, malahan dia juga sudah mahu berehat dari pada membuat kerja di syarikat itu lagi. Walaubagaimanapun, tidak semudah itu dia melepaskan jawatan CEO itu kepada anaknya Zulhelmi, tetapi dia telah meletakkan syarat untuk itu.
Betul ke ni pa!" Ucap Zulhelmi teruja mendengar kata-kata papanya. Dia tidak menyangkakan papanya akan memberikan jawatan itu kepadanya. Jawatan yang selama ini dia ingin-inginkan hampir tercapai untuk dia miliki.
Iya.. papa akan bagi jawatan tu pada kamu, tapi papa dah katakan tadi yang itu ada syarat." ucap Tan Sri kamal mengingatkan syarat yang akan ditetapkan olehnya.
La.. ada syarat pulak dah.. Apa syaratnya pa?." Tanya Zulhelmi. Sedikit kecewa hadir dalam hatinya dengan papanya kerana dia tidak menyangka papanya akan meletak syarat untuk dia memegang jawatan itu. Tetapi rupanya bukan mudah untuk dia dapatkan jawatan CEO itu.
Syaratnya kamu akan kahwin dengan pilihan papa. Jika kamu mengawini pilihan papa untuk pasangan hidup kamu, papa akan berikan jawatan tu pada kamu. Syarat yang mudah kamu turuti" ucap Tan Sri kamal. Dia lakukan sebegitu rupa demi kebahagian anaknya sendiri. selain itu jugak Zulhelmi mempunyai teman wanita yang tidak di sukai oleh Tan Sri kamal dan isterinya Puan Sri maimuna iaitu papa dan mamanya. (perempuan yang tidak cukup kain). Jika dia mengahwinkan anaknya dengan pilihannya ada baik dan ada bagusnya kepada anak serta kedua ahli keluarga.
What?.. kena kahwin dengan pilihan papa... mana aci pa.." Bantah Zulhelmi . Dia tidak mahu mengikut syarat papanya. Bagi dirinya syarat itu terlalu berat untuk di laksanakan mahu pun untuk di turuti kehendak Papa dan mama nya.
Ok... papa bagi kamu dua pilihan.. kamu nak kan jawatan tu, kamu kena kahwin dengan pilihan papa, tapi kalau kamu tidak mahu kahwin dengan pilihan papa... papa akan bagi jawatan tu pada uncel kamu. kamu hanya bekerja dibawah uncel kamu sahaja!" ucap Tan Sri kamal tegas. Sebenarnya dia sendiri tidak mahu memberikan jawatan itu pada adiknya dia buat sebegitu rupa agar anaknya membuat keputusan yang bijak.
What?... pa" ucap Zulhelmi kesal dengan apa yang di katakan oleh papanya.
Papa tak kira.. kamu kena kahwin dengan pilihan papa. Papa bagi kamu masa sehari untuk fikir dan buat keputusan" ucap Tan Sri kamal dengan tegas.
Ma.. tolong lah... Zul tak nak kahwin ma.." rayu Zulhelmi pada mamanya iaitu Puan Sri maimunah yang dari tadi hanya mendiamkan diri.
Itu.. lah jalan terbaik buat Zul.. mama setuju dengan keputusan papa" ucap Puan Sri maimunah iaitu mamanya.
Zulhelmi menghembus nafas kesal.
Pa..please lah.. Zul tak nak kahwin lagi ..." Rayu Zulhelmi pada papanya.
Kenapa Zul tak nak kahwin dengan pilihan papa? Kenapa Zul dah ada pilihan lain, ke kamu dah ada buat hati?" Tanya Tan Sri kamal. Dia tidak tahu kenapa anak nya tidak mahu ikut pilihannya malahan masih membantah dengan apa yang di katakannya.
Zulhelmi tersentak seketika mendengar kata-kata papanya.
Bukan macam tu pa..!" Bantah Zulhelmi lagi.
Habis tu kenapa tak ikut je pilihan papa... tapi kamu nak jugak pilihan perempuan yang tak cukup kain kat luar sama tu kan" ucap Tan Sri kamal. Sebenarnya dia tahu perangai anaknya yang suka bertukar-tukar pasangan hanya untuk memuaskan nafsunya sahaja. Dia ingat sesuka hati dia sahaja mainkan perasan anak dara orang, tapi yang perempuan pun sama jugak mahu dilayan dengan perangai gatal lelaki yang berperangai seperti anaknya.
Terkejut Zulhelmi mendengar kata-kata papanya. Rupanya selama ini papanya tahu perangainya yang suka membawa ramai wanita keluar malam hanya ikut suka hatinya sahaja.
Tapi pa.." Bantah Zulhelmi lagi.
Tak ada tapi-tapi.. keputusan papa muktamat! Papa nak esok keputusan dari kamu faham!" Ucap Tan Sri kamal tegas pada anaknya. Kalau tidak berbuat sebegitu, memang tidaklah anaknya Zulhelmi mahu mendengar cakap papanya. Zulhelmi melanjutkan pebelajar di luar nagara hanya semata- mata inginkan jawatan CEO itu sahaja di syarikat papanya.
Zulhelmi menghembus nafas kesal.
Tak pe lah pa.. ma.. Zul nak naik atas dulu, nak tidur, penat" ucap Zulhelmi. Dia terus berlalu dari ruang tamu rumah agam mereka ke tingkat atas dimana biliknya ditempatkan.
Abang ni pun.. berkeras sangat dengan Zul tu, boleh kan bincang baik- baik" tegur puan sri maimunah pada suaminya Tan Sri kamal.
Kalau saya tak buat macam tu, memang tak lah anak awak tu nak ikut cakap saya" ucap tan sri kamal pada isterinya puan sri maimunah.
Anak saya, anak awak jugak kan" ucap puan sri maimunah.
Ye anak saya jagak, tapi saya buat macam tu demi kebahagian anak kita jugak kan. Bukan awak tak kenal bakal menantu awak tu" ucap Tan Sri kamal pada isteri nya.
Hmm ya lah.. saya jugak yang di kena balik " ucap puan sri maimunah dengan nada rajuk nya.
Dah lah.. awak merajuk pun saya tak kan pujuk, mari lah kita naik tidur" ucap tan sri kamal dan mereka berlalu naik ke atas ke bilik mereka.
Part of Zulhelmi
Setelah di hadapan biliknya, Zulhelmi terus membolosi tombol bilik nya.
Bilik yang tadinya gelap bertukar menjadi terang setelah Zulhelmi masuk ke ruang bilik nya. Dia melabuhkan punggung nya di atas katilnya. Setelah itu, dia merebahkan dirinya di atas katil miliknya den berfikir sejenak.
Patut ke aku terima keputusan papa tu, tapi kalau aku tak terima, aku tak akan dapat jawatan tu" ucap Zulhelmi sendirian di dalam biliknya yang pastinya tiada siapa yang akan mendengarnya.
Selama dia berfikir itu jugak lah dia terlena di ulit mimpi.
Setelah itu, berlabuh lah tirai pada malam itu.
Bersambung.....