Download Chereads APP
Chereads App StoreGoogle Play
Chereads

The Grand Revolution (Series 1) : The Great Revolutionary War

🇲🇾AbdulRakhim2018
--
chs / week
--
NOT RATINGS
4.7k
Views
Synopsis
Mengisahkan tentang Kerajaan Hireen mengisytiharkan perang keatas Kerajaan Yarkhin dan negara sekitarnya demi mengembalikan kegemilangan Empayar Hireen yang hancur akibat Perang 150 Tahun Sementara itu , Rakyat dan Tentera Hireen bangkit bersama dengan melancarkan revolusi diatas nama keadilan dan kebebasan . Namun begitu , raja dapat mengetahui perkara tersebut mengarahkan mereka yang terlibat ditangkap dan dibunuh serta merta Pada masa yang sama , keamanan di seluruh dunia tergugat kerana mereka akan menghadapi peperangan yang akan menyebabkan banyak nyawa orang yang tidak bersalah melayang begitu sahaja dan kemusnahan pada skala yang besar sama seperti generasi sebelumnya pernah rasai semasa Perang 150 Tahun yang pernah berlaku dahulu. Pada masa yang berlainan , Kerajaan Yarkhin dan negara negara lain bersatu menubuhkan perikatan ketenteraan yang diberi nama "Revolutionary Alliance" bagi menghalang Kerajaan Hireen dan sekutunya dari menakluki negara mereka seterusnya mengekalkan keamanan di seluruh dunia.

Table of contents

VIEW MORE

Chapter 1 - The Rotten War

Di sebuah tanah yang terbakar akibat bedilan artileri daripada pertempuran sebelum ini , kedengaran bunyi tapak kaki pasukan tentera yang sedang membawa selaras Raifal AKM dan sesetengah pasukan tentera tersebut menaiki Kereta Kebal Sederhana T-34-85M.

Dari kejauhan , beberapa orang musuh sedang memerhatikan mereka

"Bagaimana sekarang puan ? Pasukan penyerang sudah tewas . Apakah kita perlu berundur atau serang hendap mereka?" Tanya seorang askar kepada ketuanya

"Keadaan sekarang memang tidak memihak kepada kita . Hubungi Jeneral Ali membuat persediaan untuk bertahan . Musuh mungkin akan menyerang mereka nanti" jawab ketua itu . Askar itu menurut perintah lalu pergi ke arah kawannya yang membawa set telefon lapangan TAI-43 untuk menghubungi Jeneral Ali .

Sementara itu , di markas pasukan tentera Jeneral Ali . Mereka bersiap sedia dengan segala kelengkapan yang mereka ada selepas dihubungi oleh Leftenan Kolonel Farhanah tentang apa yang mereka perhatikan di medan perang . Secara tiba tiba , Jeneral Ali didatangi oleh seorang askar yang memaklumkan bahawa pasukan peninjau di kawasan musuh telah di serang dengan hebat oleh tentera musuh yang berada tidak jauh dari situ.

Sementara itu , pasukan peninjau yang dipimpin oleh Kapten Atiqah yang diserang hebat oleh musuh telah berbalas tembakan sehingga kehabisan peluru pada Raifal AKM dan Mesingan Berat DShKM yang mereka gunakan . Setelah itu , tentera musuh melancarkan tembakan artileri serta membalas balik tembakan sehingga beberapa ahli pasukan pimpinannya terkorban.

" Kapten , kita kehilangan banyak anggota tentera, musuh terlalu ramai !" lapor seorang askar . Kapten Atiqah melihat keadaan ahli pasukannya melalui trench binocular . Memang benar kata askar itu , serangan musuh telah mengorbankan ramai anggotanya .

"Berundur semua , berundur ! Kita tidak boleh menang lagi" arah Kapten Atiqah . Pasukannya segera berundur . Bedilan artileri yang dilancarkan oleh musuh menyukarkan pasukannya berundur .