Diceritakan oleh Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari mengenai Al-Habib Ali al-Jufri (ulama berketurunan Nabi Muhammad saw) ketika mana Habib Ali al-Jufri mendapat jemputan dari negara Denmark untuk menghadiri satu mesyuarat disana. Beliau juga dimaklumkan mengenai antara tetamu yang hadir disana adalah seorang pelukis kartunis yang pernah melukis gambar kartun Rasulullah dengann penuh penghinaan.
Lalu Habib Ali al-Jufri dijemput masuk ke dalam sebuah bilik dimana bilik itu adanya pelukis tersebut.
Lalu Habib Ali al-Jufri senyum berjumpa dan bersalam dengannya dan berkata; "Ahlan wa Sahlan! Apa khabar kamu? Apa khabar keluarga kamu? Sihatkah?" Sambil tersenyum.
Lalu pelukis itu bertanyakan; "Ya syeikh, apa kamu masih mampu berbaik dengann aku dan berlaku sopan dengan aku walaupun aku telah melukis dengann penuh penghinaan ke atas Rasulmu?" Lalu dijawab oleh Habib Ali al-Jufri: "Sekiranya kamu mengenali siapa Rasulku, maka kamu tidak akan menghinanya dengann begitu. Jika kamu kenal siapa Rasulku, nescaya kamu akan jatuh cinta kepadanya." Lalu pelukis itu terkejut dan berkata; "Jika akhlak keturunannya sahaja sudah begini baiknya, bagaimana dengann akhlak datuknya, bagaimana akhlak keturunannya sehingga ke Rasulnya. Apatah lagi akhlak daripada agama yang dibawa oleh Rasulnya. Sudah tentu sebuah agama yang berakhlak." Dari situ juga dapat dilihat bagaimana akhlak dapat menarik hati orang yang bukan Islam agar menghormati orang Islam. Mustahil orang yang kenal kepada Baginda Shallahu Alaihi Wassalam, tidak jatuh cinta kepada Baginda. . .
Moga moga Allah mendidik hati kita dengan acuan akhlaknya Sayyidul Mursalin