Kami bertiga mengekori minah sengal tu ke sesuatu tempat yang di mana di sekelilingnya penuh dengan pokok-pokok yang tinggi dan tempat itu agak seram dan gelap,kami bertiga bersembunyi di tiga pokok yang besar dan jarak antara pokok tempat aku bersembunyi dan pokok mereka berdua bersembunyi tidak lah jauh.Lidia si minah sengal tu pun menyalakan lilin yang ada di dalam dulam yang diisi dengan kemenyan dia juga seperti membaca sesuatu dan hampir satu jam kami di situ kami dengar dan nampak banyak kejadian-kejadian yang berlaku tapi kami hanya diam dan bersembunyi di balik pokok tersebut sedangkan lydia merakam kejadian yang sedang berlaku.Kami bertiga merancang untuk pulang ke kemah kami bertiga tapi alice terpijak ranting kayu dan ranting kayu tu berbunyi agak kuat dan membuatkan si minah sengal berpaling ke belakang dan nampak kami bertiga berdiri di situ dia pun cakap "woii korang buat apa kat sini? aku nak korang rahsiakan hal ni dari fitri atau sesiapa kalau aku dapat tahu korang pecahkan rahsia ni korang tau laa apa nasib korang bertiga"
kami bertiga bukan takut denganya tetapi kami bertiga takut dia melakukan sesuatu yang tidak elok kepada kami bertiga ataupun kepada keluarga kami bertiga,kami hanya mengangguk dan pulang ke kemah kami dan bersiap mandi dan pergi ke surau berdekatan untuk solat maghrib berjemaah walaupun maghrib sudah lepas tapi kami bertiga qada'solat maghrib selesai solat maghrib dan Isyak kami bertiga terus masuk ke dalam kemah kami.Masa kami mahu pulang ke kemah kami,kami terserempak dengan minah sengal dan haffy fitri mereka berdua seperti sedang bergaduh tapi kami hiraukan mereka dan kami pulang saja ke kemah untuk tidur kerana esok selepas subuh kami perlu melakukan aktiviti yang di anjurkan oleh camp yang kami kunjungi ini.
TO BE CONTINUE