Malam yang sunyi dengan perasaan rindu teramat terhadap seseorang
tapi rindukan siapa? Melisa atau Nicca ?jelas sekali rindunya lebih mendalam terhadap Nicca mana mungkin Alex sanggup melupakan Nicca sedangkan dia merupakan sahabatnya yang dia sangat sayang suatu ketika dulu sehingga sekarang.
Timbul perasaan menyesal dalam dirinya kerana akur sahaja terhadap keluarganya untuk menerima Melisa dahulu kerana dia merupakan anak orang kaya dan bekerjaya namun.
Alex terpaksa menipu dirinya untuk menerima Melisa dalam hidupnya kerana mahu patuh terhadap keluarganya kini Alex terbabit dalam penyeksaan hidupnya dengan menghadap Melisa dan merancang perkhawinan mereka namun Alex masih belum bersedia untuk semua itu kerana dia ingin bertemu dengan Nicca
"Mana mungkin aku boleh bertemu lagi dengan Nicca kenal pun tak dah bila dah dewasa ni macam mana aku nak cari dia atau mungkin dia sudah mempunyai kekasih mustahil ya"
Alex mengingati kenangan mereka dahulu cukup membuatkan hatinya gembira melihat gadis itu yang berwajah putih walaupun Nicca tidak tahu bergaya dan seorang perempuan tomboy yang dia kenal dahulu
"maaf saya kehilangan gambar kita berdua dulu saya harap sangat dapat jumpa awak lagi Nicca saya rindukan awak"
Alex terus tertidur lena di katilnya
*******
Hari Sabtu
Alex dan Melisa bersiap untuk pergi ke Airport dan mereka dihantar oleh ayah Alex.Setelah mereka sampai di Airport Alex bersalaman dengan ibubapanya dan memeluk mereka kerana pasti Alex akan merindui mereka.
Melisa juga turut bersalaman dengan ibu bapa Alex sebab bakal menantu lah katanya
"Alex jaga Melisa baik-baik ye jangan gaduh pula kat sana call selalu mama dengan ayah nanti risau pula kami kalau kamu tak call kami tau dan 1 lagi sentiasa hormat Pak long ngan aunty Siti kamu nanti"
Pak Long merupakan abang En.Lie dan aunty Siti pula merupakan ipar En.Lie dan berasal dari Sabah
"Ya mak ayah jangan risaukan kami, ada juga Melisa dengan saya selalu"
Melisa terharu apabila Alex berkata begitu seperti dirinya dihargai kononlah sangat sebenarnya Alex cuma mahu mengurangkan kerisauan ibubapanya
Alex dan Melisa melambaikan tangan pada mereka dan berlalu meninggalkan mereka di situ
Setelah mereka sampai di Sabah Alex dan Melisa pergi mengambil bagasi mereka.Selepas mereka siap mereka berdua pergi makan di sebuah kedai makan dalam Airport.Selepas sahaja mereka telah siap makan mereka menaiki teksi dan meminta pergi ke rumah Pak Long dengan menunjukkan alamat rumah Pak Long kepada pemandu teksi itu.
"Anak muda sinilah tempat pakcik kamu tu pakcik parking di sini lah ya"
"Boleh je pakcik"
Mereka mengambil barang-barang mereka dan Alex membayar tambang mereka berdua
"Selamat tengahari ada sesiapa tak dalam rumah ni? Pak Long?"
Alex dan Melisa memandang antara 1 sama lain kerana hairan dengan pintu Pak Long yang terbuka tetapi tidak dijawab panggillannya,setelah beberapa minit mereka menunggu di luar barulah Pak Long keluar
"Selamat tengahari anak muda oh minta maaf ya bertanya kamu ni siapa? Dari mana?"
"Haha Pak Long dah tak ingatkan saya ke? Saya ni Alex"
"Alex rupanya alahai maklumlah Pak Long ni dah tua cepat lupa mari sini masuk maaflah lambat pula menyambut kamu berdua tadi Pak Long tengah masak dengan aunty Siti tadi yang gadis muda di sebelah kamu ni siapa pula?Teman wanita kamu ke?"
Belum sempat Alex memperkenalkan Melisa pada Pak Long Melisa bersuara
"Ya uncle saya teman wanita dia dan tak lama lagi kami akan berkhawin erhh panaslah kat sini kat rumah Pak Long ni takde aircond ke?"
sikap Melisa yang sentiasa over confident and direct to the point tanpa berfikir masak-masak
Alex yang sudah masak dengan perangai Melisa dari dulu memang membuatkan dirinya menyampah terhadap perangai Melisa.
"Dalam rumah ni memang takde aircond kipas je maklumlah kami ni tak kaya tak dapat beli tu semua eh apalagi tunggu kat sini marilah masuk dahulu kesian pula kamu di sini saja"
Alex mengikuti Pak Long masuk dan Melisa pula merungut tak tentu pasal dalam hatinya kerana tidak puas hati dengan sikap Alex yang berubah dan mengabaikannya selalu
"Hi aunty abang nama aunty siapa?"
terbeliak mata Melisa apabila dia dipanggil sebagai aunty
"tua sangat ke aku ni sampai budak ni panggil aku ni aunty"
Melisa hanya bercakap dalam hatinya, makcik Siti masuk ke ruang tamu
"Aiman hormat bah tetamu kita"
"Yalah sorry"
Alex hanya ketawa kecil melihat reaksi muka Aiman yang sangat comel
"Sinilah Aiman duduk sebelah abang"
Aiman pergi duduk di sebelah Alex ,kerana muka Aiman yang comel loteh membuatkan Alex tertarik untuk berkawan dengannya
"Abang nak tau tak Aiman ada cikgu cantik macam aunty ni tapi lebih cantiklah daripada girlfriend abang ni nak tak kalau saya kenalkan abang dengan cikgu Aiman tu"
Melisa menyumpah-yumpah Aiman dalam hatinya kerana kecantikkannya dipandang rendah
Makcik Siti menegur Aiman
"Eh tidak bagus cakap macam tu tau Aiman maaflah ya Melisa"
"Abang dah dengan Melisa jadi abang tak dapat berkenalan dengan cikgu Aiman tu"
Alex hanya senyum dengan Aiman takut pula Melisa akan naik angin tapi Melisa hanya berdiam kerana lega dengan jawapan daripada Alex.
Mahu saja Melisa menampar muka Aiman jika dia sahaja di depannya sekarang tetapi dia membatalkan niatnya itu.
"sabar Melisa sabar u kena tau yang u sangat cantik"
Melisa memuji dirinya dalam hati
******
"Cikgu,rumah kami ada 2 doktor datang mama saya cakap diorang tu dari KL hensom lelaki tu sepupu saya tapi dia dah ada girlfriend tapi tak cantik macam cikgu terus kan aunty tu dahlah berlagak lagi"
Nicca ketawa mendengar Aiman berkata begitu
"Haha tidak bagus cakap begitu Aiman terima saja manatau kamu biasa juga sama tu aunty"
"Aiman tidak suka sama tu aunty jahat kalau bolehkan saya nak cikgu Nicca khawin dengan sepupu saya"
Memandailah Aiman menjodohkan cikgu Nicca bersama Doktor Alex
"Haha mana boleh Aiman tak baik kalau tu sudah jodoh dia biarkan sahaja"
Alex cuba lagi meyakinkan Nicca untuk berkenalan Doktor Alex
"Alah cikgu boleh bah tu erm cikgu nak tau tak nama dia?"
"Teacher can you teach me this topic I don't understand"
tiba-tiba Mimi pergi meminta ajar subjek BI dengan Nicca
"Oh can let me see,Alex minta maaf ya nanti lagi kita sambung cerita "
Alex hanya mengangguk walaupun dia berasa sedih kerana belum dapat memperkenalkan Nicca dengan sepupunya iaitu Alex ,
Alex kembali ke tempat duduknya.
Nicca ternampak Aiman sedang menunggu untuk diambil dan dia pergi menegur Aiman
"Siapa ambil kamu Aiman?"
"abang sepupu saya"
Tit!
Bunyi hon motor Pak Long yang dibawa oleh Alex datang menjemputnya pulang,selalunya Pak Long yang akan mengambilnya untuk balik sekarang giliran Alex kerana dia meminjam motosikal Pak Long untuk pergi kerja
"Aiman sorry ya lambat"
"Tak apa abang ,abang nilah cikgu yang Aiman bagi tau semalam cantik kan"
Alex turun dari motor untuk berkenalan dengan cikgu tu
"Hi"
Alex bersalaman dengan Nicca .Alex melihat jamnya di tangan menunjukkan masa dia untuk masuk kerja balik dan Alex tidak dapat berkenalan dengannya dan juga tidak sempat untuk mengetahui nama cikgu Aiman ,
Aiman masih berasa tidak puas hati kerana Alex belum berkenalan dengan cikgunya tetapi Alex menjelaskan padanya kerana dia tidak mahu lambat masuk kerja Alex hanya memberikan senyuman manis pada cikgu tu
"Kenapa muka dia macam Alex ya mungkin saya salah orang sudahlah takkanlah Alex mau pergi sini lagi cari saya semua tu hanyalah janji palsu"
Nicca hanya bercakap dalam hatinya dan tiba-tiba rakannya iaitu Noah pergi menegurnya selepas Aiman balik bersama sepupunya. Noah merupakan lelaki hensom serta diminati oleh ramai gadis-gadis tetapi dia tetap mahukan Nicca kerana dia sudah lama meminati Nicca sejak mereka sekolah menengah lagi tetapi Nicca menolak cintanya , Noah pula tetap tak berputus asa untuk memujuk Nicca menerimanya cintanya
"Hi sayang"
Nicca terkejut dengan kehadiran Noah yang tiba-tiba tanpa disedari olehnya
"Hi juga dahlah saya nak balik"
Nicca tidak dapat berlalu kerana dihalang oleh Noah
"Please let me go"
Noah menyerah kalah untuk menghalang jalan Nicca ,Nicca tidak menegurnya dengan baik kerana 1 peristiwa yang pernah yang terjadi dahulu sehingga membuatkan Nicca membenci Noah,Noah hanya berdiam dan berasa sedih kerana Nicca masih belum memaafkan dia.