SETELAH beberapa jam Arissa melepaskan kepenatannya dengan berehat, dia bangun tanda ingin pulang ke rumahnya.
"Awak. Nah. Ni barang-barang awak. Kitaorang cuma ambil barang yang ada atas meja awak je. Tak apa, kan?" tanya Amanda dengan lembutnya.
Arissa hanya mengangguk lemah.
"Awak nampak lemah lagi. Nak kami teman sampai gate depan?" tanya Afiqah pula sambil cuba memapah Arissa.
Arissa memandang Afiqah dalam beberapa saat, kemudian menggeleng. Diambil begnya yang berada di sebelah katil itu lalu dipakai. Seketika kemudian, dia bangun dan ingin pergi tetapi entah bagaimana, dia hampir terjatuh tetapi sempat disambut oleh Haris yang datang sacara tiba-tiba.
Haris menjadi gugup. Begitu juga dengan Arissa. Masing-masing masih cuba memproses apa yang sedang berlaku tetapi, itulah. Posisi masih sama.
Afiqah dan Amanda pula hanya menjadi pemerhati yang blank juga. Kedua-duanya tidak tahu apa yang patut dibuat. Hanya mampu ternganga melihatkan itu.
Seketika kemudian, Arissa menolak Haris menjauhinya sambil mengundur ke belakang beberapa tapak lalu mencapai apa sahaja yang berada berdekatan dengannya. Peristiwa semalam ketika diganggu oleh HAZ²S terisi kemas di dalam ruang kotak pemikirannya. Rasa traumanya kuat ketika ini.
Haris yang memahami apa yang berlaku hanya terkaku. Tidak tahu apa yang patut dilakukan kerana dia tidak pernah melalui benda ini.
Afiqah dan Amanda lagilah tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Nak menahan, takut diserang pula. Sudahnya, menambah trauma Arissa pula.
"Arissa... tenang Arissa... ni kitaorang. Afiqah, Amanda, dan Haris. Kitaorang nak tolong awak untuk balik je. Kitaorang..."
"Pergi! Aku kata, pergi! Keluar!" jerit Arissa.
Afiqah sudah mula mahu menangis kerana dia takut. Takut dengan situasi ini. Dia dapat merasakan aura kekejaman Arissa.
"Manda, Iqah, keluar dulu. Biar aku cuba settlekan. Cari Hairi. Kalau boleh, kawan Arissa juga. Zafi dan Kyra tu" kata Haris lalu membuka pintu untuk Amanda dan Afiqah keluar.
Selepas sahaja Afiqah dan Amanda keluar, pintu terus dibuka luas untuk mengelakkan salah faham dan untuk persediaan keluar apabila Arissa bertindak agresif.
"Arissa... look at me. Please calm down. Tarik nafas perlahan and hembus perlahan. Don't make any trouble and try to think about your parents. I know, awak dah banyak kali pindah sekolah sebab kes. So, please ingat berapa banyak kali juga your parents tebalkan muka dan tetap sekolahkan awak. So please... be calm. Find your calmness" ucap Haris sambil mencuba mendekati Arissa yang kelihatannya mula kendur sedikit keberangannya.
Arissa kemudiannya menangis. Barang di tangannya itu dilepaskan ke bawah. Terus dia jatuh terduduk dengan muka pucatnya.
"Abang Aq... Abang Aq... Aris nak daddy yang lama... Aris nak mama... Aris nak ubat... Aris penat..." adu Arissa perlahan diselangi dengan suaranya yang mendayu-dayu.
Haris terus berhenti melangkah. Arissa menangis lagilah menambahkan rasa gerunnya. Kerana apa-apa sahaja Arissa boleh jadi ketika menangis begini. Silap-silap, syaitan pun boleh kalah.
Beberapa ketika, kedengaran bunyian kipas dan cicak sahaja. Suara Arissa sudah tiada.
Haris menjadi musykil lalu menoleh ke tempat keberadaan Arissa. Dia terus tersenyum apabila mendapati Arissa sedang tidur. Mungkin stress? Atau mungkin penat menangis? Dia tidak tahu. Yang penting, dia perlu menunggu sekarang.
*****
"So, dia kena buli lah? Sampai dia tidur ni? Siapa yang buat?" tanya Aqzi sambil mencuri-curi melihat wajah Arissa yang sembab yang sedang tidur di bahagian kerusi penumpang hadapan. Kemudia, dipandang pula muka Si Kembar di hadapannya kini secara bergilir.
"Ya. And orang yang belasah tu, ketua gangster sekolah ni. And sebab tulah tak ada siapa yang halang" balas Hairi sambil menyiku lengan Haris yang kaku itu.
"Ah? Hah! Ya, ya" kata Haris lalu tersengih.
Hairi terus mencubit perlahan belakang badan Haris untuk menyedarkannya. Kemudian, dia menjeling Haris lalu tersenyum lebar kepada Aqzi.
Aqzi hanya menggelengkan kepalanya perlahan. Seketika kemudian, kelihatan senyuman nipis di bibirnya. Terasa comel sahaja kembar di hadapannya kini.
"Emm... abang ada soalan lain ke?" tanya Haris setelah merasakan Aqzi hanya memandang mereka berdua dari tadi. Seram sejuk pula apabila tiba-tiba Aqzi tersenyum.
"Kenapa? Dah nak bali ke?" tanya Aqzi kembali. Soalan memang ada tetapi, risau pula remaja di hadapannya mahu balik atau ada hal penting ke apa. Dah dia yang dipersalahkan nanti.
"A'ah"- Hairi "Taklah"- Haris. Jawab mereka berdua serentak tetapi dengan jawapan yang berbeza. Terus mereka memandang sesama sendiri dengan muka yang tegang.
"Eh... janganlah gaduh. Kalau ada hal ke apa, pergi ajelah. Abang boleh tanya lain kali. Guna ig ke? WhatsApp ke? Abang bukannya terdesak sangat nakkan jawapan" kata Aqzi sambil cuba untuk menenangkan jejaka-jejaka di hadapannya yang kelihatan seperti mahu berperang dunia ke-3.
Haris terus menjeling Hairi lalu mengambil dompetnya lalu diberikan kepada Aqzi sekeping kad.
Aqzi terkebil-kebil seketika sebelum mengambil huluran kad itu. Wow... budak sekolah dah ada kad...
"Okeylah, bang. Kami pergi dulu. Nanti apa-apa, dm je kitaorang. Insya-Allah kitaorang balas" kata Haris lalu bersalaman dengan Aqzi.
"Amm... pembetulan, bang. Dia yang janji untuk balas and not me. So... saya tak janji akan balas" kata Hairi pula.
Haris terus membuat muka tidak puas hatinya. Haih... mula dah nak sakitkan hati orang. Nasib ada orang lain dekat sini. Kalau tak... mampus kau aku kerjakan, Hairi walaupun tahu dalam mimpi je.
*****
Hairi terus berbaring di atas peha Haris sebaik sahaja mereka duduk di sofa di dalam bilik pengetua a.k.a papa diaorang sendiri.
Haris pula hanya elok membuat kerjanya. Langsung tidak terganggu dengan kewujudan iblis di pehanya itu. Yalah. Sebab itu ialah abang kembarnya dan bukannya iblis yang seperti author perkatakan.
Tidak berapa lama selepas itu, Encik Arieff datang kepada mereka lalu menunjukkan sesuatu melalui phonenya. Sesuatu yang betul-betul memeranjatkan Haris.
"Pa... seriously? Siapa yang sebar? Takkanlah secepat ni?" kata Haris lalu mengambil phone papanya itu untuk memastikan apa yang dilihatnya itu benar belaka.
Hairi yang elok hendak tertidur terus tersedar lalu melihat juga apa yang dilihat adik kembarnya itu. Sebuah video pergaduhan. Oh wow... siapa yang berani bawa phone pergi sekolah, sial...
"I think we have to make a surprise check, Haris... Penatlah macam ni... Pergi rekod orang bergaduh and then letak dekat insta? Zaman apalah budak ni guna... Tag nama orang pula tu. Memang ketinggalan zaman betullah..." bebel Hairi dengan mengambil kesempatan untuk bermain seketika dengan phone papanya.
"Masalahnya sekarang ni, masuk sekali dalam buletin sekolah. Bukan fasal buli je. Fasal kau sekali tahu tak? Now, nak buat apa?" kata Haris lalu merampas kembali phone itu dan diberi kepada Encik Arieff.
"Papa!!! Buang diaorang dari sekolah!!! Buang!!!" jerit Hairi lalu terus menekupkan mukanya di belakang badan Haris.
Haris dan juga Encik Arieff berpandangan sesama sendiri sebelum melepaskan ketawa kecil masing-masing. Yeah... itulah Hairi yang banyak sangat personaliti. Yang penting, salah satunya adalah bermanja dengan Haris.
"Dahlah. Itu semua, nanti papa uruskan. Korang just belajar macam biasa. Tak payah hiraukan apa-apa. Yang penting, kes tu akan settle. Okay?" ujar Encik Arieff lalu mengusap kepala anaknya itu.
"Amm... pa. Malam ni, dinner kat luar jom. Dah lama tak spend time dengan papa. Hehe... Tapi kalau papa sibuk, it's okay. Maybe lain kali?" kata Haris sambil membuat muka manjanya. Semestinya Haris ada muka manja tapi... untuk orang yang special dalam hidupnya jelah. Kalau bukan, jangan sibuk-sibuk nak adakan.
"I will bring you but, done your homework, first" kata Encik Arieff lalu mengangkat keningnya tiga kali.
Haris tersenyum lebar sebelum terus membuat semua homeworknya dengan pantas. Berbunga hatinya kerana terlalu gembira sehingga dia sendiri tidak sedar yang dia sudah terlelap.
Encik Arieff yang baru sedar anaknya sudah terlelap hanya tergeleng perlahan. Kemudian, jaraknya didekatkan dengan anaknya. Terus dicium ubun-ubun dan disusun anak-anaknya itu supaya mereka dapat tidur dengan selesa. Barang Haris dikemas lalu dimasukkan ke dalam beg.
"Sorry becauce papa can't be the best for you two. But, I'll try to be it. i can happykan korang with money but I know, you don't need it. You need love from me, right? I'll try to give it. I'm sorry again" gumam Encik Arieff sendirian sambil memandang sayu ke arah anak-anaknya yang lena itu.
*****
Haris termenung sendirian di beranda biliknya. Bulan purnama pada malam ini ditenung seperti tidak mahu dilepaskan. Dia mengenangkan dirinya yang sejak kebelakangan ini sentiasa berasa tidak tenteram. Ada sesuatu yang menyuruhnya rapat dengan seseorang tetapi, siapa dia?
Sedang dia asyik mengelamun, tiba-tiba, bahunya ditepuk dari belakang oleh seseorang. Terus dia menoleh ke belakang sebelum dia membuat muka menyampah.
"Weyh... jangan buat muka macam tu..." kata Hairi sambil menutup mukanya menggunakan kedua-dua belah tapak tangan.
"Pahal? Masalah?" tanya Haris dengan muka psikonya yang semestinya tidak psiko.
"Memang masalah. Sebab macam sampah. Lagi teruk dari sampah. Hahaha..." gelak Hairi sekuat hatinya.
Haris mengetap giginya sebelum dia memegang muka Hairi. Jarak mukanya dirapatkan dengan muka Hairi.
"Eh, kau kenapa? Kau nak cium aku ke apa ni? Jangan weyh... aku straight..." kata Hairi sambil cuba menolak tangan Haris.
"Kepala otak kau lah aku nak cium kau! Aku cuma perasan something je..." kata Haris dengan suara sengaja diperlahankan.
"A... apa? Ada benda ke kat muka aku?" tanya Hairi dengan perasaan seram sejuk. Mukanya diusap banyak kali sambil membaca ayat kursi di dalam hati.
"Eh! Rilek ah... aku cuma perasan muka kau sama macam aku je... So, aku nak cakap kat sini... muka kau macam sampah juga... Hahaahahahaha..." ujar Haris lalu ketawa terbahak-bahak. Dia terus berlari sekeliling bilik apabila Hairi mula mengejarnya dengan muka yang merah. Merah kerana malu dan merah kerana marah.
Ketika mereka berlari-lari begitu, terdengarlah perkataan keramat dari depan pintu bilik Haris.
"Beruk dua ekor ni... Sebelum aku campak masuk hutan sekor-sekor, baik siap cepat, sekarang. Tadi siang, kata nak dinner dekat luar sangat. Tapi jangan samapai korang dinner dalam hutan pula. Tak hutan, semestinya kubur. Nak?" ucap Encik Arieff dengan suara yang dingin dan muka yang selamba.
Apa lagi, kelam-kabutlah diorang hendak bersiap. Baju entah apa-apa dipakainya. Macam-macam gaya. Yang terbaliklah, tersangkutlah, itulah, inilah. Semualah. Sampai Hairi yang sepatutnya bilik di sebelah memakai semua barang Haris sebab Encik Arieff kalau cakap, dia buat walaupun benda itu agak melampau.
Encik Arieff yang masih berada di pintu itu tidak tahu hendak ketawa atau nak kesian. Itulah dia jika tiada persediadaan apa-apa. Semuanya jadi kelam-kabut.
*****
"So now, take your order. Order je apa-apa. Don't worry. I'll pay for it. No more prank" kata Encik Arieff lalu tergelak halus di hujung ayatnya.
"Papa! Janganlah main-main..." kata Hazif dan Haziq serentak bersama wajah cemberut mereka.
"I say... no. more. prank... still don't understand?" tanya Encik Arieff dingin yang membuatkan mereka semua terus mengorder apa yang mereka mahu.
Lebih kurang dalam setengah jam kemudian, makanan yang dipesan pun sampai. Semua order memang berlebihan dari orang. Orang lima je tetapi makanan? Macam ada 10 orang. Because? Diaorang memang makan banyak. Tambahan pula, nasi tidaklah banyak mana. Hanya Hairi dan Haris sahaja yang mengorder nasi. Yang lain hanya makanan yang kurang karbohidrat.
"Apahal kau ni, Ris? Fikir sweet ah makanan nak sama..." kata Hairi dengan gigi diketap tanda tidak puas hati dalam versi bergurau. Tanda tidak puas hati dalam versi bergurau? Macam mana tu?
"Biarlah. Kita kan kembar, tak salah pun kan?" balaass Haris pula sambil mengerdipkan matanya beberapa kali menghadap Hairi.
Hairi menolak pipi Haris menjauhinya. Rasa mahu disepak muka Haris itu tetapi, mujur sayang.
"Sudah, Haris, Hairi. Jangan banyak kata sangat. Makan. Tak habis, papa tinggal. Balik naik grab or teksi sana" kata Encik Arieff dengan riak muka garangnya.
Hairi terus makan seperti biasa manakala Haris pula makan dengan elok tetapi muka cemberut dibuat. Namun, tiada siapa yang melayan perangai manja Haris itu. Buang masa dan tenaga je.
Beberapa minit kemudian, makanan yang terhidang, habis keseluruhannya dimakan oleh mereka semua. Semua tersandar kepenatan di kerusi tempat duduk masing-masing.
Encik Arieff melihat hanya mampu tersenyum kecil. Rasa terhibur dengan gelagat anak-anak yang dibesarkannya ini. Walaupun dia tahu anak-anaknya banyak menderita, tetapi anak-anaknya pandai menyorokkannya dan yang terlihat hanyalah wajah kebahagiaan mereka.
"Amm... pa. Hujung minggu ni papa sibuk tak?" celah Hazif setelah merasakan suasana krik-krik dari tadi walaupun sekeliling mereka tersangatlah riuh.
"No. I'm free. I start busy next week. Why?" kata Encik Arieff dengan muka yang selamba. Dah tak ada reaction lain. Selamba ajelah. Takkan blur pula en? Haha... Okey, author dah start merapu dah ni.
Hazif dan Haziq berpandangan sesama sendiri. Mereka terangguk-angguk sambil tersenyum kecil.
Encik Arieff hanya menggelengkan kepalanya. Apa-apa ajelah budak-budak ni... Haih...
*****