AZNIL dibawa ke bilik pengawas setelah dihalau keluar dari bilik disiplin oleh Cikgu Azhar. Sampai sahaja di bilik itu, Aznil disuruh duduk di kerusi yang ada. Sudah seperti banduan yang hendak disoal siasat pun ada lagaknya.
"Apa yang korang nak dari aku, hah? Aku malaslah nak layan... Buang masa, siot!" kata Aznil sambil berpeluk tubuh. Matanya merenung mata Haris yang kelihatan agak pengecut berbanding tadi.
"Kitaorang tak nak apa-apa pun. Just... some fun? Maybe" balas Hairi.
"What? Fun? Brave? Try it if you can" balas Aznil kembali. Dia mahu menang. Matanya merenung dalam... dalam... sedalam-dalamnya mata milik Hairi. Merenung marah bukannya menggoda.
Hairi membalas kembali renungan itu. Pantang dia apabila ada orang menentangnya.
Pengawas lain di dalam bilik itu dapat merasakan situasi dingin. Meremang bulu roma lagi-lagi bagi sesiapa yang duduk berhampiran dengan mereka.
"Eii... Dah! Stop all of it! Aznil, aku tanya sekali, jawab. Kenapa kau belasah budak tu?" tanya Haris sangat dingin dan keras.
"Kau pekak? Aku dah cakap kan sebab dia yang lekat semua gambar tu because dia jealous. Kau Hairi, tak marah ke?" kata Aznil.
Hairi diam sebelum dia memberikan senyuman sinis kepada Aznil. Soalan itu terasa lucu baginya. Lucu sangat.
"Nak tahu something tak? Sebenarnya, kau yang jealous. Kalau nak tahu, aku pergi sekolah time pagi, tak ada pun benda tu. Time rehat, dia dengan Haris tapi benda gambar tu dah banyak dah. Dan yang aku nampaklah... adalah lelaki berhoodie ni dalam lima orang gitu tampal-tampal and then... aku nampak..."
"Aku? Kau fikir aku tak ada maruah ke?! Bodoh!" tengking Aznil lalu berdiri.
Bendahari pengawas, Amir, menenangkan Aznil. Dia tidak kisah apabila ditumbuk secara tiba-tiba kerana selain mengutip duit, dia juga menjadi penenang. So, tak mustahil lah kalau dia lebam sana sini.
"Tahu pula kau. Habis tu, kau fikir, dia tak ada maruah? And one more thing, ada aku cakap itu engkau? Bengap" sinis Hairi sambil menunjal dahi Aznil.
Aznil menangkap tangan Hairi dari terus menunjal dahinya dan dicengkam dengan kuat sehingga tangan Hairi menjadi biru akibat darah tidak mengalir. Tersenyum sinis dia apabila terdengar erangan kecil daripada mulut Hairi yang disangkakannya tidak mempunyai urat kesakitan.
Pengawas yang lain hanya melihat sahaja. Tidak mahu masuk campur urusan Aznil dan Hairi yang sememangnya ditakdirkan sejak azali lagi untuk bergaduh.
Haris mengambil pen dia dan diketuk di kepala Hairi sekuat yang boleh.
Hairi memegang kepalanya yang diketuk dan memandang Haris dengan muka yang tidak berpuas hati. Namun, dia hanya berdiam diri dan duduk di kerusi lain.
"Henry, its not the time to be grumble. Like a kid, you know" kata Haris yang sememangnya memahami tingkah laku Hairi itu.
Pengawas lain hanya menahan tawa. Terasa lucu pula. Pengawas yang paling garang, paling ego, dan yang paling keras kepala merajuk? Terasa seperti menonton free show pula.
"Lain kali, selesaikan masalah. Bukannya timbulkan masalah. Faham Tengku Hairi Mizail? Understand Henry Darl Louivies?" tanya Haris bernada membeli sengaja mahu memalukan diri kerana baginya, Hairi ini sudah melampau. Perlu diajar sikit.
"I'm understood it, Harris" balas Hairi.
"Okey... Berbalik kepada situasi... Aznil, kau tak boleh tuduh orang sesuka hati tanpa bukti. Tambahan pula apabila melibatkan maruah. Cuba kau fikir, kalau dia yang buat pun, apa motifnya? I give you 20 second to think about it" kata Haris dengan sopan.
Aznil pada mulanya berasa panas terus menjadi sejuk apabila mendengar suara Haris yang sopan berserta lembut itu menyapa gegendang telinganya.
"Amm... because... dia sakit hati? Sebab pagi tadi aku ada sakitkan hati dia. Dia nak balas dendam? Maybe?" jawab Aznil tergagap.
"Kalau dia berdendam dengan kau pun, perlu ke libatkan aku? Geng budak gila tu (HAZ²S)? Bodoh!" sinis Hairi di tempat duduknya.
"Ecah, bawa dia masuk kelas. Aku takut ada benda terbang pula nanti. Kalau ada cikgu, cakap 10 minit lagi dan jangan bagi pelajar lain tanya pada dia. Tak fasal-fasal dia buat cold war dengan semua orang" kata Haris dengan keluhan di hujung ayat nya.
Aisya terus membawa Hairi keluar dan menuju ke kelas. Nasibnya baik kerana Hairi hanya mengikutinya dan tidak membantah. Jika tidak, sudah menjadi satu masalah pula untuk memujuknya.
"Haih... hidup dia ni memang nak cari musuh ke apa? Dari tadika sampai dah nak SPM, perangai tak ubah-ubah. Malangnya nasib dapat setiausaha macam tu" kata Amir setelah memastikan bayang Hairi sudah tiada.
Haris hanya mengangkat kedua-dua bahunya sahaja. Malas hendak berkata lagi tentang hal itu.
"Aznil... Macam mana aku nak cakap ea? Sebenarnya, gambar-gambar tu mengikut CCTV, budak geng kau yang buat. Tiga orang lagi tu, kuli budak kau" kata Haris dengan nada rasa yang bersalah.
Aznil kelihatannya sedang termenung seketika memikirkan sesuatu. Seketika kemudian, dia menumbuk meja yang berada di hadapannya itu berkali-kali sehingga tangannya mulai merah.
Amir yang berada di sisi Aznil terus menahan tangan Aznil dari terus melakukan perbuatan gila tersebut. Dia cuba melawan walaupun Aznil kelihatannya bersikap agak agresif berbanding tadi.
Aznil yang berasa rimas dengan tahanan daripada Amir terus menolaknya ke tepi sehingga terjatuh dan dia terus menyambung menumbuk meja itu. Mahu sahaja dia menumbuk manusia di dalam bilik itu tetapi dia sedar dan masih lagi waras. Itu bukannya rakannya dan mereka tidak bersalah pun. Tiada alasan untuk diserang.
Seketika kemudian, dia dapat merasakan tangan Haris menggosok bahunya. Dia tidak menghalang tetapi hanya membiarkan malah mahukan usapan itu lebih lama lagi. Dia berasa tenang diperlakukan sebegitu. (apa-apa pun pesanan daripada author, Aznil bukan gay ya?)
"Argh! Kenapa dunia ni kejam?!" jerit Aznil secara tiba-tiba.
Hampir terlompat Haris Mendengar jeritan tiba-tiba itu. Nasib baik tidak terlompat betul. Jika tidak, jatuh maruahnya sebagai ketua pengawas.
Amir pula sudah mengurut dadanya. Nasib baiklah dia tiada kena heart attack. Jika tidak, pasti sudah menjadi satu masalah pula hendak menguruskan mayatnya.
Dalam dunia ni, tak ada yang kejam. Cuma, situasi kita yang menjadikan dunia tu kejam, Aznil. Lagipun, kalau kau fikir kau kat tempat diaorang, kau tak rasa dunia ni kejam kan?" kata Haris cuba untuk menenangkan Aznil.
"Okeylah. Senang cerita, kau cari kawan lain yang boleh dipercayai. Habis cerita" sambung Amir pula. Bosan sebenarnya dia berlama-lama semata-mata mahu menyelesaikan masalah orang. Kalau tadi, dia boleh bersabar tetapi apabila asyik diberikan nasihat langsung tak jalan, tak gunalah kata lagi.
"Haris, tolong aku bersihkan nama Arissa?"
"Insya-allah aku cuba. Tapi, better kau cuba tanya kawan batch kau dulu. Aku form 5 yang menjadi harapan sekolah. Jadi, kau tahu-tahulah kan?" balas Haris.
Aznil mengangguk faham bercampur kecewa. Yalah. Dia tidak dapat mengagak siapa di antara kawannya yang masih lagi boleh menerima Arissa melainkan Kyra dan Zafirah. Haa... Kyra dan Zafirah! Kyra dan Zafirah pasti boleh bantu tetapi... setelah apa yang berlaku, diaorang mahu ke?
Kepala Aznil mula serabut kembali. Rasa seperti hendak melutut meminta maaf kepada Arissa sahaja tetapi dia tidak boleh buat itu. Kerana apa? Kerana ego! Lagipun, pasti sudah tersebar berita Aznil memukul Arissa kepada pelajar lain hanya disebabkan salah faham. Dan satu kerja lagi mahu menjelaskan kesemuanya. Pengakhirannya, dia yang terpaksa menanggung malu. Dituduh pula dayus. Harghh... serabut!
*****
Sepanjang berada di dalam kelas, Hairi hanya diam dan membuat muka protesnya. Kawan-kawan yang menegur hanya dibiarkan walaupun tiada yang menanya tentang kejadian tadi. Namun, awal-awal lagi dia sudah aktifkan cold war. Geram + merajuk + mengada-ngada dengan Haris. Biasalah. Nak dapat attention lah katakan.
Seketika kemudian Haris pun masuk ke dalam kelas. Duduk sahaja di tempatnya, Hairi terus menyembamkan mukanya di peha Haris dan mengambil tangan Haris lalu dipeluknya.
"Oi, Ri. Kau dah kenapa? Bangunlah weyh. Nanti orang fikir kau manja, kau marah" kata Haris sambil menepuk-nepuk badan Hairi perlahan.
"Biarlah orang fikir aku manja. Aku memang manja pun. Lagipun, kau dah berubah. Kau lagi back up orang lain berbanding aku" jelas Hairi yang kedengaran agak samar-samar di pendengaran Haris. "Lagi satu, kau dah tak sayang aku..." sambungnya dengan suara yang sengaja dimanjakan.
"Aku back up orang lain sebab kau ni suka menyampuk. And... kau kembar aku. Takkan aku tak sayang pula. Aku tak pernah benci kau walaupun kau selalu sangat marah, belasah aku" balas Haris sambil bermain dengan rambut Hairi. Diusapnya perlahan sehingga membuatkan Hairi hampir tertidur.
Lama-kelamaan, Haris dapat mendengar dengkuran halus dan kecil. Jadi, tahulah dia bahawa Hairi sedang tidur di atas pahanya sekarang.
Seketika kemudian Hafriena di hadapan memusingkan kerusinya dan duduk menghadap Haris.
"Hairi mana? Tadi ada. Tak kan keluar dari kelas kot..." tanya Hafriena.
Haris hanya menunjuk ke arah kepala Hairi di atas pahanya itu.
"Alahai... manjanya dia. Handphone kalau ada ni, aku dah lama ambil gambar. Sejak bila pandai tidur dekat paha orang pula ni?" tanya Hafriena sambil bermain dengan pen Haris.
Haris menitik tangan Hafriena lalu mengangkat jari telunjuknya dan digerakkan ke kiri dan ke kanan. Kemudian, semua barangnya dikemas dan disimpan di dalam laci meja.
Hafriena mengetap giginya dan dilaga-lagakan sambil memandang muka Haris tanda tidak puas hati. Tetapi tidak pula dia mahu merajuk dengan Haris. Dia rasa Haris akan terlihat lebih matang jika dia (Hafriena) merajuk. Sebab itu dia tidak merajuk jika dengan Haris.
"Dah... pergi sana. Aku nak tidur. Jangan kacau. Kalau ada fans kitaorang datang, tolong halang ea? Sayang kau. Bye... Goodnight" kata Haris lalu meletakkan kepala dan tangan kirinya di atas meja. Tangan kanan pula mengusap belakang badan kembarnya itu.
Hafriena mencebik. Rasa seperti dipulaukan pun ada juga. Hah... hidup.
*****