Download Chereads APP
Chereads App StoreGoogle Play
Chereads

DERITA BERAKHIR BAHAGIA

🇲🇾evvevrian27
--
chs / week
--
NOT RATINGS
134.3k
Views
Synopsis
Mengisahkan seorang pelajar perempuan sekolah menengah, Tengku Arissa Mikael. Merupakan pelajar bermasalah di sekolah kerana ayah dan ibunya yang membenci dirinya yang menyebabkan dia menjadi gangster sekolah tetapi baik hati. Hidup Arissa lama kelamaan menjadi ceria apabila dia berjumpa dengan Haris merangkap anak pengetua sekolah tersebut yang sudi berkawan dengannya. "Aku tak sangka masih ada orang yang berkawan dengan aku. Tapi aku harap kau ikhlas cause semua orang yang pernah nak jadi kawan aku hanya sebab rupa dan harta. So... hope kau faham"- Arissa. "Saya janji yang aku tak akan jadi salah satu daripada diaorang. Lagipun, macam ada satu suara yang menyuruh saya berkawan dengan awak. Bagi saya, awak macam familiar dalam hidup saya walaupun kita tak pernah jumpa"- Haris. _____________________ Namun, hidup Arissa kembali terseksa apabila ayahnya sendiri mahu menyeksa dan membunuh dirinya. Arissa tidak tahu hendak berbuat apa melainkan pasrah sahaja. Apa akan jadi pada Arissa? Adakah dia terus mati begitu sahaja atau... keajaiban akan berlaku? Nak tahu jawapan, bacalah DERITA BERAKHIR BAHAGIA ini!
VIEW MORE

Chapter 1 - PROLOG

"Baiklah. Aku call kau balik, nanti. Pastikan rancangan kita berjaya. Aku tak nak budak tu hidup depan mata aku lagi," kata Encik Zaimee lalu mematikan telefonnya. Dari bibirnya, terlihat senyuman kemenangan yang tidak pasti. Malam minggu hadapan, satu nyawa akan terpisah dari jasadnya. Dia akan pastikan itu.

Arissa yang terdengar perbualan Encik Zaimee dan seseorang di dalam telefon menekup mulutnya sendiri untuk  menahan suaranya dari terkeluar. Budak yang dimaksudkan ialah dirinya. Bermaksud... dirinya bakal diseksa dan dibunuh? Dia ingin pergi dari situ tetapi malang tidak berbau, Encik Zaimee terlebih dahulu perasan akan keberadaan Arissa dan terus mencengkam tangan Arissa dari pergi dari situ.

"Kau fikir aku ni bodoh ke? Kau fikir, aku tak tahu rancangan kau nak buat laporan polis tentang aku? Kau call dia dekat kawasan aku memang aku tahulah... Terima kasihlah sebab datang. Mudah kerja aku" kata Encik Zaimee lalu ketawa kejam.

'Kawasan daddy? Tak mungkinlah. Aku call Zafirah dekat taman kot. Mana mungkin...' bisik hati Arissa lalu memandang muka Encik Zaimee untuk  meminta penjelasan.

"Ouh. Kau tak faham ea? Baiklah. Kau tak sedar ke kawasan taman tu tak ramai orang and kalau kau perasanlah, dekat taman tu ada guard? Taman bunga biasa mana ada guard ke apa. So, sah-sahlah tempat tu orang punya,kan?" Tanya Encik Zaimee yang mempunyai sedikit klu.

Arissa tersentak. Baru dia teringat sesuatu. Sebelum dia masuk ke dalam taman bunga itu, ada satu papan tanda yang tertulis 'Z twins's flower garden' dan nama pemiliknya disertakan namun, dia hanya buat-buat tidak tahu. Dia bukan kisah sangat fasal benda-benda seperti itu.

Encik Zaimee hanya tersenyum lalu menarik tangan anaknya itu supaya mengikutinya. Hampir terlupa dia akan tujuan sebenarnya. Nasib baiklah dia tidak melencong jauh lagi. Kalau tidak, pasti dirinya tertangkap.

Arissa meronta sebelum kepalanya dihentak dengan benda yang keras dan akhirnya pengsan.

*****