Download Chereads APP
Chereads App StoreGoogle Play
Chereads

PUISI HATI

Farah_Hanney
--
chs / week
--
NOT RATINGS
16.4k
Views
Synopsis
puisi tentang kehidupan yang memberi kesedaran kepada setiap pembaca untuk sentiasa bersyukur pada kehidupan yang sedia ada
VIEW MORE

Chapter 1 - Aku Insan Perlukan Tuhan

Terdampar aku ditepian pantai

Merenung pilu mendengar desiran pantai

Ombak yang menghampiri

Aku mendongak melihat langit

Aku menitiskan air mata

Melihat indahnya ciptaan Ilahi

Aku kesunyian tanpa teman

Ku inginkan senyuman

Ku inginkan kebahagiaan

Namun yang datang

Cuma kesedihan

Terundanglah keperitan

Aku mendongak kembali

melihat langit

Ku renung burung-burung berterbangan

merdu berkicauan

Mereka bahagia tanpa sunyi

Aku sedar aku tidak sendirian

Aku perlukan Tuhan

Aku perlukan doa

Meminta Redha Ilahi

Tuhan yang Maha Esa

Pencipta sekalian Alam

hanya pada-Mu

Ku pohon kebahagiaan

Hanya pada-Mu

Ku pinta senyuman

Zikir indah ku alun merdu

Mencapai redha dunia dan akhirat Mu

Tanpa teman aku mampu

Mengorak langkah baru

Kerana aku tahu

Tuhan bersamaku

Dan aku adalah insan

Yang perlukan Tuhan