Selepas sahaja habis class pagi ni,mereka semua terus sahaja bergerak keluar dari kelas.
"Yess!!Dah cuti!!!"gembira elica.
Riduan disebelah elica ketawa kecil melihat elica yang gembira.
"Gembira honey eaa.."usik riduan.
Elica memandang riduan.
"Of course la,baru la otak ni dapat relax dari assigment yang lecturer bagi tuuu.."balas elica lalu memeluk lengan riduan.Ceehhh!!
Syafiz yang melihat kemesraan riduan dan elica berasa cemburu HAHA !!
"Ehemmm!!sweet nampak"tegur syafiz.
Riduan memandang syafiz lalu menumbuk bahu syafiz.
"Jeles ke bro.."kata riduan.
"Sakit la sengal!!Hello,aku tak jeles.Aku pun boleh sweet la"geram syafiz.
Syafiz menarik tangan jiha lalu memeluk bahu.Jiha terkejut dengan reaksi syafiz.
"Terkejut saya tau.."kata jiha.
Syafiz tersengeh kecil.
"Sorry princess,tengok la tu..depe saja je buat-buat sweet nak buat kitew jeles"kata syafiz sambil membuat suara mengada.
Ryan dan isya ketawa melihat telatah mereka semua.
"Hadoi!!Mentang-mentang korang semua ada partner nak bersweet-sweet pulak ea kat sini"kata ryan.
"Alah,kau pun ada partner jugak tu kan.."kata selamba syafiz.
"Banyak la kau"kata ryan lagi.
"Takpe-takpe,aku pun nak sweet jugak"sambung ryan lagi.
"Sayang..."panggil ryan.
"Ye baby bucuk-bucuk"balas isya lalu menahan ketawa.
"Tengok,sweet tak?"kata ryan.
"Cehhhh!!!"usik mereka.
Muka isya berasa merah,malu.Ryan memegang tangan isya.
"Pheweeettt!!!Ryannn!!!"kata mereka.
Muka isya semakin merah,malu disebabkan ryan.
"Wehh,malu la.."bisik isya.
Ryan memandang muka isya sudah merah.
"Hahaha..kenapa nak malu?kita wife dengan husband kan?"kata ryan selamba.
Isya mencubit lengan ryan.
"Wife fake je.."kata isya.
"Auwww!!Hehe.."sengeh ryan.
Akhirnya,mereka sampai ditempat letak kereta mereka.
"Tengah hari nanti,kitaorang datang rumah kau ryan"kata riduan.
"Oraight.."balas ryan.
"Jangan pulak kitaorang datang,korang takde pulak kat rumah"kata elica.
"Takdelah,kitaorang ada je"balas ryan.
"Okeylah,kitaorang balik dulu"kata mereka.
"Okey,aku pun nak balik"kata ryan.
"Bye..korang"kata mereka.
*****************
Ryan yang bosan duduk didalam bilik,terus keluar dari bilik.Dia pergi ke hadapan pintu bilik isya.Dia memulas pemegang pintu,lalu membuka kecil pintu.Dia mengintai kedalam bilik isya.
"Isya..."panggil ryan.
Isya yang sedang mengemas baju,memandang arah pintu biliknya.
"Masuk la,buat apa terjegat kat depan pintu"kata isya.
Ryan pun masuk kedalam bilik isya.
"Kau tengah kemas baju?"tanya ryan.
"Taklah,tengah buat anak"balas isya.
Ryan ketawa mendengar jawapan isya.
"Kau nak buat anak ke?sepatutnya panggil aku sekali"kata ryan lalu ketawa.
Isya menjeling ryan.
"Errr...gatal.Dah nampak aku tengah kemas baju,tanya lagi tengah buat apa"geram isya.
"Alolo..janganlah marah,aku tanya je.Marah-marah nanti cepat tua"kata ryan.
"Yelah-yelah"balas isya.
Ryan melihat tangan isya yang ligat melipat pakaian-pakaian.
"Nak aku tolong?"pelawa ryan.
"Ikut kau la"kata isya.
'Rajin nak tolong aku,ada makna la tu..'bisik hati isya.
Ryan mengambil baju isya yang belum dilipat lalu melipatkanya.
"Nah"kata ryan memberi baju yang telah dilipatnya.
Ryan terlihat pakaian dalam isya.Ryan mengambil baju dalam isya.
"Yang ni..nak lipat macam mana?"tanya ryan lalu menunjuk dihadapan muka isya.
Isya memandang benda yang ditunjuk oleh ryan.
"Ryan!!"jerit isya,lalu merampas baju dalamnya dari ryan.
Ryan ketawa melihat muka isya malu.
"Dah..tak payah tolong"kata isya.
"Ala.."kata ryan.
"Takde ala-ala..nanti kau main barang aku"kata isya.
"Yelah"balas ryan.
Ryan hanya melihat sahaja isya melipat pakaian.
"Bosanlah isya.."merungut ryan.
"Hmm..aku pun bosan jugak,apakata kau cerita pasal diri kau"kata isya yang sedang lipat kain.
"Kau nak tahu pasal aku yang mana satu?"tanya ryan.
"Ermm..pasal kau dari zaman sekolah"kata isya lagi.
"Okey,aku cerita"kata ryan.
"Waktu aku sekolah menengah,aku seorang ketua pengawas..."cerita ryan.
"Series la,kau ketua pengawas?"kata isya.
"Kenapa pulak?"tanya ryan.
"Tak sangka orang yang gatal macam kau pun boleh jadi ketua pengawas"kata isya lalu gelak.
"Hish!!nak dengar ke tak?"kata ryan.
"Okey-okey,sambung"kata isya.
"Tu je..takde special pun tentang aku"kata ryan.
"Adoii...ingatkan ada sambungan"kata isya.
"Kau pulak?kau sekolah mana?"tanya ryan pula.
"Aku?ermm...aku.....aku...sekolah mana erkk?"isya berfikir.
"Takkan kau tak tahu kau sekolah mana?"hairan ryan.
"Aku tak ingat"kata isya.
"Cepatnya kau nyanyok ishh²!!"kata ryan lalu mengeleng kepala.
"Manada aku nyanyok la.Tapi aku memang taktahu aku sekolah mana"kata isya.
"Pelik betul la kau ni"kata ryan.
"Hmm"
"Lepas kau habis sekolah,kau buat apa?"tanya ryan lagi.
"Aaa...aarrr....haa!!...aku ada kat london"kata isya.
"Kenapa kau tergagap-gagap cerita pasal kau?"tanya ryan.
"Sebab aku tak ingat la.."kata isya.
"Ooo.."
"About love?"tanya ryan.
"Hmm...love story?"tanya isya balik.
"Ya"jawab ryan.
"I don't know about love.."balas isya.
"Who irfan?"tanya ryan.
"Ouhh irfan,dia saudara aku yang duduk dekat london.Waktu aku dekat london,dia la yang selalu ada dengan aku"kata isya.
"Kau suka dia?"tanya ryan.
"Dia pernah lamar aku,aku terima dia.Tapi,aku sendiri tak pasti apa perasaan aku pada dia..aku tak tahu samada aku betul cinta dia ataupun tak?"jelas isya.
"Sejak aku balik malaysia,perasaan aku kata lain..aku macam rasa..."kata isya.
"Kau rasa apa?"tanya ryan ingin tahu.
"Aku tak tahu...aku rasa...ada satu perasaan dulu hadir...tapi...."sambung isya.
"Aku rasa sebelum aku jumpa dia,aku pernah rasa perasaan cinta terhadap seseorang!!seseorang yang aku dah lupa!!"luah isya sambil pejam mata.Dia berkata dengan apa naluri dia rasa.
Ryan mendengar luahan hati isya.Dia melihat sebutir demi sebutir air mata isya mengalir.
"Isya...kau okey?"tanya ryan sambil memegang kedua belah bahu isya.
Isya membuka mata.
Ryan memandang anak mata isya.Tetiba isya memeluknya.
"Tskk...Tskkk..."bunyi esakkan isya.
Ryan mengosok perlahan belakang isya.
"Apa maksud kau?"tanya ryan.
"Tskk...aku rasa...aku pernah...kenal..seseorang..seseorang..yang aku sendiri...tak pasti..siapa?"kata isya.
------------
Don't Forget To Votes And Comments..