TUK !! TUK !!
Bunyi pintu rumah diketuk,disertakan dengan suara orang.
"Ryann !! Ooo !! Ryann !!"suara diluar rumah.
Isya berlari turun kebawah apabila mendengar pintu rumah diketuk orang.Lalu dia membuka pintu.Dan terpapar wajah syafiz,riduan,jiha,dan elica.
"Isya !!"kata jiha dan elica.
Mereka memeluk isya.
"2 hari kau tak datang fakulti,rupanya dekat sini kau erkk.."kata elica.
Isya tersengeh kecil.
"Sorry la.Aku tak sihat sangat"balas isya.
Isya memandang kearah syafiz dan riduan.
"Ehhh,Korang..jemputlah masuk.Ryan ada dekat dalam"pelawa isya.
Mereka semua pun masuk kedalam rumah.
Ryan yang baru turun dari tangga,terus pergi kearah mereka diruang tamu.
"Korang nak datang,tak mesej aku pun dulu"kata ryan.
"Kau tanyalah si syaf tu,dia kata nak buat suprise kononya.."kata elica.
"Hehehe"sengeh syafiz.
"Korang duduklah"kata ryan.
Mereka semua duduk diruangtamu.
"Macam mana isya boleh ada dekat sini ryan?"tanya riduan sambil memandang arah isya.
"Haah,betul tu.."sampuk syafiz pula.
Ryan sudah tersengeh kecil.
"Ermmm...aku....."kata ryan.
"Aku suruh isya teman aku"sambung ryan.
"HAHH !!"terkejut mereka.
"Kau suruh isya teman kau.Kau gila ke ryan,buatnya kena tangkap basah..sia-sia je kawin free.."kata riduan.
"Alah kau ni rid,kau takkan tak tahu ryan ni memang suka buat keje gila"sampuk syafiz disebelah jiha.
"Sedap kau cakap aku gila"marah ryan.
"Macam mana kau boleh setuju duduk dengan ryan?"tanya elica pada isya.
"Kau tanyalah mamat ni..asyik nak cabar aku.."balas isya lalu jeling ryan.
"Cabar apa?korang main cabar apa ni?tak faham?"soal jiha.
Mereka semua memandang arah ryan dan isya.
"Jawablah"kata isya pada ryan.
"Kaulah"kata ryan.
Isya menyiku ryan.
"Kau yang cabar aku kan"kata isya lagi.
"Ryan..kau jangan cakap kau ada buat benda yang tak masuk akal..."kata riduan.
"Adalah sikit..hehe.."sengeh ryan.
"Ryan...baik kau cakap,kau cabar isya apa?"kata mereka.
"Aku...cabar isya suruh jadi....isteri aku"terus terang ryan.
"APA !!"lagi sekali mereka terkejut.
"So...isya jadi isteri kau la"kata syafiz.
"Isteri fake dia"sampuk isya.
"Tapi..kena jalankan tugas macam seorang isteri la.."sambung isya.
"Jadi...korang...tidur...sekali.."kata elica.
"TAK !!"serentak ryan dan isya.
"Betul,korang tak tidur sekali?"soal syafiz.
"Betullah,isya tidur bilik lain"kata ryan.
"Ooo.."
"Korang datang sini nak apa?"tanya ryan sambil memandang mereka semua.
"Saja datang nak mengacau kau"kata riduan.
"Ehhhh².."kata ryan.
"Takdelah,kitaorang datang sini ada hajat"kata syafiz.
"Berhajat pulak,macam nak masuk meminang pulak"kata ryan.
"Kitaorang cadang nak ajak korang pergi HOLIDAY !!"kata mereka teruja.
"Tapi...aku dengan isya tak boleh join korang la"kata ryan.
"Asal?"tanya riduan.
"Aku ingat nak bawak isya balik kampung tokma"jelas ryan.
"Series,kau nak balik kampung tokma!! nak ikut wehhh"kata syafiz.
"Nak ikut isya..."kata jiha.
"Haah la,apakata kitaorang ikut kau balik kampung tokma jugak.Boleh ryan?"kata riduan pula.
"Boleh,lagi ramai lagi meriah kan"kata isya.
"Tak boleh"kata ryan.
"Boleh!!"kata isya pula.
Tetiba ryan menyiku isya.Isya memandang ryan.
'Apa?'
'Kenapa kau bagi?'
'Werkk! Biarlah'
"Yess!!"gembira elica dan jiha.
"Bila kau nak balik rumah tokma?"tanya elica.
"Selasa depan"balas ryan.
"Okey,nanti kitaorang angkut barang pergi rumah kau"kata syafiz.
"Ehh..nak buat apa?"tanya ryan.
"Kitaorang mana tahu kampung tokma kau,so..kitaorang hari isnin bertapa duk dekat rumah kau.Esoknya kita bertolak la"cadangan syafiz.
"Hmm..yelah"balas ryan.
************
Sementara menunggu gadis-gadis mereka menyiapkan makan malam,mereka duduk diruangtamu sambil main game.Err !! So childish right? hoho..
"Kenapa la korang nak ikut aku balik kampung tokma"ujar ryan sambil ligat bermain game.
"Dah kau tak dapat join kitaorang holiday,so..that's why kitaorang ikut kau"kata syafiz.
"Haishh!!hancuss musnah harapan aku"kata ryan.
"Asal pulak?"tanya riduan.
"Kau tahu tak!!Aku baru nak spend time berdua dengan dia tau.Tup!Tup!korang nak ikut pulak"bebel ryan.
Mereka berdua ketawa mendengar ryan membebel.
"Kau dah suka dia ke?"tanya syafiz.
"What you means?"tanya ryan balik.
"Terangkan rid"kata syafiz pada riduan.
"Cantik sungguh!!Kau cakap,nak suruh aku pulak translate.."kata riduan.
"Ala..kau kan pandai nak berayat-ayat ni"kata syafiz.
"Errr..."riduan membuat muka menyampah.
"So what?"tanya ryan.
"Syaf means,kau dah buka hati kau ke..untuk some girl"jelas riduan.
"Ooo..ermm..maybe"balas ryan.
"Baguslah tu ryan,kitaorang pun taknak tengok kau hidup dalam kesedihan je..tak salahkan kalau kau cuba menerima orang lain?right"kata syafiz.
"Aku sokong kata syaf"kata riduan pula.
"Ye..aku cuba..tapi tak semudah tu,aku mampu lupakan dia.Aku dari kecik berpisah dengan dia,bila dah besar baru jumpa dia?kau rasa.Bertahun aku tunggu girl annoying aku,tapi akhirnya allah bertemukan juga aku dengan dia.
Tapi,allah berikan dia untuk aku sekali dengan ujian yang besar.Ujian yang buat aku sendiri tak kuat nak hadap.Aku lemah,bila aku hilang dia...orang yang aku cinta selama bertahun-tahun.Bukan aku hilang dia je,tapi aku hilang anak aku sekali.Kau rasa,aku kuat nak hadap hari-hari aku tanpa dia.Dia yang selalu ada sebelah aku time aku makan,tidur dan tiap-tiap hari aku.."luah ryan sambil menghembus berat nafas.
Riduan mengosok perlahan bahu ryan.
"Aku tahu kau kuat ryan.Kalau kau tak kuat,kitaorang takkan jumpa kau ryan"kata riduan.
"Betul tu ryan,kitaorang tahu kau kuat.Kitaorang tahu,susah,pahit,sakit untuk kau semua ni.Tapi aku tahu member aku ni kuat,dia takkan menyerah"kata syafiz pula.
"Thanks korang,selalu ada untuk aku..tanpa korang jugak,rasanya aku tak mampu bangkit jadi Aryan lagi"kata ryan.
"Ehemm...korang!"berdehem seseorang.
Mereka semua menoleh kebelakang.
"Makanan dah siap,jom makan"kata jiha.
"Okey,nanti kitaorang datang"balas ryan.
Jiha pun beredar pergi dari situ.
***************
Jiha masuk semula kedapur.
"Kau dah panggil depe?"tanya elica disebelah isya yang sedang mengceduk laut dalam kuali.
"Dah dah..ryan cakap jap lagi diorang datang"balas jiha lalu mengambil pinggan yang berisi lauk.
"Jom angkat lauk letak kat meja"kata isya kepada mereka.
"Okey"balas mereka.
Mereka mengangkat beberapa pinggan berisi lauk lalu membawa ke meja makan.
"Aku pergi ambik pinggan nasi jap"kata jiha.
"Okey"balas isya lalu mengambil sudu meletakkan didalam setiap pinggan lauk.
Jiha kembali semula ke meja dengan membawa 6 buah pinggan.Elica menolong menyusunkan setiap pinggan nasi diatas meja.
***************
Mereka semua menjamu hidangan makanan yang berada diatas meja.Sambil makan,mereka berbual-bual.
"Sedap..korang masak"puji riduan.
"Betul tu,sedapkan ryan"sampuk syafiz pula.
"Haah"jawab ryan.
"Bukan kitaorang yang masak,kitaorang tolong je.."kata elica.
Mereka berasa hairan.
"Habistu sapa?"tanya ryan.
Jiha mencuih mulut arah isya yang ralit makan.
"Kau yang masak isya?"tanya syafiz.
Isya mengangkat muka dari pinggan makan.
"Haah,kenapa?tak sedap ke?"tanya isya.
"Ehh tak la,sedap sangat kau masak"kata riduan.
"Takdelah biasa-biasa je.."balas isya.
"Kau belajar masak dari sapa?"tanya elica.
"Ouhh..aku belajar masak dari mama aku,maksu aku.."jawab isya.
Mereka mengangguk.'Ooo'
"Untung kau ryan suruh dia duduk dengan kau kan.Pandai masak pulak tu"kata syafiz.
Ryan ketawa kecil.
"Well..aku kan memang beruntung"kata ryan.
"Cehh..suka la tu,ada orang jaga makan minum dia"kata jiha.
"Nanti,saya pun nak princess jaga makan minum saya jugak"kata syafiz.
Dah mula drama dah.
"Taknak"kata jiha.
"Hmm..merajuklah"kata syafiz.
Mereka ketawa melihat syafiz yang acah merajuk.
"Mengada ea kau syaf"kata riduan.
"Kan,mengada tahap gaban"kata ryan pula.
"Sebok je.."kata syafiz.
Elica dan isya mengeleng kepala melihat mereka.
"So naughty.."serentak mereka lalu gelak.
"Dah dah,sambung makan"kata ryan.
------------
Don't Forget To Vote And Comments..