Chereads / DIA ISTERI KAU [S2] / Chapter 15 - BAB 14

Chapter 15 - BAB 14

Selepas sahaja selesai pakai baju,isya duduk dihadapan cermin lalu menyikat rambutnya yang panjang paras bawah bahu.Sedang ralit dia menyikat rambut,tetiba handfone dia berbunyi menandakan panggilan masuk.

My Cipan❤ is Calling...

Isya mengambil handfonenya lalu mengangkat panggilan.

"Hello.."

"Hello sayang...sayang tengah buat apa tu?"

"Takde buat apa pun.

Awak tengah buat apa?

buzy ke?awak langsung tak mesej saya pun.."

"Arr...Err...buzy sikit dengan assigment.

Sorry..."

"Hm...takpe,saya faham.Awak,maksu dengan fathia sihat?"

"Alhamdulilah sihat je..Sayang sihat?"

"Baguslah sihat.Saya sihat je"

Tokkk..Tokkk...

Tetiba pintu bilik isya diketuk.

'Hishh!Apa mamat ni nak lagi?'monolog isya.

"Kejap tau awak,ada orang ketuk pintu"

"Okey"

Isya menekan butang silent dekat handfone,lalu pergi ke pintu.Dia membuka pintu,dan terpancar wajah ryan dihadapanya.

"Kau nak apa?"tanya isya sambil silang tangan.

Ryan tersegeh kecil.

"Buat aku air"kata ryan.

Terlopong mulut isya.What!!

"Kau datang ketuk bilik aku,semata-mata nak suruh aku buat air.What th.."kata isya terhenti.

Ryan menekup mulut isya.

"What the love.."sambung ryan.

Isya menarik tangan ryan dari mulutnya.

"Hishh!!Pergilah buat air sendiri"geram isya.

"Kata isteri aku,takkan la aku suruh buat air tak boleh?ker..kau dah mengaku kalah?haa..."kata sindir ryan.

Isya menahan geram.

'Sabar isya..kau tak boleh kalah dengan mamat ni!!'monolog isya.

Isya melemparkan sebuah senyuman kepada ryan.

"Semestinya boleh...Abangku....sayang..."balas isya.

Ryan tersenyum kemenangan.

Isya menolak ryan ketepi,lalu berlalu pergi.Setelah isya berlalu pergi,ryan memandang kedalam bilik isya.

Dia melihat handfone milik isya masih bernyala.Dia pergi kearah terletaknya handfone isya,lalu ambil.Ryan melihat nama yang tertera.

"My Cipan..."gumam ryan.

Lalu dia meletakkan semula handfone isya,dan keluar dari bilik isya.Ryan masuk semula kedalam biliknya.

Isya yang sudah siap membancuh air,terus berlalu pergi naik ke tingkat atas semula sambil membawa mug air.

Isya mengetuk pintu bilik ryan.

Tokkkk...Tokkkk...

"Ryan..."panggil isya.

'Mana dia ni?tadi suruh aku buat air?'monolog isya.

Pintu bilik ryan terbuka.

"Nah air kau"kata isya lalu menyerahkan mug air kepada ryan.

"Thanks.."kata ryan lalu menutup pintu.

Isya berasa pelik dengan ryan.Kenapa ryan macam senyap je?

"Aku ada buat salah ke?"gumam isya.

Lalu dia berlalu pergi ke biliknya.Dia melihat kedudukan handfone dia berubah.

"Dia tengok call aku dengan irfan ke?"kata isya.

Isya membuka silent handfonenya.

"Hello.."

"Sayang buat apa?lama.."

"Ohh..tadi mama panggil,tu yang lama tu.Sorry.."

"Ooo..okeylah sayang,saya tidur dulu.mengantuk.Goodnite"

"Okey.Bye.Goodnite.."

Isya menutup panggilan,lalu baring diatas katil.

"Kenapa dengan ryan?tetiba senyap.Takkan pasal irfan call aku?"kata isya seorang diri.

"Hmm.."

************

"Aira!!!!"

.

.

"Jangan Pergi!!!!"

.

.

"Airaaa!!!!!!"

.

.

Isya yang sedang nyenyak tidur,terus terjaga apabila dia mendengar suara seseorang sedang meraung.Isya menenyeh matanya,lalu bangun dari katil.

"Suara sapa ni...."kata isya dalam mamai.

Isya keluar dari bilik,lalu mencari suara itu datang dari arah mana.Dia mendengar suara itu datang dari bilik ryan.

Isya memulas pemegang pintu bilik ryan lalu buka.Dia pergi kearah katil ryan.Isya melihat wajah ryan berpeluh.

"Airaa!!Airaa..."

"Airaaaa....."meraung ryan sambil menangis.

Isya mengelap dahi ryan mengunakan lengan bajunya.

"Dia mengigau apa ni..sampai menangis.."kata isya.

Tetiba tangan ryan mengengam tangan isya.

"Airaa.....Jangan Pergi.....Airaa..."merayu ryan.

"Ye..ye..aku tak pergi.."kata isya.

Isya meleraikan tangan ryan dari tanganya.

Isya bangun dari katil ryan lalu pergi ke bilik air.Dia membasahkan tuala kecil lalu perah.Dia kembali semua kekatil ryan,lalu mengelap wajah ryan.

"Panas badan...hmm..kau mimpi apa la agaknya ryan,sampai macam ni.."gumam isya.

Selesai mengelap wajah ryan,dia menarik kain selimut dan selimut ryan.Isya menaikkan sedikit suhu aircone agar badan ryan tidak panas.

Selesai sahaja menaikkan suhu aircone,Isya menguap mengantuk.

"Huwarghhh!!...mengantuk"gumam isya.

Isya naik keatas katil ryan,lalu baring bersebelahan dengan ryan.Dia melelapkan mata akibat rasa mengantuk yang menguasai dirinya.

----------------------------

Ryan terjaga apabila merasakan katilnya bergerak-gerak.Dalam samar-samar dia memandang orang yang berada disebelahnya.

"Isya..."gumam ryan.

Ryan bangun dari baring.Dia melihat badan isya yang mengerekot kesejukan disebelahnya.

Ryan memandang suhu aircone.

"13°C?Patut la sejuk"kata ryan.

Ryan menyelimutkan badan isya mengunakan kain selimutnya.

"Ssss...sseejukkk!...."gumam isya.

Ryan menurunkan suhu aircone kepada 22°C.Ryan merasakan tubuh isya begitu sejuk macam ais batu.

"Sejuknya badan dia ni"risau ryan.

Ryan masuk kedalam kain selimut lalu memeluk erat tubuh isya supaya isya mendapat haba.

Ryan yang menjaga isya lama kelamaan,mata ryan semakin kuyu...dan akhirnya dia tertidur.