Chereads / DIA ISTERI KAU [S2] / Chapter 8 - BAB 07

Chapter 8 - BAB 07

Selepas sahaja memberikan kucing kepada isya,mikael beransur pergi ke dapur.Dia melihat mama tengah masak tengahhari.

"Masabila mika balik ni?"tanya mama sambil mengacau makanan didalam periuk.

"Tadi"balas mikael lalu membuka peti ais mengambil air kotak dutchlady coklat.Mikael menuang air didalam cawan lalu duduk dimeja dapur.

"Mama .."panggil mikael.

"Apa?"tanya mama lalu menoleh arah mikael dimeja.

"Ermm ... Kalau isya cintakan irfan macam mana?"kata mikael.Mama terhenti,apabila mendengar kata2 mikael.

Mama menutup api dapur lalu menarik kerusi didepan mikael dan duduk.

"Isya bercinta dengan irfan?"tanya mama.Mikael mengangguk kepala.

"Rasanya macamtu la .. Sebab semalam mika terdengar perbualan isya dengan irfan"jelas mikael.

"Apa yang mika dengar?"tanya mama lagi.

"Mika dengar isya cakap i love you.. Dekat irfan"kata mikael lagi.

"Depe main2 la tu .."kata mama.

"Tapi ... Kalau betul depe bercinta?"kata mikael series.Reaksi muka mama berubah.

"Isya masih hak orang mama.Isya tak boleh bercinta dengan orang lain,macam mana kalau suatu hari nanti ryan tahu pasal isya.Tapi waktu tu,isya dah tak cintakan ryan tapi dia cintakan irfan macam mana ma?

tambahan pulak,isya tak ingat ryan sapa.Ryan boleh terima ke,kalau dia tahu yang isya cintakan orang lain ma?kalau mika dekat tempat ryan,rasanya hati mika hancur ma"kata mikael lalu mengeluh kecil memikirkan hal semalam.

"Mama pun tak tahu nak cakap macam mana"kata mama pasrah.

"Kalau dedua tahu kebenaran,dedua akan kecewa mika.Mama tak tahu nak buat macam mana lagi,mama buntu"kata mama lagi.

"Kita try pulihkan ingatan isya ma?"cadang mikael.Tu satu2nya cara yang ada.

"Mama taknak tengok isya murung mika.Kalau waktu eksiden tu,isya sorang takpe.Tapi ... Ada nyawa lain lagi"kata mama.

Betul juga tu kata mama.Kalau isya tahu,pasal tu.Isya mungkin akan jadi murung macam ryan waktu 4 tahun lepas.Malahan bukan sekadar murung,meroyan juga.

"Mika pun pening ma nak pikir pasal hal ni"kata mikael lalu meraup wajahnya.

Tetiba isya masuk kedapur.Dia melihat mikael dan mama duduk dimeja makan.

"Mama dengan abang sembang apa?"tanya isya sambil memegang coco.Mikael dan mama menoleh arah isya.

"Errr ... Takde sembang papelah.Isya masuk dapur nak apa?"tanya mama lalu bangun dari kerusi.

"Ouhh. Isya nak tanya mama,makanan kucing coco mana?isya nak bagi coco makan"kata isya.

Mama memandang arah mikael.Makanan kucing,semua tu takde dekat rumah sebab ryan yang jaga.

" Ohh!! Makanan kucing habis. Abang lupa nak beli"alasan mikael lalu tersengeh kecil.

" Haah makanan coco habis "kata mama pula.Isya mengangguk.

" Ooo "

Isya meletakkan coco dibawah.

"Isya nak keluar pergi beli makanan coco la"kata isya.

"Isya tahu ke,dekat mana nak beli?"tanya mama.

"Takpe.Isya guna GPS jelah"kata isya lalu senyum.

Isya memandang mikael.

"Abang ... Ooo ... Abang ..."panggil isya dengan nada lembut.Nak bodek la tu.

Mikael pandang isya.Nak benda la tu.

"Tak payah nak bodek abang la.Abang tahu isya nak pinjam benda dari abang kan?"kata mikael lalu menaikan sebelah kening.

"Hehe..tahu2 je.Isya nak pinjam kereta abang boleh?"kata isya lalu membuat muka comel.

Mikael buat muka meluat.

"Yelah2 ambiklah.Kunci ada dekat atas rak bakul"kata mikael.

"Thanks abang.Babai!!"kata isya lalu berlari keluar dari dapur.Mikael mengeleng melihat perangai isya.Dah besar,tapi perangai annoying tu tak pernah buang.

************

Isya memandu kereta menuju ke pavilion.Sampai sahaja disana,dia memarkingkan kereta dibawah garaj.

Sebelum keluar dari kereta,dia memakai cermin mata hitam dan topi terlebih dahulu.Langkah berjaga2 katakan.

Dia masuk kedalam pavilion,dan pergi ketempat makanan haiwan.Sedang dia melihat makanan haiwan,tetiba ada seseorang melanggar tubuh dia.

Dia menoleh kebelakang.Dia melihat lelaki yang melanggar tubuh dia.

"Sorry"kata ryan sambil memandang dia.Dia memusingkan badan dia menghadap ryan.

"Kau lagi.Tak habis2 nak langgar aku kan"geram isya.Yelah,tak habis2 lelaki ni dok langgar dia.

"Masabila aku pernah langgar kau?"soal ryan hairan.Minah ni dah kenapa?tetiba kata aku langgar dia.

"Hello!! Kau lupa ke,semalam kau langgar aku dekat airport hah?"kata isya sinis.Geram pulak bila teringat pasal semalam.

"Laa...kau ke?tak sangka aku jumpa perempuan annoying ni lagi"kata sinis ryan pula.Isya menjeling ryan.

"Whatever"kata malas isya lalu memusingkan badan dia menghadap paket2 makanan haiwan.

"Kau cari makanan haiwan ke?"tanya ryan dibelakang isya.

"Sebuk je nak tahu"kata isya.

"Orang nak tolong,marah pulak.Lantak kau lah"kata ryan lalu berlalu.Baru beberapa langkah,isya memanggil dia.

"Okey2 sorry.Kau boleh tak tolong aku"tanya isya lalu menyilang tangan.

"Tolong apa?"tanya ryan lalu pergi kearah isya semula.

"Tolong pilih makanan kucing.Aku tak reti pilih"kata isya lalu menongkat dagu guna tangan.

"Kau bela kucing?"tanya ryan.

"Yelah,takkan aku bela monyet pulak"kata isya.Ryan menjeling tajam isya.

"Kau punya kucing jenis macam mana?"tanya ryan.

"Ohh!! Kucing aku,jenis kucing parsi gebu2 comel2 macam aku ..."kata isya sambil memuji diri sendiri.

"Puji diri"kata ryan.

"Biarlah"balas isya selamba.

Ryan melihat jenama makanan kucing disitu.Lalu,ryan mengambil satu paket makanan kucing.

"Aku rasa ni kot sesuai untuk kucing kau.Sebab kucing kau lebih kurang macam kucing aku jugak"kata ryan lalu menghulurkan kepada isya.

Isya melihat makanan kucing itu,lalu meletakkan didalam troller.Isya memandang ryan.

"Kau ada kucing jugak?"tanya isya.

"Haah,tapi sekarang kucing tu takde dengan aku"kata ryan.

"Ooo..okeylah,aku chaw dulu.Babai!!thank for this"kata isya lalu berlalu pergi dengan troller.

Ryan memandang isya yang berlalu pergi dari situ.

"She like same with someone.Who is she?"gumam ryan.Dia tidak dapat mengecam muka isya,sebab isya memakai cermin mata hitam dengan topi.

Ryan pun berlalu pergi dari situ.Ryan pergi ke tempat bahan makanan.Tadi,dia lalu situ sebab nak shortcut pergi tempat bahan makanan.Tak sangka pulak,dia terlanggar dengan isya.

----------

Don't Forget To Vote And Comment...