Download Chereads APP
Chereads App StoreGoogle Play
Chereads

Kau Jodohku

🇲🇾Do_Michael
--
chs / week
--
NOT RATINGS
3.9k
Views
Synopsis
Mariana mencintai seorang lelaki bernama, Aizat. Namun, cinta mereka hanyalah LDR(Long Distance Relationship) . Dan Aizat pula merupakan seorang duda dan mempunyai 2 orang anak.. Setelah bertahun lamanya, muncullah seorang lelaki yang membuatkn Mariana jatuh cinta buat kedua kalinya iaitu Khairul. Tapi personaliti dan sikap Khairul jauh beza daripada Aizat kerana Khairul muda 2 tahun dari Mariana. Jadi perangai nya tau-tau sendiri la. Aizat or Khairul?? Nantikan cerita itu ok. Mampukah Mariana membuat pilihannya?

Table of contents

VIEW MORE

Chapter 1 - EPISOD 1

Rutin harianku adalah turun kerja, balik kerja. Kadang-kadang aku cemburu juga dengan kehidupan orang lain yang dah bersuami, yang pekerjaannya bagus. Aku pun teringin seperti mereka. Tapi, aku tak tau nak buat apa. Aku bukannya ada ramai kawan. Apatah lagi kawan lelaki. Hurm..

'Ana, apa yang membuatkan kau termenung panjang nie?' soal Shikin sambil memandang raut wajahku.

' Tak ada apa la, Kin.' jawabku selamba.

' Tak ada apa nya. Aku tengok kau nie macam ayam berak kapur dah. Cuba cerita dengan aku apa masalah kau. Mana tau aku boleh tolong' jawab Shikin sambil mengoffer diri untuk bantu aku.

' Betul kau nak bantu?' aku punya hajat nie susah orang nak tunaikan tau.' tambah aku lagi

' Cerita je la. Sekurang-kurangnya adalah kurang sikit kerisauan kau tu ha' jawabnye. Jadi, aku pun ceritakan semuanya kepada Shikin,sahabat dunia akhirat aku.

'Laa..itu je? Aku ingatkan apa la tadi' jawabnya setelah mendengar cerita aku.

'Habis tu? Kau ingat apa?' soalku agak keliru sikit.

' Tak ada apa la, Ana. Nie kalau kau nak cari juga kau boleh la cuba download aplikasi Bigo nie ha' jawab Shikin sambil menunjukkan aplikasi itu yang berada dalam telefonnya.

' Ok, Kin. Terima kasih tau.' balasku sambil memeluknya.

'Huish, penatnyer' keluhku sendirian. Almaklumlah baru balik kerja. Sambil baring untuk menghilangkan lenguh badan nie, aku pun download la aplikasi yang disarankan oleh Shikin itu. Setelah download,apalagi aku pun cuba la. Aku nie kan semua aplikasi yang aku download, aku mesti terokainya dahulu dan memahami kegunaan aplikasi itu. Dah puas, barulah aku bangun dan pergi membersihkan diri.

Keesokannya, aku turun kerja seperti biasa. Hari ini mesti ramai pelanggan. Hujung minggu la dikatakan. Sampai je kat kedai, aku terus fokuskan diriku dengan kerja. Tiba-tiba datang seorang pelanggan bertanya kepadaku.

'Dik, kedai dah buka ke?' aku menjawabnya dengan senyuman.

' Belum lagi mak cik. Pukul 10.30am baru buka.'

' Oh baikla.' pelanggan tu pun berlalu meninggalkan kedai. Aku pun menyambung balik kerja aku yang tergendala tadi.

Tak sampai setengah jam kedai dah buka,mak aii ramainya pelanggan. Naik pening kepala aku melihatnya.

Dalam pukul 2.30pm, aku pun rehat. Lagipun,pelanggan dah tak ramai. Dalam masa rehat tu, aku tak makan. Aku dok sibuk usha aplikasi yang aku download semalam. Bila masa rehat aku dah tamat, aku pun masuk kerja balik. Tak sampai setengah jam aku bekerja kepala aku tiba-tiba rasa pening sangat. Aku pun bergerak menuju ke arah bar untuk mengambil air suam. Tanpa disedari aku hampir terjatuh namun sempat dipegang oleh Shikin.

' Kau ok tak nie?' soal Shikin nampak risau.

' Aku ok la. Aku nak minum air je nie ha.' balasku sambil tersenyum.

' Kalau kau tak ok, kau duduk la kejap tau.' balas Shikin. Aku hanya mengangguk je tanda paham.