Chereads / Bam Bam Ummi Abah! / Chapter 1 - Percubaan ummi menulis

Bam Bam Ummi Abah!

siti_atiqah
  • --
    chs / week
  • --
    NOT RATINGS
  • 3.6k
    Views
Synopsis

Chapter 1 - Percubaan ummi menulis

Saat waktu merangkak menuju senja, Ummi Akbar masih mencari idea-idea yang lama bertaburan. Otak laju memutar kembali saat-saat menulis cerpen, puisi dan novel. Mana tahu ada cebisan idea yang boleh dicantum kembali menjadi satu rantaian cerita. Lama Ummi Akbar fikir. Akhirnya, Ummi Akbar memutuskan untuk menulis tentang Si Comel dan Soleh Ummi. Muhammad Akbar. Tulis tentang apa? Apa sahaja tentang Muhammad Akbar. Pengalaman pertama Ummi melahirkan seorang anak lelaki yang sihat dan comel. SubhanAllah!

Saat Ummi menulis ini, Muhammad Akbar sedang lena diulit mimpi. Comel! Pipi gebu, bibir mugil, sihat dan sangat suka apabila Ummi Abah berselawat Dan nanyikan lagu Omar Hana. Walaupun hidup dalam keadaan sederhana atas pemberian rezeki Ilahi, Akbar masih cukup segalanya. Terima Kasih Allah.

Bam bam Ummi Abah hari-hari suka ikut Ummi masak Di dapur. Ummi masukkan Akbar dalam "walker" sebab Akbar Belum boleh jalan sendiri. Akbar Baru berusia 6 Bulan tetapi Akbar sangat bersemangat. Habis semua kawasan rumah Akbar tawaf. Apabila Ummi agah Dan kejar Akbar gelak suka. Alhamdulillah. Akbar sihat dan gembira.

Teringat ketika Akbar usia 3 Hari. Akbar disahkan Juandis atau Bahasa Melayunya Kuning. Sangat tinggi bagi anak-anak kecil seperti Akbar. Ummi tak mampu than Air Mata...

nak tahu apa jadi? jom Komen nak!