Chereads / SUAMIKU ENCIK LAWYER / Chapter 10 - bab10

Chapter 10 - bab10

"Siapa tu?" tanyaku kepada Zafrel dengan perlahan.

Zafrel membisik ditelingaku "ummi abi saya." lalu meluru ke arah pasangan tersebut.

Jantungku bagaikan terhenti selepas mendengar apa yang diucap Zafrel.

"ummi,abi Zaf dah pesankan tak payah susah-susah lawat Saira," ujar Zafrel dengan nada manja.   

Aku hanya memandang mereka silih berganti,

"alah,biarlah ummi nak lawat menantu ummi " jawab wanita yang mempunyai raut wajah yang lembut itu.

"belum menantu lagi lah ummi," balas Zafrel sambil menggaru kepala.

"alah,tak lama lagi menantukan,takpelah,biasakan." jawab wanita itu.

"ni lah Saira ye,cantik orangnya,lagi cantik dari dalam gambar" ujar ummi Zafrel sambil memelukku.

Aku hanya membalas pelukan ummi Zafrel dan memghadiahkan segaris senyuman.

"ummi sedih,bile Zaf cakap kamu tak jadi jumpa ummi malam ni,ingat kamu tak sudi jumpa ummi,rupanya kamu warded,dari sedih jadi risau."kata ummi Zafrel dengan lembut.

Entah kenapa,aku rasa sangat selesa bila bersama ummi Zafrel,mungkin kerana sifatnya yang lemah lembut dan mesra.

"maaflah aunty,Saira pun tak sangka jadi macam ni," kataku.

"eh,panggil ummi je,Zaf tak bagi tahu ke yang ummi suruh Saira panggil ummi ni ummi."katanya sambil menoleh ke arah Zafrel.

Zafrel hanya tersengih dan menunjukkan peace ke arah ibunya.

"haih budak bertuah ni,ummi dah pesan sokmo doh," ujar ummi Zafrel dengan loghat Kelantan sedikit.

"erm,ummi dah tahu lama ke pasal saya?" tanyaku perlahan

"taklah baru mana dalam dua minggu ni lah,Zaf hari-hari duk cerita fasal kamu,." kata ummi sambil tersenyum.

"eh ummi ni,mana ada ," sampuk Zaf

Aku hanya tersenyum melihat karenah mereka berdua.dapat aku lihat,Zafrel sangat manja dengan umminya.

"Saira macam mana keaadaan,better sikit tak?,ni ummi ada masakkan nasi air dekat kamu." kata ummi sambil menghulurkan sebuah beg kertas.

"alah ummi susah-susah je,Saira ok lah,penat sikit je" ujarku sambil menyambut huluran ummi.

Berbual dengan ummi memang seronok,pelbagai perkara ummi cerita,termasuklah,pengalaman ummi sebagai guru dahulu,dan perangai mr B.

Sedang rancak aku dan ummi berbual,papa dan mama pun sampai dan beramah mesra dengan ummi dan abi.

Dapat aku lihat terpancar wajah kegembiraan papa,mungkin ini yang terbaik,detak hatiku.

"Saira," tersentak aku dari lamunan apabila mendengar Zafrel memanggilku lembut,hati kecilku diselubungi rasa aneh dan disaluti debaran.

"A..apa Zaf" kataku gagap.

"papa tanya setuju tak hujung bulan depan nikah?" kata Zafrel sambil memandang ke wajahku.

"nikah?!" tanyaku terkejut.

"kenapa Saira tak ready lagi ke?" tanya ummi sambil menggenggam tangan ku.

Aku memandang ke arah papa,merenung matanya,dapat aku rasa,betapa dia berharap aku bernikah dengan Zafrel.aku menarik nafas dalam,dan mengukir sebuah senyuman samanis yang aku mampu.

"erm,Saira tak kisah terpulang dekat Lyn and Sayrif nak nikah bila,Saira follow je" kataku dengan tenang.

"haa kalau macam tu,hujung bulan depan ok? Macam mana Puan Aisyah dengan Encik Omar? Saya rasa tak payah lah,nak risik-risik,kita pun dah jumpa ni,tunang tu nanti kita buat hari nikah,boleh?" kata papa dengan wajah gembira.

"erm,saya pun tak kisah,terpulang pada keluarga perempuan lah" kata Abi Zafrel.

"kejap." mama bersuara..

BERSAMBUNG....

P/s: hi guys! Macam mana? Sis harap semua enjoy ye,tq semua,jgn lupa vote and comemnt🙃🤗🤗✌