Asalamualaikum....permulaan cerita ini amat lah sedih...tetapi yang dapat ku ceritakan hanyalah singkatan hidup seseorang remaja yang belajar di peringkat universiti...dan terpaksa berhenti niat untuk belajar di peringkat seterusnya..dan ak hanya sebagai orang tengah yang terpaksa menunaikan kewajiban sebagai abng angkat..π
Permulaan cerita bermula dari tidurku tersedar...ak adalah jenis lelaki kelawar malam(berjaga malam) dan waktu tidur ku jam 6 pagi...dan ak mesti bangun jam 3petang ..tetapi terasa pelik di hari itu ak terbangun awal jam 11 pagi...ak menyedari dalam bangunku mendengar suara rayuan ibuku.."dir bangun"*3....lalu ak bertanya "kenapa mak "dan mak ku pula berkata kepadaku..."ada orang mintak tolong pergi melaka"... lalu ak bertanya satu soalan sahaja..."kenapa harus ak tolong dia mak"...dan mak ku berkata..."dia adalah sahabat baik mak nak ambil menantu dia di melaka"...tanpa sebarang kata-kata ku berikan ak terus bersiap bangkit dari tempat tidurku..
Permulaan cerita pun bermula...kisah yang paling mencabar dalam hidupku menolong seseorang...ak mula bertanya kepada seorang anak macik itu..dan dia berkata namanya rahman....dan ak pun berkata sebelum ak tolong kamu ak tidak mahu raman menceritakan masalah yang akan kita hadapi..sebab ak dapat merasakan sesuatu yang masalah besar yang akan kami hadapi...
AKU percaya setiap apa masalah yang akan ku hadapai pasti ak dapat merasakan sesuatu..sebab itulah ibu ku percaya kepadaku bisa membantu keluarga rahman....dengan izin allah s.w.t...ak mula memandu ke melaka, dengan hati yang terbuka dan ak mula berkata..."" jika berlaku sesuatu pergaduhan yang besar tolong jangan ada sesiapa yang meninggikan suara""...
Setibanya kami di melaka dan ak pun berasa lapar dan berkata kepada rahman "man bisa kita berheti di kedai makan ak perlu isi perut dulu..."dan rahman pun berkata "baiklah bang"..dengan tiba deringan telefon berdering rahman berkata "bang kalau kita lambat mertua isteri saya nak pergi kelantan" lalu ak pun bungkus makanan ku...
Kami bergegas pergi ke tempat isteri dia..setibanya kami di rumah isteri rahman,,ak berasa pelik kenapa dia tidak bisa masuk, salam yang di beri tidak di sambut dengan baik...hanya intaian dari jendela...tiba-tiba seseorang menjerit keluar dari pintu"abng-abng" terlintas di fikiran ku ini mesti kes yang betul-betul besar sehingga melibatkan kedua orang tua dua belah pihak,
Dengan tiba-tiba orang tua belah pihak isteri pun keluar,,dengan tidak menyambut salam,terus menengking rahman dengan mukanya yang marah..."Kenapa kau datang belum tiba masanya lagi kau datang perjanjian kau datang tanggal 16" ak pun berasa hairan dengan sifat orang tua perempuan yang saling memarahi rahman..
Dengan kata-kata lebut santun ak hulurkan di mulakan dengan bismillah dalam hati lalu ak mengucapkan salam....
dengan dada yang tenang hati terbuka
keluarlah nada suara ku...
Asalamualaikum pacik macik...maaf jika sesuatu berlaku dari kesilapan kami datang kerumah pacik tanpa izin pacik...lalu pacik yang memarahi rahman menyambut salam ku dengan lembut sekali...Walaikummusalam..
Di situ ak mula berasa hairah bahawa sesungguhnya ibu bapa kepada pihak perempuan begitu baik orangnya...kerna di dalam marahnya keluarga ini bisa menghidangkan air manisan suam dan biskut hidangan ringkas...
Dengan lafaz bismillah lalu ak bertanya kepada pacik itu"pacik mintak maaf,,sekali lagi saya ingin mintak izin untuk mengetahui masalah sebenar pacik dengan rahman" lalu pacik itu menceritakan segala yang berlaku
Baru aku tahu segalanya...mana mungkin membiarkan seorang anak yang telah di sanjung dan di sayang di beri pendidikan dan berharap dia akan berjaya suatu hari,,musnah dalam satu langkah... yang di sebut cinta pandang pertama..adam dan hawa
Lalu ak mendalami kisah cerita pacik dan macik sebelah pihak perempuan...akmendengar sepenuhnya sehingga menitiskan air mata,kerana kepahitan hidup yang di rasakan kerana perbuatan anaknya yang bernikah di sempadan(nikah lari).
ak pun bertanya kepada rahman...dan rahman mengaku segala apa yang di ceritakan oleh pacik itu adalah betul...lalu ak pun menghuraikan kata kepada rahman"man sebetulnya kau melakukan semuanya adalah terpaksa atau di paksa..dia di berkata "terpaksa" kerana inilah jalan yang telah mereka pilih berdua..rela bernikah di hujung dunia..
Aku berdoa di dalam hati ya allah kau bagilah ak kekuatan untuk menyelesaikan masalah kedua belah pihak umat mu ini...
ak bertanya kepada kedua orang tua pihak perempuan.."pacik macik bolehkah pacik macik menerima rahman dengan hati terbuka jika dia bernikah balik dengan anak pacik untuk menebuskan kesilapan lalunya...lalu pacik itu bertegas bersuara lantang... "" tidak akan ada lagi hubungan baik ak dengan anak muda ini""'...Aku paham perasaan pacik ini manakah mungkin nak menerima rahman dengan kelakuan buruk yang telah dia lakukan dengan anak pacik macik...
lalu ak berkata adakah pacik rasa ini cinta dari hati ikhlas atau cinta perbuatan keji dari rahman..pacik itu berkata ...""iya anak nya pelik meroyan sana sini dah tidak tentu hala""..."rahman telah memperguna-gunakan anak pacik dengan benda syirik"...ak pun terkejut dengan kata-kata pacik itu...lalu ak berkata pada rahman" betul kah rahman"...lalu rahman berkata "tidak bang dengan nada yang sayu sehinga terduduk melutut di atas lantai...
Lalu ak berkata kepada pacik, jika rahman menggunakan perkara yang di laknat allah s.w.t biar dia ambil wuduk,,solat,,dan bersumpah di atas al-quran...saya,emak..mak rahman dan pacik menjadi saksi sumpah ini..
Rahman dengan keyakinan diri melakukan semuanya dengan suruhan sumpah dari sekolah pondok yang telah di upah...yang telah di panggil...alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar...ak pun merasakan ada sesuatu lagi masalah yang akan sampai..yang lebih besar...perasaanku betul-betul tidak enak...ak pun mula keluar membiarkan ibu rahman dan ibu ku berbincang masalah mereka,dengan cara baik..selang lima minit sebuah kereta memecut laju dan berhenti...lima orang pemuda....keluar terus menyerbu rahman..ingin memukul rahman..ak menahan dengan kudrat ku...tetapi di dalam 5 ada seorang yang ak perasan cuba menolong ku...baguslah masih ada orang ingin bantu...ak pun menepuk belakang pemuda itu dengan bacaan selawat...alhamdulillah tiba-tiba dia sedar...ak bertanya abng siapa..."AKU ABANG DIA" dan siapa abng lelaki yang seorang lagi yang membantu menahan lelaki lain...Itu abng along yang paling sulung ak menghulurkan tangan lalu di hindar hanya along yang menyambut salam ku.
Dengan mata yang berubah menjadi merah ak faham dia betul-betul marah... Sebagai seorang abng mesti berasa marah jika adik dia di lakukan sebegitu...ak berkata kepadanya bang cuba abng berfikir""jika abng marah macam ni macam mana nak selesaikan semuanya"" abng kepada perempuan itu menengking dengan nada yang keras.."ak tak ingin adik ipar seperti kau sial..""ak paham perasaan yang di luahkan adalah satu dendam yang tersimpan di dalam hati yang cukup pahit untuk di telan..
Bang yang melakukan kesilapan ini ada lah adik abng dan jugak adik angkat saya sudah ak anggap keluarga dari dulu lagi...
Lalu dia memandangku dengan muka yang marah...lalu ak pun berkata kepadanya bang mari kita duduk di luar kerna tempat ini terlalu panas buat kita...ak dan abng kepada perempuan tu pun keluar di ruang jalan..
.."" Aku memohohon maaf jika perkara ini berlaku terhadap keluarga abng aku paham bukan mudah untuk memaafkan semuanya"...
Sehingga dia di berhentikan kerja kerana perbuatan adiknya yang melampaui batas...tepaksa cuti panjang untuk mencari adiknya di pelusuk negeri dan negara...sehingga sanggup ke thailand mencari adiknya..
Lalu ak berkata untuk menyelesaikan masalah ini semuanya...apakah hajat abang untuk membayar segala kesilapan rahman..lalu dia berkata.."" ak nak rahman ceraikan adik ak malam ini jugak""..betul apa yang ak rasakan....dia jugak ingin sesuatu yang sama seperti ayah perempuan mahukan...boleh bang..""aku, kamu, ibuku dan jugak ayah mu akan bertanggung jawab atas semuanya kelakuan yang kita akan lakukan""...ak berkata kalau rahman tidak dapat mengikuti hajat abang apa yang abang akan buat,,,lalu ak melihat kawan-kawan abng perempuan memandangku dengan mata yang tajam,dia berkata.."dia dan kamu tidak akan keluar malam ni dari tempat ini sehiga dia menceraikan adik ku""..ak tahu segala apa yang di katakan bukan melalui hati tetapi sifat benci marah dan dendam merasuki diri...ak berkata...""baik bang malam ini jugak saya akan cuba menyuruh rahman menceraikan adik abang""tetapi abng kena ingat jika allah mengizinkan makan berlakulah jika allah tidak mengizinkan maka belakulah jugak sebalik nya..
Ak terus bergegas kepada rahman dan berkata"" man abng mintak maaf ini saja jalan yang ada,, kita tidak punya jalan untuk keluar dari sini""..kita di terjerat bagaikan pelanduk menunggu maut dalam jerat dan maut menunggu kita""..lalu rahman menangis memohan maaf kepadaku ""maaf bang sebab kan ak abng mendapat susah"" ak berkata ""tidak apa rahman segala yang berlaku adalah ketentuan allah s.w.t""ak memegang belakang rahman lalu membaca surah al-ikhlas dengan berlapangkan dada..ak berkata ""man keluarga sebelah pihak perempuan tidak bersetuju untuk memperbaiki keadaan,,mereka inginkan kamu bercerai""..sekali lagi raman terduduk sambil menyembah kebumi dengan sujud..hati ku mula berkata ya allah...bisakah ak di gantikan tempatnya kerna ak turut meraskan kesedihan yang amat dalam...
Aku mula bertanya kepada ayah perempuan"".pacik kalau rahman megucapkan lafaz cerai harus ada isteri di depan pacik dengan hati berlapang dada ikhlas"" pacik itu menegah lalu berkata""tidak apa biar kami menjadi saksi lafaz cerai""..lalu ak berkata...sambil ibuku memeluk rahman dan ibu rahman memegang tangan ibu perempuan merayu-rayu memohon maaf..
AKU menegas kepada rahman..."" rahman kuatkan iman mu dan lafazlah dengan hati yang ikhlas..rahman pun melafazkan talak cerai dengan talak satu"""...tiba-tiba suasana menjadi sepi sayu seketika..ak juga tahu jika talak di lafazkan malaikat turut bersedih... tapi iblis bergembira..di mana hati seseorang yang marah akan terus tenang kerana iblis berhenti menghasutnya seketika....rahman jugak tidak bisa lagi berdiri terkaku mengalirkan air mata seketika itu...ak mula berdoa....di dalam hati...""ya allah maha berkuasa maha pelindung dan lagi maha penyayang hanya padah mu ak berserah dan hanya padah mu ak berdoa...kembalikan lah kekuatan adik ku ini dan kau cantumkanlah kembalik kekuatan cinta mereka di dalam mendirikan masjid yang telah mereka bina dengan restu kedua-dua belah pihak...
Kami terus bergegas ke luar dari rumah dengan secepat mungkin..tiba-tiba suara jeritan rontaan bisa di dengar dari jauh...""tidak""" abi mungkir janji""'tidak"""abi jangan tinggalkan""..""jangan begitu bang ingat cinta kita""..""cinta kita ikhlas"".."" hawah ingat janji abi kepada hawatidak ada yang bisa memisahkan""...."" ak mendengar dengan menutup mata kerna ak terlihat sepihan tangan abngnya hawa menjentik muka hawa sampai begitu sekali..."" ak jadikan sebuah doa dengan meng amin kan doa hawa kepada suaminya..
Kami pun mengaturkan perjalanan balik..rahman mula bersuara..""umi kenapa ini semuanya berlaku umi"""
kenapa umi tidak tolong ak umi""
kenapa umi biarkan semuanya berlaku umi""
ak bertanya kepada rahman""" man..segala apa yang berlaku ketentuan allah dan kau telah melakukan kesilapan yang betul-betul besar di mata mereka""man kau hanya bisa tunggu dan lihat pasti allah membalasnya dengan apa cara sekalipun"" lalu rahman berdiam sambil menitiskan air mata...
setibanya kami di kajang lalu ak menghantar ibu ku pulang ke rumah dahulu lalu menghantar macik dan rahman ke rumah keluarganya..di selayang...satu deringan fon berbunyi..""asalamualaikum ini encik rahman"" kami dari pihak balai ingin berjumpa encik sebab ada aduan dari jiran sebelah mengatakan ada masalah yang melibatkan encik..nasib baik semasa kami tiba di melaka ak bertanya kepada rahman..""baik kita buat satu surat perlindungan untuk mengambil isterimu""..""sebelum terjadi apa-apa..semamsa rahman buat report ak tidak ikut dia sebab ak tidak mahu mendengarnya ak cuma menghantarnya ke balai polis..lalu ak berkata man tidak payah man kita sudah jauh dan kita letih man..kita tunggu esok pagi...saya pun mula bergegas balik ke kajang dan mininggalkan rahman...
Dalam perjalanan pulang ak banyak berfikir,,,ak rasa ini jugak adalah salah satu dugaan dan pengajaran buat siapa-siapa sahaja dan juga buat diriku....
Sebelum melakukan sesuatu kita haruslah berfikir sepenuhnya dengan berfikir impak yang akan datang buat kita serta dengan keluarga kita...
Ak berasa bangga kepada rahman kerana dia begitu berani mengharunggi segala dugaan untuk menjernikah kan keadaan yang telah kotor...bukan mudah untuk mengharungi sesebuah masaalah yang telah tersimpul dengan hati yang ikhlas...
Setelah tujuh bulan berlalu ibuku ingin balik kampung ke sabah selepas beberapa hari ibuku berangkat pergi dan dia kembali ke kuala lumpur...lalu ibu ku berkata"""...dir kau tahu rahman dah kahwin balik dengan isterinya yang di ceraikan"" ak dengan tersusun sepuluh jari di hati berucap doa ""alhamdulillah dengan izinmu dia pergi dengan izin mu dia kembali""isteri rahman hawa selamat melahir kan seorang anak"" dengan ber bin kan ayah kandungnya
3bln bersembunyi ***rahman***
6bulan terpisah ***hawa***
Dan mak ku menceritakan segalanya yang telah berlaku,,,di dalam kesedihan,,,di dalam penceraian paksaan,,,di dalam penikahan hujung dunia...masam manis harus ada...kerana yang masam datang dari padanya akibat kelakuan kita,,dan manis datang padanya akibat keikhlasan kita juga..
Til Jannah buat rahman..abi.. dan juga isteri ...hawa....semoga kekal hingga ke anak cucu...ak harap kisah ini dapat di buat pengajaran bagi diri kita semuanya dan ambil ikhtibar bagi mana-mana pasangan yang ingin bernikah di hujung dunia...kerana cerita cinta kamu nanti akan menjadi cerita cinta hujung dunia...asalamualaikum bagi yang sudi membaca cerita hidup ku adalah benar tidak ada unsur tipu di dalam kata-kata ayat tulisan ku...ASALAMUALAIKUM...π
19RIDKAHOM
0202/10/13