Chereads / Childhood Sweetheart:He's Mine / Chapter 1 - Prologue

Childhood Sweetheart:He's Mine

fthhghn
  • --
    chs / week
  • --
    NOT RATINGS
  • 4.7k
    Views
Synopsis

Chapter 1 - Prologue

Kelihatan seorang kanak-kanak perempuan sedang bermain di taman permainan. Tiba-tiba datang sekumpulan budak lelaki yang mengganggu kanak-kanak tersebut.

"Woi budak, kau buat apa kat sini hah?"Tanya budak lelaki yang berbadan gempal.

"Saya cuma nak main di sini je "balas budak perempuan itu.

"Kau tahu tak ni tempat aku. Berambus kau dari sini "Kata budak lelaki tersebut sambil menolak kanak-kanak perempuan itu. Rakan-rakannya yang lain sudah bersorak kegembiraan apabila melihat budak perempuan itu menangis.

"Hoi korang buat apa tu. "jerit seorang kanak-kanak lelaki yang memakai cap di kepala sambil berlari ke arah mereka dengan memegang sebatang kayu. Kanak-kanak lelaki yang lain segera meninggalkan budak perempuan tersebut apabila melihat seorang budak lelaki ingin memukul mereka.

"Hik... Hik... Hik... "budak perempuan itu masih lagi menangis kerana sikunya luka akibat ditolak sebentar tadi.

"Kau okay tak? "Tanya budak lelaki itu sambil melihat wajah budak perempuan tersebut. 'Comelnya budak ni 'desis hati kanak-kanak lelaki itu. Budak perempuan tersebut hanya menganggukkan kepalanya sahaja.

"Eh, siku kau berdarah la!Jom ikut aku balik rumah. Nanti aku suruh mama aku rawat kau. "Kata budak lelaki itu.

"Hik... tapi hik... mummy saya hik... tak bagi ikut hik... Stranger. "balas budak perempuan itu sambil cuba melepaskan pegangan budak lelaki tersebut.

"Aku just nak rawat luka kau je. Jomlah"kata budak lelaki itu sambil menarik tangan budak perempuan itu untuk bangun. Budak perempuan itu hanya mengikut langkah budak lelaki tersebut menuju ke rumahnya.

"Assalamualikum, mama oh mama. "jerit budak lelaki itu sambil masuk ke rumahnya.

Kelihatan mamanya sedang berbual mesra dengan seorang wanita cantik seusia mamanya di ruang tamu rumah mereka.

"Waalaikumussalam."serentak salam dijawab. Membulat mata mama budak lelaki itu apabila melihat seorang budak perempuan sedang menangis di belakang anaknya.

"Siapa ni boy. "Tanya mama budak lelaki itu. Budak perempuan tersebut mengangkat kepalanya dan terus berlari ke arah wanita di sebelah mama budak lelaki itu

"Mummy "panggil budak perempuan itu sambil memeluk ibunya.

"Girl!"terkejut wanita itu apabila melihat anak perempuannya menangis teresak-esak.

"Eh, anak kau ke ni Far?"Tanya mama budak lelaki itu.

"Haah, ni la anak aku Zah. Farah Hana namanya. Girl, macam mana boleh luka ni?Kan mummy dah pesan duduk rumah. Kita dah la baru pindah. "Kata Farhana sambil memeluk anaknya.

"Sebenarnya aunty tadi ada budak-budak nakal kat taman permainan ni yang tolak anak aunty. Kebetulan Am ada kat situ jadi Am tolong la. Tak sangka pula boleh luka. "jelas budak lelaki itu.

"Hah Far kenalkan anak aku Adam Naufal."Kata Izzah memperkenalkan anaknya.

"Kau tunggu sini kejap, aku ambilkan first aid kit. "Izzah segera berlalu ke dapur.

Farhana terus mengambil kotak yang dihulurkan oleh Izzah dan terus mencuci luka Farah.

"Comel anak kau Far. Berapa umurnya? "Tanya Izzah kepada Farhana.

"7 tahun. "balas Farhana.

"Eh,sama umur dengan boy la "balas Izzah teruja.

"La ye ke. Bolehla diorang berkawan."Kata Farhana.

Adam segera menghampiri Farah sambil menghulurkan tangannya.

"Hai, nama aku Tengku Adam Naufal Bin Tengku Alif Haikal. Kau boleh panggil aku Am. "Adam memperkenalkan dirinya.

"Erm... Hai nama saya Tengku Farah Hana Binti Tengku Farhan Amin. Boleh panggil Ara. Bye the way thanks cause helping me just now."balas Farah menyambut huluran tangan tersebut.

"Most welcome princess "balas Adam. Kedua -duanya tersenyum mesra.