Download Chereads APP
Chereads App StoreGoogle Play
Chereads

suamiku 19 tahun

Aliska_1234
--
chs / week
--
NOT RATINGS
12.8k
Views
Synopsis
aku ??nikahkan dikau dengan Syafikah Binti Sharifuddin Isa dengan mas kahwin 100 ringgit tunai!” begitulah Ijab Kabul antara aku dan dia. Sekejap lagi aku akan jadi isterinya yang sah. Syukur ya Allah kerana meringankan jodoh aku! Alhamdulillah …
VIEW MORE

Chapter 1 - Suamiku 19 Tahun [Bab 1]

🥀 Aku nikahkan dikau dengan Syafikah Binti Sharifuddin Isa dengan mas kahwin 100 ringgit tunai!" begitulah Ijab Kabul antara aku dan dia. Sekejap lagi aku akan jadi isterinya yang sah. Syukur ya Allah kerana meringankan jodoh aku! Alhamdulillah …

"Aku terima nikahnya Syaa…Syaa.." Tok Kadi dan yang lainnya berpandangan antara satu sama lain. Sah, memang ada yang tak kena.

"Tak boleh ni. Ulang lagi!" arah Tok Kadi kurang berpuas hati dengan lafaz nikah tadi. Macam marah je. Hehe! Tok Kadi mengulangi lafaz Ijab Kabul itu untuk kali yang kedua. Tidak dinafikan debaran aku masih tinggi. Dup! dap! Dup! dap! Kenapa lama sangat ni? Huhu ..

"Aku terima nikahnya Syafikah Binti Sharifuddin Isa dengan mas kahwinnya 100 ringgit tunai!" Tatkala lafaz nikah itu dibaca sempurna, Tok Kadi tersenyum.

"Sah?" tanya Tok Kadi kepada abah dan orang di sekelilingnya.

"Sah!" balas mereka serentak. Saat ini mama sudah menitiskan air mata. Kak Fiza? Senyum lebar sampai ke telinga. Melihat keadaan ini aku akui, bahagia itu sudah milik aku.

Wajah aku mulai panas, pipi sudah merona merah menyebabkan aku automatik menunduk wajah menahan malu. Pengantin lelaki segera bangkit menghampiri aku yang masih setia menantinya. Dia mempelawa jemari menanti jari aku untuk disarungkan cincin. Aku sambut penuh sopan dan terus mencium jemari dia setelah cincin disarungkan ke jari manis. Namun tatkala aku angkat kepala, seperti tumbang sebatang pokok kelapa ke tubuh aku!

"Argghhhhhh! Awak siapa???" aku panik.  Orang yang aku tidak kenali menjadi suami aku! Aku toleh mama dan Kak Fiza. Kenapa pula tersenyum? Aku pandang ke sekeliling aku. Kosong? Tak kan cepat je semua orang beredar?Suami awak!" Pemilik tubuh didepan aku bersuara cepat. Kepala aku ditoleh kembali.

"Tidak! Awak bukan suami saya. Pergi! Pergi! Tidak! Tidakkk!" aku humbankan tubuh terus ke pangkuan mama untuk melarikan diri. Aku tak nak jadi isteri pada lelaki yng aku tidak kenali!! Aku tak nak!

Bukkkk!! Urgghh~ apasal sakit sangat ni? Tak kan sakit sangat walau jatuh berbantal ribaan mama?

"Aduhhhhhh~" Kepala aku diusap kerana rasa perih dibahagian dahi. Aku celik mata. Fuhhh~ Mimpi rupanya? Aku bangun. Aiseh? Tak kan aku humbankan diri ke lantai tadi? Huhu..nasib baik tiada apa-apa yang berlaku. Hemm! Mimpi punya pasal, aku jadi macam ni? Tak patut~ Tak patut!

Aku berpaling ke arah jam di dinding. Jarum menunjukkan tepat ke nombor 8. Aduh! Macam mana aku boleh tertidur balik? Oh ya? Aku baru teringat, usai saja solat subuh pagi tadi, buku motivasi ustaz Pahrol Muhammad Juoi di atas meja tu aku ambil. Konon nak baca. Tapi, macam sempat aku baca 2 bab je… selepas tu aku dah tertidur. Dapat pula mimpi yang bukan-bukan! Agaknya sebab aku tak cukup tidur kot? Ceh! Tak cukup tidur kau kata? Selama beberapa bulan ni kau jadi penanam anggur je? Kalau tanam buah anggur takpelah jugak. Boleh buat duit! Ini tak … Dah! Bersoal jawab sendiri.

***

Sesi persekolahan awal tahun sudah bermula, budak-budak sekolah riang gembira, aku pula sebaliknya. Resah … risau … gundah, semua ada. Sudah tentu sebab ada sesuatu yang belum beres!

"Okay, jap-jap. Bismillah hirrohma nirrohimm, mudah-mudahan ya Allah." Mulut berkumat-kamit membaca sepotong ayat mudah. Aku terus membuka sampul surat yang tertera besar di muka hadapan. 'Urusan Seri Paduka Baginda'. Jantung aku berdegup kencang tatkala membaca isi kandungan surat tersebut. Belum pun sempat habis aku baca, hati sudah lebih awal menjerit keriangan! Sungguh, aku sangat teruja dengan apa yang aku baru baca. Selama ini, aku sangat menantikan berita penempatan aku sebagai salah seorang tenaga pengajar. Alhamdulillah! Akhirnya terjawab juga!

Aku percepatkan langkah masuk ke rumah. Rasa tak sabar pula aku khabarkan berita ini kepada mama. Aku yakin, mama lah orang pertama yang gembira dengan perkhabaran ini! Abah pula sudah lama berangkat ke tempat kerja sejak pagi.. Yelah, ke sekolah. Sejak abah berkhidmat sebagai guru besar ni, nampaknya beban tugas abah semakin bertambah. Aku terus mencari mama …

"Mama ... mama!" aku melaung mama dengan nada yang sedikit tinggi.

"Mesti di dapur …" aku menduga. Kelibat mama jarang di ruang tamu. Biasanya mama memang rajin ke dapur. Kalau bukan di dapur…tu ha, anak ketiganya! Bunga-bunga mama! Sebaik aku masuk ke ruang dapur, kelihatan mama sedang membongkokkan badan seolah-olah sedang mencari sesuatu di dalam kabinet almari.

"Buat apa tu mama?" tanya aku sedikit pelik dengan tingkah mama. Aku lupakan sekejap pasal berita tadi. Aku hampiri mama dan sertainya.

"Mama tengah cari bekas warna merah jambu tu … Ika ada nampak tak? Bekas gula yang lama, sudah pecah. Nak ganti yang baru … tapi ntah, dah kemana agaknya bekas tu." sementara mama masih dengan pencariannya aku buka kabinet yang di sebelah kanan pula. Aku cari punya cari, tak jumpa. Agak susah cari sebab barang dekat situ tidak tersusun dengan rapi.

"Haa..jumpa pun…" mama tersenyum puas dengan hasil pencariannya. Aku duduk bersila di lantai dapur menanti mama menyiapkan kerjanya. Mama bangkit dan terus mencuci bekas itu kemudiannya dikeringkan pula dengan tuala bersih. Baki gula yang tadinya separuh sudah tumpah ke lantai dipindahkan ke bekas yang baru.

"Mama, surat tu dah sampai!" tutur aku tiba-tiba memecah keheningan antara kami. 

"Iye … ? Jadi, dapat dekat mana?" mama meletakkan gula yang ada di tangannya di atas meja lalu duduk bersila bersama dengan aku. Topik aku agak menarik perhatian mama. Terpancar sinar ceria di wajahnya yang sedikit dimamah usia.

"Alhamdulillah dekat je mama!" senyuman aku hampir nak ke telinga. Siapa tak gembira? Hehe!

"Alhamdulillah...." panjang lebar mama mengucap kalimah itu. 

"Sekurang-kurangnya..Ika dah tak payah susah-susah dan nangis-nangis lagi selepas ni kan?" sambung mama. Mama ni sengaja je sakat aku. Aku sudah tersipu-sipu malu dengan usikan mama. Apa taknya, sebelum ni aku memang nangis sakan tiap kali teringatkan benda ni ... huhu ... terima kasih ya Allah!

"Kalau Abah dah balik petang nanti, khabarkan kepada dia.." ujar mama memberi pesan.

Aku tersenyum mengangguk faham. Aku yakin, abah juga turut sama gembira dengan khabar berita ini.