Chereads / Kaisar Karu / Chapter 17 - PERASAN TAK

Chapter 17 - PERASAN TAK

Ayah ni jenis sukar mahu tunjuk perasaanya pada si anak-anak. Dia nampak seperti tidak peduli dan sentiasa "keras" caranya.

Tapi perasan tak, bila kau menelefon Mak, pasti dengar suara perlahan belakang yang menyuruh Si Emak bertanya tentang kesihatan dan bagaimana kau hidup di tempat orang?

Dan perasan tak, kadangnya kau akan dapat "random chat" di "random waktu" daripada ayah, yang sentiasa mendoakan kau dan memberikan semangat tanpa perlu kau minta?

He really loves you.

Diamnya dia tidak bermaksud dia tidak kisah.

Kadangnya yang tidak bersuara itulah,

yang kisahkan kita tanpa kita sedar,

dan mendoa, tanpa perlu kau minta doanya.