Download Chereads APP
Chereads App StoreGoogle Play
Chereads

Kaisar Karu

🇲🇾Mrs99
--
chs / week
--
NOT RATINGS
35.9k
Views
Synopsis
Orang orang skema tidak akan faham. Orang yang jiwanya tua, juga tidak akan faham. Orang yang hampir menopause, pun susah ingin faham. #p/s: Bagi sesiapa yang tidak membeli buku Kaisar Karu by TheFaizIbrahim boleh baca saya punya web ni ☺️
VIEW MORE

Chapter 1 - THAT DAY

Ada harinya, aku rasa sendirian walaupun dikelilingi berjuta manusia. Dan di hari itu juga, ketulan daging di dalam tengkorak aku ini tidak berhenti memikir, tidak berhenti menekan-nekan aku agar fikir yang tidak enak,

sentiasa.

I wish,

aku boleh keluarkan sebentar otak aku, letak dia di meja dan tidak fikir untuk beberapa jam dan ketika.

Overthinking sucks.

I really hate it,

tapi itulah yang kerap aku laku,

tanpa aku rela dan mahu.